Languages: Others

MEDAC pastikan kelangsungan usahawan PKS semasa total 'lockdown' - Mas Ermieyati

MEDAC pastikan kelangsungan usahawan PKS semasa total 'lockdown' - Mas Ermieyati

Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan membuat total 'lockdown' bukanlah satu keputusan semberono dari kerajaan. - Gambar fail/BERNAMA

 


KUALA LUMPUR:
 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan terus membantu para usahawan untuk memastikan kelangsungan perniagaan usahawan PKS semasa Perintah Kawalan Pergerakan total 'lockdown’ yang diumumkan bagi tempoh dua minggu bermula Selasa hingga 14 Jun 2021.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun keadaannya pahit untuk ditelan, keputusan membuat total 'lockdown' bukanlah satu keputusan semberono dari kerajaan.
"Kerajaan Perikatan Nasional memahami denyut nadi usahawan PKS dengan memberi manfaat menerusi Pemerkasa PLUS antaranya kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam bulan yang akan dilaksanakan dan bakal memanfaatkan lebih dari lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion ringgit.
"Pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) yang ditambah sebanyak RM500 ringgit kepada 1,500 ringgit yang melibatkan hampir 1 juta PKS dan perusahaan mikro serta pembiayaan mikro kredit sebagai modal kerja, sebanyak RM1.5 bilion ringgit disediakan oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3 peratus.
"Institusi perbankan juga akan terus menawarkan kemudahan pembiayaan dan pinjaman dengan penambahan fasiliti kemudahan bantuan dan pemulihan bersasar untuk PKS," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Selain itu jelas Mas Ermieyati, potongan khas turut diberi kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.
"Dengan pengumuman tambahan ini, diharapkan dapat membantu para usahawan PKS untuk menghadapi kesukaran yang dihadapi," ujarnya.
Pemerkasa PLUS berjumlah RM40 bilion dengan suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu jelas bakal meredakan cabaran golongan rentan.
Selain itu katanya, keputusan jemaah menteri untuk tidak mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun untuk di sumbangkan ke Akaun Amanah Bencana Negara adalah solidariti kerajaan dan kepimpinan Perikatan Nasional bersama-sama rakyat dalam perang melawan COVID-19.
Jelas Mas Ermieyati, ia langkah prihatin kerajaan dalam membantu mereka yang terkesan akibat penularan virus ini.
Tambahnya, peruntukan RM1 bilion yang telah diumumkan untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam juga diharap dapat membantu petugas barisan hadapan negara daripada ‘burnout’ dan keletihan.
"Lawatan saya ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Masjid Tanah baru-baru ini memperlihatkan kesungguhan dan kegigihan ‘frontliners’ bagi membantu rakyat memerangi COVID-19. Terima kasih kami ucapkan.
"Kita kekalkan untuk duduk di rumah dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Sayangi diri, sayangi keluarga dan orang tersayang. Semoga kita boleh kembali kepada sifar kes suatu ketika dulu. Kita pasti menang!" jelasnya.
 
 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US