Languages: Others

KUSKOP agih lebih RM14 juta bantu peniaga PKS terjejas banjir

Noh (lima dari kiri) ketika gimik penyerahan Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) di Uptown Shah Alam, di sini pada Rabu.

 

SHAH ALAM - Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengagihkan pinjaman sebanyak RM14.67 juta di bawah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) kepada 152 peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sini yang terjejas akibat banjir pada Disember tahun lalu.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan yang disalurkan melalui SME Corp Malaysia turut diagihkan kepada 62 peniaga PKS di Uptown Shah Alam, di sini yang turut terjejas akibat bencana berkenaan.

Menurutnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak mendapat bantuan daripada Skim Bantuan Bencana Alam menerusi sebahagian peruntukan daripada kerajaan Persekutuan sebanyak RM100 juta.

 

"Daripada peruntukan RM100 juta, negeri yang paling banyak mendapat kemudahan daripada Skim Bantuan Bencana Alam ialah negeri Selangor kerana perbelanjaan atau usahawan atau pengusaha IKS yang terkesan akibat banjir ialah seramai 851 orang.

 

"Daripada jumlah tersebut, hampir RM84 juta kita berikan bantuan ini dalam bentuk pinjaman, dan kawasan yang paling banyak menerima bantuan ini ialah kawasan Shah Alam seramai 152 kerana banjir yang melanda di sini, dan ramai pengusaha IKS di sini," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Penyerahan Dana Kecemasan PKS (SMEEF 2.0) di Uptown Shah Alam, di sini pada Rabu.

 

Dalam pada itu, Noh berkata, kumpulan usahawan mikro di Selangor paling ramai menerima geran bantuan bernilai RM3,000 secara 'one-off' akibat banjir pada tahun lalu. "Kita dapat peruntukan sebanyak RM50 juta, daripada jumlah tersebut, sejumlah RM15.8 juta disalurkan kepada golongan berkenaan menerusi pemberian geran," katanya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  PUNB
   aim  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US