Bahasa: Lain-lain

Program GrowBiz (Baharu)

GrowbiBM

SME Corp. Malaysia sedang mencari Pelaksana Program yang berkeupayaan bagi program transformasi perniagaan enterpris mikro GrowBiz.

 

Program GrowBiz merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) SME Corp. Malaysia khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan mikro bagi transformasi kepada perniagaan kecil.  Program GrowBiz akan dilaksanakan oleh firma yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dan akan dikenali sebagai Pelaksana Program.


Objektif
GrowBiz menggunakan pendekatan hand holding yang merangkumi elemen latihan dan bimbingan perniagaan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta fasilitasi perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke tahap seterusnya.


Modul Latihan
Pelaksana Program akan menawarkan peserta GrowBiz modul latihan khusus dan berstruktur yang meliputi:

  • Aspek perundangan dalam perniagaan dan pengurusan kontrak perniagaan
  • Pengurusan kewangan & produk kewangan termasuk pembiayaan alternatif
  • Digitalisasi
  • Pasaran
  • Penjenamaan
  • Lain-lain modul yang bersesuaian


Seramai 50 enterpris mikro akan dipilih untuk menyertai program ini termasuk 15 enterpris mikro milikan wanita dan 7 enterpris mikro milikan belia.

 

Keperluan Latihan

  • Program ini menawarkan latihan intensif kepada enterpris mikro yang layak untuk menyertai program ini.
  • Sesi latihan dan coaching bagi peserta enterpris mikro akan dikendalikan secara hands-on oleh Pelaksana Program.
  • Enterpris mikro yang menyertai program ini akan dipantau oleh Pelaksana Program selama 12 bulan daripada tarikh sesi latihan.   
  • Pelaksana Program akan mengatur bagi enterpris mikro yang menyertai program ini untuk menjalani penarafan MCORE/SCORE sebelum dan selepas latihan dijalankan bagi memantau prestasi mereka.
  • Pelaksana Program perlu memastikan enterpris mikro yang menyertai program ini memperoleh sijil Status PKS dalam jangkamasa latihan.

 

Kriteria Kelayakan bagi Pelaksana Program

Pelaksana Program perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Terbuka kepada syarikat yang berpengalaman dalam menyediakan latihan dan bimbingan perniagaan.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016 atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 & mempunyai lesen perniagaan yang berkaitan, lesen milikan premis dan mana-mana lesen yang berkenaan yang sah (jika ada).
  • Memiliki sekurang-kurangnya 60% ekuiti warganegara Malaysia.
  • Syarikat/Pemilik mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
  • Mempunyai penyata kewangan yang diaudit sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan terkini.
  • Memiliki keupayaan kewangan

 

Maklumat Perhubungan
Sekiranya anda berminat untuk menjadi Pelaksana Program kami, sila kemukakan Expression of Interest (EOI) dan borang permohonan anda kepada butiran berikut:

Bahagian Pemantauan dan Pembangunan Inklusif
SME Corp. Malaysia
Aras 6, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

 

Untuk Perhatian:
Urusetia Program GrowBiz
Emel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
1300-30-6000

 

Tarikh Tutup Permohonan
15 April 2021

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.


AMARAN:
Mengemuka maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan menipu SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI