Bahasa: Lain-lain

Program LEAP@BEEP

SME Corp. Malaysia telah memperkenalkan Program LEAP@BEEP yang bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan bilangan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milikan Bumiputera yang tersenarai dalam Pasaran Leading Entrepreneur Accelerator Platform (LEAP) di Bursa Malaysia.


Menerusi Program LEAP@BEEP, bantuan yang ditawarkan adalah pembiayaan di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dalam bentuk geran bersamaan dengan jumlah maksimum sehingga RM500,000 bagi membiayai kos penilaian dan perundingan oleh penasihat kewangan (financial advisers) yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia untuk Pasaran LEAP.


Di antara fungsi & peranan adalah:

  • menilai kesesuaian syarikat untuk disenaraikan di Pasaran LEAP dan menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan penyenaraian; dan
  • membimbing syarikat untuk penyenaraian dan juga akan membantu syarikat untuk mematuhi post-listing requirements.

Senarai penasihat kewangan yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia [klik]

Muat turun brosur Program LEAP@BEEP [PDF]


Untuk maklumat lanjut berkenaan Program LEAP@BEEP, sila hubungi:

  • En. Nik Syahril Nik Mahmood 03-2775 6167
  • En. Tajul Ariffin Jamaluddin 03-2775 6213
    email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputera
    SME Corp. Malaysia
    Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
    Jalan Stesen Sentral 2
    Kuala Lumpur Sentral
    50470 Kuala Lumpur

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.


AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  
     

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI