|
- Menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh bagi PKS berdaya maju yang menghadapi kekangan kewangan serta PKS dari sektor terpinggir;
- Meningkatkan kecairan aliran tunai PKS yang berdaya maju bagi membantu PKS mencapai matlamat perniagaan melalui pengukuhan teras utama perniagaan, meningkatkan kapasiti dan kebolehan pasaran, meningkatkan tahap produktiviti serta mengwujudkan peluang pekerjaan baharu;
- Menyediakan akses pembiayaan kepada PKS dengan syarat pembiayaan yang minima;
- Pembiayaan kepada PKS baharu dan yang berdaya maju;
- Mewujudkan perniagaan yang kompetitif melalui peningkatan tahap boleh pasaran produk, pengembangan pasaran serta adaptasi teknologi dan modenisasi.
|
Kriteria Kelayakan dan Ciri-ciri Utama
1. Kelayakan:
|
Syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan:
- Sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham dipegang oleh rakyat Malaysia
- Memiliki lesen perniagaan yang sah. Walaubagaimanapun, pengecualian boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian serta tertakluk kepada kelulusan.
- Mempunyai rancangan perniagaan yang berdaya maju
- Perniagaan yang telah beroperasi lebih dari 6 bulan.
- PKS seperti yang dijelaskan dan disokong oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), seperti juga telah dipinda dari semasa ke semasa, yang merangkumi semua entiti perniagaan mikro, kecil dan sederhana yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa, pegawai daerah (Sabah atau Sarawak) atau badan berkanun bagi badan penyedia perkhidmatan profesional
Nota: Status PKS bukan satu prasyarat untuk memohon, MIDF akan menyalurkan maklumat permohonan yang diluluskan kepada SME Corp. Malaysia untuk pendaftaran status PKS.
|
2. Sektor:
3. Jumlah Pembiayaan:
|
- Minimum: RM50,000
- Maksima: RM250,000.00
Catatan: Bagi setiap permohonan
|
4. Butiran Kelayakan Untuk Pembiayaan:
|
- Mesin/ Peralatan/ Kenderaan Perniaagan Komersial
- Perkakasan/ Perisian ICT
Nota: Skim ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit / pembiayaan yang sedia ada
|
5. Peratusan Pembiayaan:
6. Tempoh Bayaran Balik:
|
Sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium dan tempoh tangguh
Nota: Tempoh moratorium dan/atau tempoh tangguh adalah pilihan ditawarkan kepada pelanggan
- Moratorium sehingga 6 bulan; dan/ atau
- Tempoh tangguh sehingga 6 bulan
|
7. Faedah/Kadar Keuntungan: