1. Apakah peranan dan fungsi SME Corp. Malaysia?
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
Ia merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC).
Peranan dan Fungsi
a. Penyelarasan Dasar dan Program
- Merangka dasar umum PKS merentasi kesemua sektor ekonomi
- Menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar dan program merentasi Kementerian dan agensi yang berkaitan
b. Pusat Khidmat Nasihat dan Maklumat
- Memberi khidmat nasihat perniagaan menerusi Hab PKS
- Menyebarkan maklumat mengenai dana dan insentif Kerajaan
- Mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu PKS
- Berhubung dengan komuniti tempatan dan antarabangsa berkaitan hal-ehwal PKS
c. Pengurusan Data, Penyebaran Maklumat dan Penyelidikan mengenai PKS
- Membangun dan menguruskan pangkalan data PKS kebangsaan
- Menjalankan penyelidikan berkaitan PKS
- Menerbitkan laporan dan statistik berkaitan PKS
- Menjalankan program capaian
d. Sokongan Perniagaan
- Memupuk dan membangunkan PKS yang berdaya saing menerusi program pembangunan kapasiti dan bantuan kewangan yang khusus
- Meningkatkan daya saing PKS menggunakan alat diagnostik Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE)
- Menyediakan sokongan infrastruktur bagi PKS
- Memudahcara rantaian perniagaan dengan syarikat besar, MNC dan GLC
e. Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)
- Mencadangkan dasar dan memastikan keputusan MPUPK dilaksanakan dengan berkesan
- Menyediakan sokongan pentadbiran kepada MPUPK
2. Apakah definisi PKS?
Sila rujuk disiniuntuk maklumat lebih lanjut.
3. Apakah aktiviti-aktiviti yang ditakrifkan di bawah perkhidmatan berkaitan perkilangan?
Perkhidmatan berkaitan perkilangan:
- Khidmat sokongan kejuruteraan seperti penentukuran, penyaduran, pemesinan, rawatan haba, tuangan logam
- Perkhidmatan khusus seperti pergudangan, memecah pukal, pusat perolehan antarabangsa, pengangkutan
- Penyelenggaraan dan pembaikan mesin dan peralatan kilang
- Pembangunan perisian
- Automasi talian pengeluaran
- Mereka bentuk rumah
- Perkhidmatan pembungkusan
4. Selain daripada geran, apakah kemudahan pembiayaan lain yang ditawarkan oleh Kerajaan?
Pinjaman juga yang ditawarkan oleh institusi berikut:
- Bank Pertanian Malaysia
- SME Bank
- Malaysian Industrial Development Finance Bhd.
5. Kementerian dan agensi manakah yang turut terlibat dalam pembangunan PKS?
Senarai Kementerian:
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
- Kementerian Kewangan (MOF)
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
- Kementerian Sumber Manusia (MOHR)
- Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC)
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
- Kementerian Industri Utama (MPI)
- Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID Sabah)
- Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak (MIED Sarawak)
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Kementerian Pendidikan (MOE)
- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)