Languages: Others

Buka peluang jalani latihan keusahawanan

© Provided by Harian Metro WAN Junaidi (kiri) dan Pengerusi SME Corp Malaysia Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee merasmikan TUB.

 

Kuala Lumpur: Program Tunas Usahawan Baitulmal (TUB) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) menyasarkan lebih ramai asnaf berpeluang mengubah taraf hidup menerusi latihan keusahawanan.

Program TUB di bawah kelolaan SME Corp Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermatlamat membantu golongan asnaf sebagai penerima zakat kepada pembayar zakat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, program itu menyasarkan usahawan berpotensi mengembangkan perniagaan dan memberi keutamaan kepada usahawan baitulmal yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

"Usahawan yang ingin memulihkan dan mengembangkan perniagaan berpeluang memohon bantuan dan latihan yang disediakan SME Corp atau mana-mana agensi lain.

"Ia terbuka kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak termasuk belia, wanita dan golongan orang kurang upaya (OKU)," katanya ketika pelancaran program TUB dan penyerahan bantuan kewangan Program Pembangunan PKS SME Corp.

Seramai 11 usahawan menerima bantuan kewangan Program Pembangunan PKS SME Corp di bawah empat program utamanya iaitu Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), Program Business Scale-Up (Biz-Up) dan Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB).

Di bawah program TUB itu, Bank Islam Malaysia Berhad turut menjalinkan kerjasama menerusi Program Pembiayaan Mikro dengan menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pembiayaan pinjaman sehingga RM50,000.

Wan Junaidi berkata, TUB juga dirangka bagi memperkukuh sosioekonomi golongan asnaf menerusi pelbagai latihan dan aktiviti keusahawanan.

"Hasrat kami agar program ini mampu melahirkan usahawan yang mempunyai jati diri tinggi dan seterusnya mampu menjana pendapatan jangka panjang.

"Mungkin kali ini mereka menerima bantuan zakat, namun InsyaAllah pada masa akan datang, apabila kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh dan perniagaan semakin berjaya, mereka pula menjadi penyumbang zakat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi SME Corp, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee berkata, program TUB ini juga menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran bagi memulakan perniagaan selain khidmat nasihat perniagaan.

"Program ini mampu melonjak taraf hidup golongan asnaf di mana program perintis pada 2019 berjaya melahirkan 18 usahawan daripada 84 peserta yang dahulunya penerima zakat dan kini bergelar pembayar zakat.

"Tahun ini, program TUB diteruskan dengan melatih 50 usahawan menerusi modul yang lebih mapan secara dalam talian selama 10 hari yang akan berakhir 22 Disember ini," katanya.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US