Apa itu Sistem Pendaftaran Status PKS?
- Sistem pendaftaran yang diguna bagi mengesahkan status PKS untuk semua syarikat/perniagaan yang memenuhi definisi PKS.
Siapa Patut Mendaftar?
- Semua pertubuhan perniagaan dalam semua sektor ekonomi
- Syarikat/perniagaan yang ingin menyemak status syarikat/perniagaan masing-masing
- Syarikat/perniagaan yang ingin mendapatkan bantuan dan insentif bersasar khas untuk PKS yang ditawarkan oleh Kerajaan
Apa Akan Saya Perolehi?
- Pengesahan status PKS syarikat/perniagaan
- Sekiranya disahkan berstatus PKS, layak untuk memuat turun perakuan digital (digital certification) dengan membuat bayaran sebanyak RM100**.
- Tempoh sah Status PKS adalah selama dua (2) tahun
Bagaimana Untuk Mendaftar?
- Layari laman sesawang https://smereg.smecorp.gov.my/reg/