Languages: Others

Bank Islam, SME Corp Malaysia perkukuh kerjasama


Dari kiri (duduk): Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam, Mizan Masram dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Nainy menandatangani MoU tersebut sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam (tengah) Mohd Muazzam Mohamed dan Pengerusi SME Corp. Malaysia Dato' Sri Syed Hussien Al Habshee. Turut hadir ialah Ketua Perbankan PKS Bank Islam (kiri) Rizal Yusof dan Ketua Pegawai Operasi SME Corp. Malaysia, Sharifah Najwa Syed Abu Bakar (kanan).

SHAH ALAM - Bank Islam Malaysia Berhad menjalinkan kerjasama strategik dengan SME Corporation Malaysia menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, kerjasama terbaharu itu akan memberi manfaat kepada pelanggan PKS bank tersebut untuk menyertai Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah (SSFS).

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan rebat keuntungan sebanyak dua peratus kepada pembiayaan PKS yang berjumlah RM4 bilion menerusi SME Corp Malaysia.

“Sejak skim pembiayaan ini dimulakan pada tahun 2013, Bank Islam telah menyokong 121 pelanggan PKS dengan nilai pembiayaan berjumlah lebih RM133 juta.

“Dengan penawaran komprehensif yang memberi manfaat kepada PKS, kami berhasrat untuk meningkatkan jumlah ini susulan pemeteraian MoU hari ini,” katanya ketika Majlis MoU secara maya pada Selasa.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam, Mizan Masram dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam; Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Hussein Al-Habshee; Ketua Perbankan PKS Bank Islam, Rizal Yusof dan Ketua Pegawai Operasi SME Corp Malaysia, Sharifah Najwa Syed Abu Bakar.

Dalam pada itu, Mohd Muazzam berkata, Bank Islam juga akan memperluaskan rangkaian produk dan perkhidmatan patuh Syariah untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan seperti modal kerja dan perbelanjaan modal, pembiayaan perdagangan, kemudahan bantuan kewangan, bancatakaful, pengurusan tunai serta penyelesaian perbankan elektronik.

Menurutnya, Bank Islam juga bakal melancarkan aplikasi mudah alih SMEXpert yang menyokong seluruh ekosistem PKS dengan menyediakan sumber perniagaan dan kewangan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157353/BISNES/Bank-Islam-SME-Corp-Malaysia-perkukuh-kerjasama
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  
     

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US