Program SMEs Go Global merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pengantarabangsaan PKS tempatan, terutama syarikat-syarikat dalam industri berpertumbuhan tinggi, bagi membantu mereka berkembang ke pasaran global.
Program ini disasarkan kepada syarikat yang bersedia untuk mengeksport dan juga syarikat pengeksport sedia ada yang berpotensi untuk meneroka pasaran baharu.
Inisiatif yang disediakan di bawah program ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan untuk membiayai aktiviti pengantarabangsaan.
BANTUAN KEWANGAN
50% daripada jumlah kos projek atau maksimum RM200,000.00 (yang mana lebih rendah) berdasarkan pembayaran balik.
Skop Bantuan
- Perkhidmatan penghubung pasaran
- Perkhidmatan pakar pengamal (expert practitioners)
- Sewaan pejabat promosi jualan di luar negara
- Pembuatan prototaip produk untuk pembeli luar negara
- Aktiviti pengurusan rantaian pembekal
- Lawatan audit pembeli antarabangsa ke Malaysia
- Aktiviti penerokaan pasaran di luar negara
- Pensijilan standard dan kualiti
- Penyertaan dalam ruang pasaran maya (e-marketplace)
Kriteria Kelayakan
- Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 berstatus Sdn. Bhd. atau Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP);
manakala bagi badan-badan professional perlu diiktiraf di luar negara - Memiliki Perakuan Status PKS Malaysia. (https://smereg.smecorp.gov.my/reg/ )
- Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milik warganegara Malaysia
- Memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah (tertakluk kepada aktiviti perniagaan)
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun
- Penarafan SCORE sekurang-kurangnya 3 Bintang (yang masih sah ketika permohonan dikemukakan)
- Jualan tahunan sekurang-kurangnya RM3 juta
- Permohonan dibuka untuk pasaran baharu sahaja
Borang Permohonan : Permohonan secara dalam talian
Saringan oleh Sekretariat : Berdasarkan kriteria kelayakan
Pemprosesan Permohonan : Termasuk lawatan & temuduga
‘Pitching’: Menerusi Jawatankuasa Kelulusan; Yuran akan dikenakan setelah mendapat kelulusan
Surat Tawaran : Syarikat menandatangani Surat Setuju Terima
Penyiapan Projek : Melaksanakan projek yang diluluskan dalam jangka masa yang ditetapkan
Penyerahan Tuntutan : Maksima 2 penyerahan tuntutan setahun bagi setiap projek (Tuntutan pertama mesti dikemukakan dalam tempoh 6 bulan pertama)
Muat turun brosur Program SMEs Go Global [PDF]
Cara Memohon
- Sila lengkapkan Borang Permohonan Dalam Talian di pautan berikut: https://tinyurl.com/SMEsGoGlobal3
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Talian Info: 1300 30 6000
Faks: 03-2775 6001
Emel Info: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
U/P: Urusetia Program SMEs Go Global
Unit Fasilitasi Perdagangan, Bahagian Kerjasama Antarabangsa