Bahasa: Lain-lain

Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)

Sejak 2004, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) merupakan badan pembuat dasar tertinggi dengan fungsi strategiknya yang merangkumi pembangunan PKS secara menyeluruh dan terselaras merentas kesemua sektor ekonomi di Malaysia. Oleh kerana penekanan dan tumpuan yang lebih meluas telah diberikan terhadap pembangunan keusahawanan, Majlis ini telah dijenamakan semula sebagai Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK). Penjenamaan semula ini telah diumumkan dan dipersetujui bersama melalui mesyuarat pertama yang telah berlangsung pada 8 April 2019.

 

Majlis ini terdiri daripada 20 orang ahli yang berkaitan:

  • Perdana Menteri sebagai Pengerusi
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Menteri Pembangunan Usahawan
  • Menteri Kewangan
  • Menteri Pelajaran
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar
  • Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  • Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri Sumber Manusia
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Menteri Belia dan Sukan
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
    (sebelumnya dikenal sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
  • Menteri Industri Utama (dahulu dikenali sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan  Komoditi)
  • Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia
    (dahulu dikenali sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan)
  • Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Negeri Sabah (dahulu dikenali sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian, Sabah)
  • Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (dahulu dikenali sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak)
  • Ketua Setiausaha Negara
  • Gabenor Bank Negara Malaysia

*Komposisi berlaku pada 2019

 

Dalam usaha untuk mencapai sasaran sebanyak 41% sumbangan KDNK oleh PKS seperti yang digariskan dalam Pelan Induk PKS 2012-2020, Majlis ini telah meluluskan lapan (8) cadangan dan langkah baharu untuk meningkatkan lagi pertumbuhan tahunan dan sumbangan KDNK oleh PKS, iaitu:

  • Menggiatkan usaha pendigitalan PKS
  • Meningkatkan integrasi PKS ke dalam rantaian bekalan negara
  • Meningkatkan lebih banyak PKS yang mempunyai pertumbuhan tinggi melalui insentif yang ditawarkan
  • Melonjakkan tahap kesediaan dan daya saing PKS untuk menerapkan teknologi dan model perniagaan innovative-disruptive-compelling
  • Memudahkan mekanisme pembiayaan alternatif untuk PKS
  • Mengembalikan rantaian nilai PKS di luar negara ke Malaysia
  • Memacu pertumbuhan, mengukuhkan dan menggalakkan eksport gerbang pembayaran tempatan dan teknologi kewangan (fintech) oleh PKS
  • Meningkatkan penyertaan PKS dalam rantaian industri pelancongan

 

Dengan latar belakang persekitaran ekonomi global dan domestik yang mencabar, kos perniagaan yang tinggi secara relatif dan prestasi eksport yang lebih tinggi bagi syarikat besar berbanding PKS, sasaran makro bagi sumbangan KDNK PKS dan eksport PKS adalah sangat optimis dan mencabar.

Oleh itu, Kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan sasaran makro tambahan untuk tahun 2020 dan seterusnya:

  • Sasaran pertumbuhan tahunan KDNK PKS antara 6.0 - 8.0% setahun; dan
  • Sasaran pertumbuhan tahunan eksport PKS antara 5.5 - 7.5% setahun.

Majlis ini juga telah mendukung usul pelaksanaan kerangka dasar perolehan Kerajaan untuk PKS serta pelaksanaan status PKS oleh SME Corp. Malaysia.

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI