Bahasa: Lain-lain

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

BEEP merupakan satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan.

 

Kriteria Kelayakan

  • Perakuan status PKS; (klik sini)
  • 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera;
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
  • Menjalani penilaian SCORE / M-CORE.

     

Pakej Bantuan 

  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan dan Inovasi Produk;
  • Produktiviti dan Automasi;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.

 

Muat turun brosur Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) [PDF]

Untuk makluman, permohonan baharu bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) pada tahun 2021 telah ditutup mulai 1 Oktober 2021.
Sebarang permohonan yang diterima dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021 hanya akan diluluskan pada tahun 2022, tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program BEEP :

  • Pn. Sarahana Mohamad 03-27756283
  • Pn. Tengku Nazatunurdiha Tengku Bidin 03-27756102
    email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line : 1300-30-6000
Fax: 03-2775 6001
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.


AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  
     

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI