Bahasa: Lain-lain

Soalan Lazim : M&A

1. Apakah objektif insentif M&A?
Pada masa ini, sebahagian PKS adalah terdiri daripada entiti perniagaan kecil di mana 80% daripadanya adalah bersaiz mikro. Entiti kecil ini perlu memperkasakan keupayaan mereka untuk bersaing dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan yang semakin menuju ke arah liberalisasi bagi mengelakkan berlakunya kemerosotan syarikat dan meningkatkan kemampuan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Penggabungan dan rasionalisasi dengan industri akan membantu membina keupayaan syarikat tempatan, antaranya adalah:

  • Mendapatkan kakitangan berkualiti atau kemahiran tambahan, pengetahuan tentang industri atau sektor dan kecerdasan perniagaan lain
  • Mengakses dana atau aset berharga untuk pembangunan baharu
  • Mengakses pangkalan data pelanggan yang lebih luas untuk meningkatkan pasaran
  • Kepelbagaian produk, perkhidmatan dan prospek jangka panjang
  • Mengurangkan kos dan overhed melalui belanjawan pemasaran bersama, peningkatan kuasa beli dan kos yang lebih rendah.

Bagi mengalakkan penggabungan dan pengambilalihan di kalangan PKS, Kerajaan menganjurkan agar insentif yang bersesuaian ini ditawarkan kepada penggabungan entiti seperti pengecualian duti setem yang dikenakan untuk surat cara yang memenuhi syarat yang berkaitan dengan M&A.

2. Apa itu Penggabungan & Pengambilalihan (M&A)?
Penggabungan merujuk kepada dua entiti yang sedia ada bergabung untuk menjadi entiti yang lebih besar. Dalam perkara ini, dua PKS bergabung untuk menjadi Syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini memerlukan dua PKS asal yang berkenaan untuk membatalkan pendaftaran entiti perniagaan dengan SSM (bubar), yang bermaksud bahawa mereka tidak lagi dapat menjalankan perniagaan mereka di bawah entiti yang sedia ada. Sebaliknya mereka akan membentuk satu syarikat baharu dan beroperasi di bawah entiti baharu ini. 

Semua aset dan liabiliti akan dipindahkan ke firma baharu melalui surat cara dan kontrak sah.Sementara itu, pengambilalihan merujuk kepada keadaan di mana entiti yang lebih kecil akan memindahkan semua aset, liabiliti dan kakitangannya ke entiti yang lebih besar melalui surat cara dan kontrak sah. Entiti yang lebih kecil akan dibatalkan pendaftarannya dengan SSM (bubar) dan tidak lagi wujud setelah pengambilalihan. Dalam perkara ini, ianya merujuk kepada sebuah PKS mengambilalih sebuah PKS lain dan mengekalkan nama dan struktur syarikatnya yang sah. Ia mungkin menjadi sebuah PKS atau entiti yang lebih besar.

3. Adakah semua syarikat layak mendapat insentif tersebut?
Ya, semua syarikat yang memenuhi kriteria di bawah definisi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia layak mendapat insentif tersebut. Kriteria kelayakannya adalah seperti berikut:

  • 100% milikan penuh rakyat Malaysia
  • Mempunyai samada:
    • Jualan tahunan kurang daripada RM50 juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 200, seperti yang ditentukan untuk PKS di sektor pembuatan ATAU
    • Jualan tahunan kurang daripada RM20 juta atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 75, seperti yang ditentukan untuk PKS di sektor perkhidmatan.

Untuk mengesahkan status PKS, pemohon wajib mendapatkan Sijil Status PKS dan status pemilikan 100% rakyat Malaysia. Untuk mendaftar dan mengesahkan status PKS, sila layari smereg.smecorp.gov.my
Pemohon boleh menghubungi Talian Info di 1300-30-6000 (Isnin hingga Jumaat dari 9:00 pagi - 5:00 petang) atau melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

4. Adakah semua sektor layak mendapat insentif tersebut?
Ya, semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan penggalian layak mendapat insentif ini.

5. Bolehkah entiti perniagaan bentuk lain selain syarikat layak mendapat insentif tersebut?
Hanya entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM, seperti pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad dan syarikat sendirian berhad yang layak memohon.

6. Adakah syarikat tersenarai awam yang memenuhi kriteria definisi PKS layak untuk memohon?
Mana-mana syarikat atau syarikat yang berdaftar dengan SSM dan memenuhi kriteria definisi PKS layak untuk memohon insentif, termasuk syarikat tersenarai awam tetapi bukan di bawah papan utama di Bursa Malaysia. 

7. Apakah tempoh masa yang ditetapkan bagi PKS untuk melakukan aktiviti M&A yang melayakkan mereka untuk memohon insentif tersebut?
Permohonan adalah layak apabila pelaksanaan aktiviti M&A dibuat dalam tempoh 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2021.

8. Adakah pemohon dibenarkan untuk memohon selepas tarikh tutup?
PKS disarankan untuk mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2021. Jangka waktu 12 bulan adalah mencukupi bagi PKS untuk membuat keputusan muktamad samada ingin bergabung atau mengambilalih syarikat lain.

