Latarbelakang
- DFTZ adalah satu inisiatif untuk memanfaatkan pertemuan dan pertumbuhan pesat ekonomi internet serta aktiviti e-dagang yang merentasi sempadan
- DFTZ ditubuhkan bagi memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan keutamaan untuk e-dagang
- DFTZ mempunyai tiga komponen:
- Hab e-penunaian: Untuk membantu PKS / perniagaan mengeksport barangan secara mudah, dengan bantuan pembekal perkhidmatan penunaian utama
- Hab Perkhidmatan Satelit: Untuk menghubungkan PKS / perniagaan dengan pemain utama yang menawarkan perkhidmatan seperti kewangan, penunaian jarak terakhir, insurans dan perkhidmatan lain yang penting dalam perdagangan merentasi sempadan
- Platform e--perkhidmatan: Untuk menguruskan pelepasan kargo dengan berkesan dan proses-proses lain yang diperlukan untuk perdagangan merentasi sempadan
- Platform e--perkhidmatan merupakan elemen unik DFTZ. Ia akan menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kerajaan dan perniagaan secara digital untuk menyokong perdagangan merentasi sempadan.
- Pada masa hadapan, platform digital ini boleh dihubungkan ke platform-platform yang sama di negara lain untuk menjadikan perdagangan merentasi sempadan lebih mudah
- Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan platform e-perkhidmatan
- Membantu PKS mengeksport barangan mereka di peringkat global dengan mudah
- Membolehkan pasaran global mendapat sumber dari pengilang-pengilang / peniaga-peniaga Malaysia
- Menjadikan Malaysia sebagai hab penunaian serantau bagi jenama-jenama global untuk mencapai pembeli-pembeli ASEAN
- Memupuk ekosistem untuk memacu inovasi dalam e-dagang dan ekonomi internet
Cadangan Nilai
- Lokasi/Kemudahan: Menyediakan kemudahan terbaik yang bertaraf dunia dan lokasi yang selesa, memperolehi manfaat teknologi dan inovasi terkini untuk perdagangan merentasi sempadan yang cekap. Contoh-contoh kemudahan termasuk gudang modular dengan teknologi terkini seperti kemudahan menyisih, menyusun, dan ambil-bungkus
- Perkhidmatan: Platform e-perkhidmatan termasuk perkhidmatan bersepadu untuk para pengguna DFTZ. Platform e-perkhidmatan akan menjadi sistem bersepadu yang menghubungkan perkhidmatan atas talian oleh syarikat-syarikat e-dagang global kepada sistem sektor awam Malaysia yang berkaitan untuk menyediakan perjalanan lancar kepada pengeksport dan pengimport dalam menjalankan perniagaan mereka secara atas talian
Manfaat untuk PKS
DFTZ akan:
- Menyediakan akses pasaran kepada PKS untuk mencapai pelanggan-pelanggan di peringkat global dengan bantuan pasaran utama
- Memudah dan mempercepatkan proses pelepasan kargo dengan bantuan platform e--perkhidmatan
- Menyediakan sokongan “end-to-end” kepada perniagaan untuk perdagangan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan merentas sempadan untuk memacu inovasi dalam ekosistem internet
- Perkhidmatan e-penunaian (pergudangan, ambil, bungkus, pelabelan, dan lain-lain)
- Akses kepada pemain ekosistem e-dagang (kewangan, penunaian jarak terakhir, insurans, pemasaran digital, dan lain-lain)
- Menyediakan ekosistem dan kemudahan yang tepat untuk jenama-jenama menggunakan Malaysia sebagai hab pindahkapal untuk mencapai pelanggan ASEAN
Untuk maklumat lanjut mengenai DFTZ, sila layari https://mydftz.com/