Bahasa: Lain-lain

Global Drone Conference & Hackathon Kuala Lumpur 2020 (GDCKL2020)

Date                                   : 2-3 Mac 2020 (Isnin - Selasa)
Time                                   : 8.00pg – 5.30ptg
Venue                                 : Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur

 

Global Drone Conference & Hackathon Kuala Lumpur 2020 (GDCKL2020) telah berlangsung pada 2 dan 3 Mac 2020 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Bertemakan "Asia’s Flightpath: Future Growth, Industry Verticals", GDCKL2020 telah menampilkan 38 pakar industri dron tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan dan meninjau strategi penggunaan dron komersial secara efisien di Malaysia dan Asia.

 

Antara aktiviti semasa GDCKL2020 adalah pameran mengenai kerangka udara drone (drone airframes), perisian, sensor dan perkhidmatan, kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), solusi robotik serta perkhidmatan sokongan lain seperti khidmat nasihat kewangan dan perniagaan.

 

Selain daripada persidangan dan pameran, GDCKL2020 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi, SME Corp. Malaysia ini turut menyaksikan penyertaan sepuluh (10) usahawan dron dalam sesi 'Pitch Your Drone Service'.

 

Turut dianjurkan semasa GDCKL2020 ini ialah ‘Drone Hackathon Challenge’ di mana sejumlah 31 peserta telah mengambil bahagian dalam cabaran bidang kecerdasan buatan data & dron,  last data mile dan etika data & dron.

 

Program anjuran SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Best Events Productions Sdn. Bhd. ini telah mencatat lebih 500 orang pengunjung, peserta dan pempamer serta penyertaan daripada negara-negara luar seperti Perancis, Australia, Singapura, India, Nepal, Jepun dan Indonesia.

 

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi, SME Corp. Malaysia melawat pameran.

 

Tiga pasukan yang telah diumumkan sebagai pemenang ‘Drone Hackathon Challenge’.

 
 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI