Program Micro Connector adalah merupakan salah satu inisiatif berterusan oleh SME Corp. Malaysia bagi membangunkan Perusahaan Mikro dan komuniti B40 (Golongan Inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain) di negara ini. Program ini bertujuan untuk memberikan bantuan peringkat awal kepada Perusahaan Mikro dalam menubuhkan dan menjalankan perniagaan serta melatih komuniti B40 (Golongan Inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain) untuk mendapatkan kemahiran baru untuk menjana pendapatan melalui keusahawanan.
Program ini dirancang untuk melengkapkan idea perniagaan terkini bagi ekosistem permulaan perniagaan (start-up) dengan memberi fokus kepada segmen pasaran dan kreativiti baru dan akan datang dalam menjalankan perniagaan terutamanya untuk usahawan yang bercita-cita tinggi.
Kumpulan Sasar
- Perusahaan Mikro
- Golongan Inklusif seperti belia, wanita, B40 dan lain-lain
Skop Bantuan
- Kemahiran Teknikal
Bagi membantu enterpris mikro dalam menjalankan perniagaan dengan cekap dan efektif.- Aplikasi dalam talian, mobile e-commerce, e-pembayaran dan aplikasi ICT;
- Aktiviti / peralatan peningkatan produktiviti;
- Aktiviti pengiklanan dan promosi; dan
- Lain-lain bantuan teknikal.
- Kemahiran Kompetitif
Membantu komuniti B40 mencapai kemahiran kompetitif bagi membantu mereka memulakan aktivit perniagaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.- Kraf-kreatif (jahitan, perusahaan berasaskan kayu & buluh, asas mineral & batu permata);
- Makanan & minuman untuk industry cottage (makanan tempatan & tradisional, makanan ringan, masakan & hidangan);
- Kecantikan & kesihatan (dandanan rambut, solekan, spa & urutan);
- Penyelenggaraan & pembaikan (kenderaan, penghawa dingin, paip, alatan elektrik dan handphone);
- Pertanian & akuakultur (tanaman fertigasi, smart farming, tanaman hidroponik & akuaponik dan ikan hiasan);
- Penjagaan kanak–kanak (pusat rawatan selepas bersalin dan tadika); danplikasi dalam talian, mobile e-commerce, e-pembayaran & aplikasi ICT.
Pelaksanaan Program melalui Rakan Penyedia Perkhidmatan yang dilantik.
Senarai Rakan Penyedia Perkhidmatan Program Micro Connector | ||||||
No | Rakan Penyedia Perkhidmatan | Program | Bidang Tumpuan | Laman Sesawang | Emel | No Telefon |
1 | Idea Creative Technology Sdn. Bhd. | E-Merchant Platform (Warong) | Adaptasi Aplikasi Atas Talian, Mobil E-Niaga, E-Pembayaran dan Aplikasi ICT | www.warongrider.com | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 03-50328510 |
2 | DZ Media PLT | Platform eDesa | Adaptasi Aplikasi Atas Talian, Mobil E-Niaga, E-Pembayaran dan Aplikasi ICT | kedai.edesa.my | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 010-468 3372 |
3 | Tri-D Event & Management Sdn Bhd | Bengkel Solekan Expert | Kesihatan & Gaya Hidup | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 03-41497815 | |
4 | Arba Travel & Tours Sdn Bhd | Online Platform Emarketplace | Adaptasi Aplikasi Atas Talian, Mobil E-Niaga, E-Pembayaran dan Aplikasi ICT | https://yezza.io/ | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 013-444 7217 / 03-86874950 |
5 | Ruang Cikgu Sdn Bhd | E-Learning | Adaptasi Aplikasi Atas Talian dan Aplikasi ICT | https://ruangcikgu.com | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 03 2276 3055 |
6 | Moduleight Technologies Sdn Bhd | Cashless Platform (Mesinkira) | Adaptasi Aplikasi Atas Talian, Mobil E-Niaga, E-Pembayaran dan Aplikasi ICT | https://mesinkira.io/ | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | 016-267 2515 |
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
Urusetia Program Micro Connector
Bahagian Pemantauan Dasar & Pembangunan Inklusif
SME Corp. Malaysia, Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.
AMARAN:
Mengemuka maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan menipu SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.