9. Apakah surat cara / dokumentasi berbayar yang layak mendapat insentif tersebut?
Surat cara / dokumentasi yang berkaitan dengan pelaksanaan M&A adalah seperti berikut:

  • Kontrak atau Perjanjian untuk penjualan atau pajakan hartanah (termasuk tanah, bangunan, mesin dan peralatan)
  • Surat cara Pemindahan dan Memorandum Persefahaman
  • Pinjaman atau Perjanjian Pembiayaan
  • Perjanjian Penyewaan Pertama

10. Sekiranya dua entiti perniagaan bergabung dan perolehan jualan mereka sekarang lebih daripada RM20 juta dan jumlah pekerja melebihi 75 pekerja (untuk sektor perkhidmatan) atau perolehan jualan mereka sekarang lebih dari RM50 juta dan jumlah pekerja melebihi 200 pekerja (untuk sektor pembuatan), adakah entiti perniagaan tersebut layak mendapat insentif tersebut?
Ya, gabungan entiti perniagaan baharu boleh menjadi PKS atau entiti perniagaan besar.

11. Apabila dua pemilik tunggal bergabung dan beroperasi sebagai perkongsian, adakah entiti perniagaan itu berhak mendapat insentif tersebut?Kedua-dua pemilik tunggal dikehendaki menghentikan operasi perniagaan dan menamatkan pendaftaran perniagaan berkaitan milikan tunggal dengan badan pengawalseliaan terlibat dan SSM jika berhasrat untuk bergabung. Entiti baharu tidak lagi boleh menjadi pemilik tunggal tetapi menjadi syarikat sendirian berhad dan berdaftar dengan badan dan persatuan yang berkenaan. Hanya jika memenuhi syarat-syarat ini, insentif akan dipertimbangkan.

Sekiranya berlaku pengambilalihan, entiti yang lebih besar akan kekal sebagai entiti berdaftar dengan badan dan persatuan yang berkenaan, tetapi entiti yang diambilalih mestilah menghentikan operasi di bawah namanya dan memindahkan aset dan liabiliti kepada pemgambilalih berdasarkan dokumen kontrak dan surat cara undang-undang yang telah dipersetujui.

12. Sekiranya Syarikat A mengambilalih Syarikat B melalui pembelian semua sahamnya, bolehkah Syarikat A layak mendapat insentif tersebut?
Tidak, Syarikat A tidak layak jika pengambilalihan hanya melalui pembelian saham.

13. Bolehkah semua kos yang ditanggung untuk M&A layak mendapat rebat cukai?
Hanya duti setem sahaja yang akan dikecualikan. Semua perbelanjaan lain yang terlibat akan ditanggung oleh entiti perniagaan. 

14. Apakah dokumen yang perlu dihantar untuk memohon?
Selain borang permohonan yang lengkap, pemohon hendaklah menyerahkan dokumen berikut kepada Sekretariat:

  • Memorandum Persefahaman (MOU) atau kontrak sah antara pihak yang berkepentingan untuk mengesahkan proses penggabungan
  • Salinan Borang C - Pemberitahuan Penamatan Perniagaan
  • Salinan Resolusi Syarikat kepada Setiausaha Syarikat (Seksyen 550 Akta Syarikat 1960)
  • Salinan Borang A - Pendaftaran Perniagaan Baharu, MOA, AOA, Borang 48A, Borang 6 dan Borang 3A, surat untuk kelulusan nama
  • Salinan surat dari persatuan yang berkaitan mengenai penubuhan syarikat baharu
  • Salinan akaun yang diaudit syarikat berkaitan sebelum M&A
  • Salinan maklumat korporat terkini (maklumat perniagaan / maklumat LLP / maklumat syarikat) dan carta organisasi entiti perniagaan

15. Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan insentif tersebut?
Proses pengesahan dokumen dan kelulusan akan memakan masa lebih kurang sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen lengkap. Sebarang keputusan samada kelulusan /penolakan daripada Jawatankuasa Pengesahan Bersama (JVC) akan dimaklumkan melalui surat rasmi. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon masih boleh membuat permohonan semula.

Pemohon yang berjaya hendaklah menyerahkan surat cara berkaitan berserta salinan surat kelulusan kepada LHDN untuk mendapatkan kelulusan insentif. Setelah mendapat kelulusan daripada LHDN, pemohon akan menerima perakuan sijil setem. Proses ini akan memakan masa kira-kira satu (1) hari bekerja setelah penyerahan lengkap surat cara dan salinan surat kelulusan kepada LHDN.

16. Siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk memproses dan meluluskan permohonan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), yang disokong oleh SME Corp. Malaysia selaku sekretariat, bertanggungjawab memproses dan mengesahkan dokumen permohonan. Semua permohonan yang layak kemudiannya akan melalui Jawatankuasa Pengesahan Bersama (JVC) untuk mendapatkan kelulusan.

17. Adakah pemohon juga perlu menghubungi LHDN untuk bertanya tentang insentif ini?
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon dinasihatkan untuk membuat panggilan ke Talian Hotline PSK MEDAC di 1-300-88-1020 atau Talian Info SME Corp. Malaysia di 1-300-30-6000 (Isnin hingga Jumaat dari 9:00 pagi - 5:00 petang) atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Bagi tujuan penghantaran permohonan, semua permohonan hendaklah diserahkan kepada SME Corp Malaysia, yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pemprosesan, pengesahan dan perakuan insentif tersebut.


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)
SME Corporation Malaysia

1 Julai 2020

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAMPIRAN I: CARTA ALIRAN PROSES 

cartaFAQ

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI