Bahasa: Lain-lain

Program Latihan Scale-Up Alumni TUBE


PELAWAAN TUNJUK MINAT (Expression of Interest (EOI)) bagi:

PERKHIDMATAN PENYEDIAAN LATIHAN DI BAWAH PROGRAM SCALE-UP  ALUMNI TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE)

 

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan Agensi yang berkaitan. Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara.


Tujuan Pelawaan Tunjuk Minat ini dikeluarkan adalah bagi mempelawa syarikat Penyedia Perkhidmatan Latihan yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk mengemukakan cadangan program latihan di bawah Program Scale -Up Alumni Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

 

LATIHAN KEUSAHAWANAN DI BAWAH PROGRAM SCALE-UP ALUMNI TUBE

Latihan di bawah Program Scale-Up Alumni TUBE adalah khusus untuk Alumni Program TUBE. Ia yang merupakan inisiatif Kerajaan melalui MEDAC dan SME Corp. Malaysia di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi pembangunan modal insan berterusan oleh Alumni TUBE. Melalui latihan ini, diharap ia dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, seterusnya dapat memulih, mengembang dan meluaskan idea perniagaan, pasaran serta kreativiti dalam menjalankan perniagaan terutama semasa pasca COVID-19.

SME Corp. Malaysia berminat untuk melantik Penyedia Perkhidmatan Latihan yang berkelayakan bagi menyedia dan melaksanakan latihan mengikut skop / modul yang ditetapkan serta  garis panduan yang diluluskan oleh SME Corp. Malaysia. Pembiayaan bagi kos perkhidmatan latihan tertakluk kepada kesesuaian cadangan modul dan perancangan latihan yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan Latihan.

 

SKOP MODUL LATIHAN UNTUK PELAWAAN

 

Modul latihan wajib di bawah Program Scale-Up Alumni TUBE adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Perniagaan
    • Business Modul Canvas (BMC);
    • Pengurusan Operasi;
    • Pengurusan Organisasi;
    • Pengurusan Perjanjian & Perundangan.

 

  • Pengurusan Kewangan
    • Pengurusan Kewangan & Akaun yang meliputi :
    • Penyata Untung Rugi;
    • Kunci Kira – kira;
    • Aliran Tunai.
    • Pengiraan Kos Produk & Perkhidmatan;
    • Titik Pulang Modal;
    • Unjuran Jualan & Perbelanjaan.

 

  • Pemasaran dan Jualan
    • Pemasaran & Jualan : (Offline) Asas 6Ps;
    • Online : Unique Selling Point (USP) The Big W? -Trend & Analisa Pasaran & Produk;
    • Seni Visual - Rules of Third;
    • Copywriting 101;
    • Komunikasi & Etika Media Sosial & e-Commerce (Go Live);
    • Influencer Marketing Dalam Perniagaan

 

  • Modul latihan lain yang dicadangkan oleh pihak Penyedia Perkhidmatan bagi tujuan pengukuhan perniagaan bagi Alumni TUBE.

 

PELAKSANAAN LATIHAN

  • Program latihan secara dalam talian untuk tempoh 4 hari.

 

PROFIL PESERTA YANG AKAN MENGIKUTI LATIHAN

Disasarkan 500 peserta akan mengikuti latihan dengan profil berikut :

  • Pemilik syarikat Alumni TUBE yang telah menjalankan perniagaan di antara 1 hingga 6 tahun;
  • Majoriti jenis perniagaan adalah bertaraf Enterprise;
  • Majoriti aktiviti perniagaan adalah dalam sektor perkhidmatan makanan / minuman dan tekstil; dan
  • Peserta dari seluruh Malaysia.

 

KRITERIA KELAYAKAN PENYEDIA PERKHIDMATAN

Penyedia Perkhidmatan mesti memenuhi kriteria asas berikut:

  • Memenuhi definisi PKS;
  • Keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang memperolehi status pendaftaran PKS - Mendapat Sijil Status Perakuan PKS;
  • Syarikat mendaftarkan perniagaan di bawah SSM / Ordinan Perniagaan / Pelesenan (bagi Sabah / Sarawak) / Badan Profesional;
  • 60% ekuiti syarikat dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Pengendali perniagaan sepenuh masa;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Beroperasi di premis yang sah;
  • Berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
  • Penyedia Perkhidmatan tiada kepentingan / konflik dan peserta / syarikat peserta.

 

Penyedia Perkhidmatan Latihan bertanggungjawab untuk:

  • Menyediakan Tenaga Pengajar bagi setiap modul latihan dan kakitangan teknikal bagi setiap sesi latihan yang akan dijalankan;
  • Menjalankan latihan secara dalam talian mengikut modul latihan yang diluluskan untuk sehingga maksimum 500 peserta. Tertakluk kepada tawaran oleh Penyedia Perkhidmatan yang berminat, SME Corp. Malaysia boleh menghadkan jumlah peserta yang dilatih untuk setiap Penyedia Perkhidmatan yang dilantik;
  • Mengemukakan cadangan / perancangan bagi sesi latihan yang akan dijalankan;
  • Menyediakan laporan kepada SME Corp. Malaysia dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tamat setiap sesi latihan;
  • Memantau dan melaporkan status pelaksanaan latihan seperti kehadiran dan maklumbalas peserta kepada SME Corp. Malaysia;
  • Menyedia dan mencadangkan kaedah untuk mengukur impak dan keberkesanan latihan yang telah dijalankan;
  • Membuat analisa berkenaan impak dan keberkesanan latihan yang telah laksanakan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT / PENYERAHAN YANG BERKAITAN PELAWAAN TUNJUK MINAT (EOI)

  • Penyerahan untuk menyatakan penerimaan Pelawaan Tunjuk Minat oleh Penyedia Perkhidmatan Latihan bermula dari 1 Disember sehingga 14 Disember 2020 selama empat belas (14) hari.
  • Penyedia Perkhidmatan yang berminat diminta utuk menghantar permohonan / cadangan dan borang permohonan seperti di pautan di bawah kepada SME Corp. Malaysia 

 

Urusetia Program Scale-Up Alumni TUBE (Latihan)
Bahagian Pembangunan Kluster
SME Corp. Malaysia
Level 7 Block B Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

 

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No Tel: 1 300 30 6000
             
SME Corp. Malaysia berhak memilih atau menolak sebarang penyerahan EOI. EOI yang berpotensi akan dipertimbangkan untuk ke peringkat seterusnya. Pemilihan akhir akan dibuat oleh Panel SME Corp. Malaysia.

 

 

Penafian:

Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program tersebut bergantung pada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menangguhkan Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan kepada siapa pun, dan meminta penghentian segera dari penggunaan tertentu dari Program. Di samping itu, kami berhak mengikut budi bicara mutlak kami untuk menangguhkan, menghentikan atau menyekat akses orang ramai ke Program pada bila-bila masa dan dengan alasan apa pun. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana Pihak yang menyertai Program ini.

AMARAN: Memberikan maklumat palsu atau mengelirukan untuk tujuan menipu SME Corp. Malaysia adalah jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang hukumannya merangkumi penjara dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda. Sebagai tambahan, SME Corp. Malaysia boleh menolak sebarang faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikemukakan.

AMARAN: Terdapat pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai juruperunding atau ejen bagi pihak SME Corp. Malaysia untuk pelaksanaan semua Program Pembangunan PKS. SME Corp. Malaysia TIDAK pernah melantik juruperunding atau ejen serta TIDAK mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi mana-mana program ini dan dakwaan tersebut merupakan satu kesalahan serius. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Talian Info (1-300-30-6000).

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI