Bahasa: Lain-lain

MAIWP salur RM33.2j zakat khas

Oleh Samadi Ahmad Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bantuan tambahan kepada penerima sedia ada di tiga Wilayah Persekutuan 

Putrajaya: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan sebanyak RM33.2 juta bantuan zakat khas kepada 54,331 penerima pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata agihan zakat khas itu disalurkan kepada penerima bantuan zakat sedia ada yang menerima bantuan kewangan bulanan, bantuan perubatan,

bantuan am persekolahan dan bantuan am pelajaran institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Bantuan ini adalah sebagai tambahan kepada bantuan zakat diterima. Mujahid berkata, bantuan zakat khas golongan asnaf itu membabitkan penerima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mana penerima bantuan kewangan bulanan menerima RM1,000 setiap keluarga, bantuan perubatan (RM1,000) setiap seorang, bantuan am persekolahan (RM250) setiap seorang dan bantuan am pelajaran dalam dan luar negara (RM500) setiap seorang.Beliau berkata, bermula tahun ini, MAIWP diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan pada kadar dua hingga empat peratus setahun.“Bagi mencapai matlamat itu, MAIWP bekerjasama dengan SME Corporation Malaysia (SME Corp) menerusi program Tunas

Usahawan Baitulmal (Asnafpreneur) bagi melatih usahawan yang menerima zakat perniagaan Baitulmal bagi memajukan perniagaan mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Pondok, Tahfiz dan Masjid serta Penyerahan Bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada asnaf dan pelajar sekolah di Masjid Tuanku Sultan Mizan, di sini, semalam. Yang turut hadir, Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee dan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hakimah Mohd Yusoff. Mujahid turut menyerahkan peruntukan berjumlah RM75 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM25 juta diagihkan kepada pondok berdaftar (200) dan RM50 juta kepada tahfiz berdaftar (1,030) yang diserahkan kepada wakil setiap negeri.Penerima pondok dan tahfiz tertinggi

Mujahid dan Syed Hussein (tengah) bersama wakil penerima Asnaf Azuraida Abdullah, pada Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Persekutuan Untuk Pondok, Tahfiz dan Masjid serta Penyerahan Bantuan MAIWP di Putrajaya, semalam. (Foto Luqman Hakim Zubir/BH)

adalah dari Kedah (RM11.2 juta) diikuti Selangor (RM9.4 juta), Kelantan (RM9.3 juta), Johor (RM7.1 juta), Melaka (RM6.0 juta) dan Perak (RM5.4 juta). Sementara itu penerima lain terdiri dari Terengganu (RM3.4 juta), Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing menerima (RM3.2 juta), Sabah (RM2.0 juta),Perlis (RM853,249) dan Sarawak (RM584,118).Pada majlis sama, Mujahid turut menyampaikan bantuan peralatan dan pakaian persekolahan

bagi sesi 2020 kepada pelajar yang masing-masing menerima dua pasang baju sekolah, sebuah beg dan sepasang kasut sekolah, manakala bagi pelajar yang mengikut kelas Sekolah Rendah Agama (SRA)/Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) menerima tambahan dua pasang pakaian seragam SRA. Seramai 17,890 pelajar menerima bantuan meliputi 9,211 pelajar sekolah menengah, 8,679 pelajar sekolah rendah dan 4,543 pelajar SRA/KAFA dengan jumlah agihan sebanyak RM5.1 juta.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI