Bahasa: Lain-lain

Profil PKS di Malaysia

Profil PKS pada 2020

Berdasarkan data terkini dalam Malaysia Statistical Business Register (MSBR) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah PKS di Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 1,151,339 atau 97.2% daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan. Secara purata, jumlah PKS meningkat sebanyak 4.9% setiap tahun sejak 2015 .

Sektor perkhidmatan secara konsisten telah merangkumi lebih 80% daripada semua PKS iaitu pada tahun 2020 telah menyumbang sebanyak 85.5% dengan jumlah 984,643 PKS. Sektor pembinaan meningkat menjadi penyumbang kedua terbesar sepanjang tahun tersebut dengan menyumbang sebanyak 7.4% (85,637). Sementara itu, sekitar 5.1% PKS (58,439) terlibat dalam sektor pembuatan, diikuti oleh 1.7% (19,130) dalam sektor pertanian, dengan selebihnya 0.3% (3,490) dalam sektor perlombongan & pengkuarian.

 

carta1m

 

Dari segi saiz perniagaan, perusahaan mikro merangkumi sebanyak 78.4% (903,174), bahagian terbesar bagi PKS. Terdapat pertambahan sebanyak 209,504 perusahaan mikro, mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 5.4% setiap tahun dari 2015 hingga 2020. PKS bersaiz kecil mencakupi sebanyak 20.0% (229,876) daripada jumlah pertubuhan PKS dan baki 1.6% (18,289) adalah PKS bersaiz sederhana.

 

carta2m

 

Sumber: Malaysia Statistical Business Register, Jabatan Perangkaan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthree&menu_id=WXVrV3RYTmE3RmtwQ2RicVZTbVkvZz09

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  
     

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI