Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu PKS yang terjejas teruk akibat bencana alam. Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman mudah untuk pembelian mesin dan peralatan, pembaikan premis, dan keperluan modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan keperluan syarikat.
Dana ini disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui SME Corporation Malaysia kepada MIDF untuk pelaksanaan.
Nota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.
Kelayakan
- Menyediakan bukti mengalami bencana alam melalui surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis; dan
- Mempunyai lesen premis yang sah yang dikeluarkan oleh majlis perbandaran (pihak berkuasa tempatan);
- PKS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956;
- Beroperasi dalam kawasan yang telah yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara atau pejabat daerah.
Jenis-jenis bencana alam
- Kemarau;
- Ribut;
- Banjir;
- Hakisan Pantai; atau
- Tanah Runtuh
Sektor
- Semua sektor ekonomi
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM 50,000
- Maksimum: RM 100,000
Item Layak Untuk Pembiayaan
- Mesin dan peralatan.
- Membaik pulih premis.
- Modal kerja untuk pembelian bahan mentah & keperluan
Peratusan Pembiayaan
- Sehingga 100% dari harga kos
- Sehingga 5 tahun termasuk tempoh moratarium selama 12 bulan
Definasi PKS
- Sektor Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang
- Sektor Perkhidmatan & Sektor Lain: Jualan tahunan syarikat tidak melebihi RM 20 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang
Nota : Hanya syarikat didalam kategori Perusahaan Kecil & Sederahana boleh memohon pembiayaan SMEEF 2.0
Kelayakan Minimum
- Jualan RM300,000 dan ke atas atau
- Pekerja sepenuh masa - 5 orang dan ke atas