Bahasa: Lain-lain

Pembiayaan Alternatif bagi PKS

Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang mewujudkan rangka kerja bagi memudah cara pendanaan ramai dengan objektif untuk membolehkan PKS mendapatkan pembiayaan di peringkat awal perniagaan.  Sebagai sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk memupuk dan memudah cara inovasi berasaskan pasaran dalam Teknologi Kewangan (FinTech), rangka kerja kawal selia untuk Pendanaan Ramai Ekuiti (ECF) telah diperkenalkan pada Februari 2015. Dalam meneruskan inisiatif ini, SC turut memperkenalkan rangka kerja kawal selia untuk pinjaman terbuka Antara Rakan Setara (P2P), dengan menetapkan peraturan-peraturan untuk pendaftaran dan garis panduan  bagi pengendali P2P pada Mei 2016.

 

Setakat Jun 2020, sepuluh (10) operator ECF telah berdaftar dengan SC. Sejak itu, sejumlah RM110.26 juta modal telah dikumpul melalui 106 kempen yang telah berjaya dilaksanakan oleh 102 issuers . Selain tu, sebelas (11) platform P2P juga telah berdaftar dengan SC. Sebanyak 10,824 kempen telah berjaya dilaksanakan oleh 2,231 issuers  dengan mengumpul modal berjumlah RM798.32 juta.

 

EQUITY CROWDFUNDING (ECF)

Pendanaan Ramai Ekuiti (ECF) adalah satu bentuk pengumpulan dana alternatif berinovatif yang membolehkan perniagaan kecil mengumpul modal daripada orang awam dengan menggunakan platform atas talian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). ECF membenarkan perniagaan kecil untuk menawarkan ekuiti dalam syarikat mereka kepada pelabur, yang mana seterusnya akan melabur dalam idea perniagaan yang berpotensi. Dengan adanya ECF, pelabur berpeluang untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar kelas aset tradisional.

 

Bagaimanakah Cara Memohon?
Sila daftar terus di laman web Pengendali ECF untuk urusan permohonan.

 


Senarai Pengendali ECF

No.

Logo

Nama

Ditubuhkan / Dilancarkan

Laman Web

1.

ata

 Ata Plus Sdn. Bhd.

2014

https://ata-plus.com/

2.

 crowdo

 Crowdo Malaysia Sdn. Bhd.

2013

https://crowdo.com/

3.

 eureeca

 Eureeca SEA Sdn. Bhd.

2013

https://eureeca.com/

4.

 fbm crowdtect

 FBM Crowdtech Sdn. Bhd.

2013

https://www.fundedbyme.com/en/

5.

 fundnel

Fundnel Technologies Sdn. Bhd.

2018

https://fundnel.com/

6.

 pitch

 Pitch Platform Sdn. Bhd.

2012

https://www.equity.pitchin.my/

7.

 crowdplus

 Crowdplus Sdn. Bhd.

2015

https://www.crowdplus.asia/

8.

 leet

 Leet Capital Sdn. Bhd. (1337 Ventures)

2019

https://leet.capital/

9.

 ethis

 Ethis Ventures Sdn. Bhd.

2019

https://ethis.co/

10.

 MyStartr

 MyStartr Sdn. Bhd.

2019

https://www.mystartr.com/

 

PEMBIAYAAN ANTARA RAKAN SETARA (P2P)
Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) adalah satu lagi bentuk pembiayaan berinovatif yang meningkatkan keupayaan usahawan dan perniagaan kecil untuk mendapatkan modal daripada sekumpulan peminjam individu dalam jumlah yang kecil. P2P membolehkan perniagaan untuk meminjam dan pelabur untuk meminjam kan modal melalui platform atas talian yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

 

Bagaimanakah Cara Memohon?
Sila daftar terus di laman web Pengendali  P2P untuk urusan permohonan.

 

Senarai Pengendali P2P

No.

Logo

Nama

Laman Web

 

1.

bay smart

 Bay  Smart Capital Ventures Sdn. Bhd.

https://capbay.com/

2.

capshere

 Capsphere Services Sdn. Bhd.

https://www.capsphere.com.my/

3.

quickash

 QuicKash Malaysia Sdn. Bhd.

https://www.quickash.com/

4.

B2B

 B2B Finpal Sdn. Bhd.

https://www.b2bfinpal.com/

 

5.

modalku

 Modalku Ventures Sdn. Bhd.

https://fundingsocieties.com.my/

6.

peoplender

 Peoplender Sdn. Bhd.

https://www.fundaztic.com/

7.

FBM

 FBM Crowdtech Sdn. Bhd.

https://www.alixco.com/

8.

microLEAP

 MicroLEAP PLT

https://www.microleapasia.com/

9.

ethis capital

 Ethis Kapital Sdn. Bhd.

https://www.nusakapital.com/

 

(“SENARAI PENGENDALI PASARAN BERDAFTAR YANG DIIKTIRAF," t.th.)

RUJUKAN
Laporan Tahunan 2019 (t.th.).Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/api/documentms/download.ashx?id=a0099ceb-8908-44d3-9399-950e83d86f53

Senarai Pengendali Pasaran Berdaftar yang Diiktiraf (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.sc.com.my/development/digital/list-of-registered-recognized-market-operators

Pendanaan Ramai Ekuiti (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.capitalmarketsmalaysia.com/digital-equity-crowdfunding-ecf/

Pembiayaan Antara Rakan Setara (P2P) (t.th.). Dipetik daripada:
https://www.capitalmarketsmalaysia.com/digital-peer-to-peer-p2p-financing/

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI