Languages: Others

SME Corp. Malaysia dan MIDF bantu PKS terjejas banjir untuk bangkit semula

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- SME Corp. Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), yang bekerjasama dengan MIDF sebagai agensi pelaksana, telah mengagihkan pinjaman di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat bencana alam di seluruh negara. Dana ini menyediakan pembiayaan pinjaman modal kerja tanpa faedah serta moratorium selama setahun kepada semua PKS.

Di dalam Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) 2.0 yang telah diadakan pada 13 Julai 2022, di Uptown Shah Alam, YB Tan Sri Noh Omar, Menteri KUSKOP memaklumkan bahawa pelbagai bantuan disediakan oleh KUSKOP serta Agensi kepada usahawan yang ditimpa musibah.

Beliau mengulas bahawa Program SMEEF di bawah SME Corp. Malaysia dan MIDF sebagai Agensi pelaksana adalah khusus bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana, manakala Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) oleh TEKUN Nasional adalah bagi membantu usahawan informal dan mikro. 

Beliau menambah bahawa bagi SPIM usahawan informal dan mikro boleh memohon geran bernilai RM3,000.00 bagi setiap usahawan yang tidak perlu dibayar balik.

Selain itu, di dalam Majlis yang sama, YBrs. Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, menyatakan bahawa sehingga 12 Julai 2022, program SMEEF 2.0 ini telah menerima sebanyak 1,131 permohonan dari seluruh negara berjumlah RM109,324,699.00 yang telahpun melebihi peruntukan dana sebanyak RM100 juta.

Tambah En. Rizal, dana kecemasan untuk mangsa banjir syarikat bersaiz kecil dan sederhana diberi pinjaman tanpa faedah (0%) antara RM50,000.00 sehingga RM100,000.00 berserta moratorium selama 12 bulan, dapat digunakan untuk membantu PKS bangkit semula serta memulihkan kembali perniagaan Keluarga Usahawan yang terkesan oleh bencana banjir ini secepat mungkin.

Encik Rizal memaklumkan, sehingga kini hampir RM97 juta telah diluluskan dan disalurkan kepada PKS yang terjejas banjir di seluruh negara. Daripada jumlah ini 83% adalah merupakan PKS yang terjejas di negeri Selangor, diikuti dengan Pahang sebanyak 7.6% dan Kelantan sebanyak 3.5%.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Dato' Charon Wardini Mokhzani yang turut menghadiri majlis itu berkata, “Komuniti perniagaan PKS, khususnya perniagaan kecil, telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan malangnya ada juga yang terjejas teruk akibat banjir yang telah menyebabkan keadaan lebih sukar. Skim SMEEF 2.0 adalah untuk membantu perniagaan PKS yang terkesan ini dan dengan kerjasama SME Corp. Malaysia kami telah dapat memendekkan proses permohonan dan mempercepatkan pengeluaran dana.” "Selain itu, MIDF juga menawarkan Dana Pengukuhan PKS (SMERF) untuk PKS yang telah terjejas teruk oleh perintah kawalan pergerakan COVID-19,” tambah beliau. 

Tentang SME Corp. Malaysia

SME Corp. Malaysia merupakan sebuah Agensi Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berperanan sebagai pusat pengumpulan dan rujukan setempat bagi maklumat dan khidmat nasihat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), penyelaras program pembangunan PKS, penilaian ekonomi serta pengakreditasian PKS, pembangunan perniagaan dan program sokongan, dan juga fasilitasi akses PKS kepada pasaran dalam dan luar negara.
 
Bermula pada 2 Mei 1996, SME Corp. Malaysia dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), bermatlamat membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia yang berkeupayaan dan berdaya tahan agar mampu berdaya saing di pasaran global. Pada tahun 2007, SMIDEC telah diberi mandat oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri untuk menggubal dasar dan strategi menyeluruh bagi PKS dan memacu program PKS merentasi Kementerian dan Agensi. Sehubungan itu, SMIDEC telah dijenamakan semula secara rasmi sebagai SME Corp. Malaysia pada 2 Oktober 2009.

Tentang MIDF

Kumpulan MIDF menawarkan perkhidmatan perbankan pelaburan, pembangunan kewangan dan pengurusan aset. Ia menawarkan perkhidmatan kepada para usahawan, syarikat besar dan institusi perniagaan lain.

Malayan Industrial Development Finance Ltd (kini MIDF) ditubuhkan pada 1960 hasil kajian Bank Dunia berhubung kaedah membiayai perindustrian di Tanah Melayu dan selama 61 tahun, kumpulan MIDF telah menjadi sebahagian daripada pembangunan dan pemodenan ekonomi serta pasaran modal di Malaysia.

MIDF adalah anak syarikat penuh milik Permodalan Nasional Berhad.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  PUNB
   aim  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US