Languages: Others

Syarikat Plastik Terima Geran SME Corp Untuk Kembangkan Perniagaan

KUALA TERENGGANU, 29 Sept (Bernama) -- Pro Multi Packaging And Plastic Sdn Bhd, sebuah syarikat pemproses pelbagai produk berasaskan plastik di Chendering yakin dapat meningkatkan lagi jualan dengan bantuan SME Corp Terengganu.

Pemiliknya Mohd Badarudin Abu Bakar, 29, berkata walaupun syarikat itu baru beroperasi pada awal Februari lalu, namun jualan telah mencecah RM30,000 sebulan dan dijangka meningkat kepada RM60,000 sebulan menjelang Disember ini.

"Walaupun baru 10 bulan beroperasi, ia tidak menghalang kami untuk bersaing dan bantuan yang diterima daripada SME Corp Terengganu akan menjadi batu loncatan untuk kami terus maju.

"Syarikat kami menerima RM305,000 melalui Geran Peningkatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera daripada SME Corp dan hasil bantuan itu, kami memulakan perniagaan dengan membeli lima mesin memproses plastik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di kilang yang beroperasi di Kompleks Kilang SME Bank di kawasan perindustrian Chendering di sini Selasa.

Siswazah Diploma Mekanikal Plastik dari Politeknik Sultan Mizan di Dungun itu sebelum ini berkhidmat di kilang plastik Bumiputera di Bukit Kor, Marang sebelum nekad membuka syarikat sendiri.

"Banyak bantuan yang diterima daripada SME Corp, kerana selain geran, kami juga diberi khidmat nasihat agar perjalanan syarikat berjalan lancar," katanya.

Ketika ini syarikat tersebut banyak menerima tempahan plastik pelbagai guna untuk usahawan keropok lekor serta usahawan IKS yang terlibat dalam industri makanan dan minuman.

"Kami juga diberi kepercayaan menghasilkan plastik yang tahan lasak untuk kegunaan Majlis Perbandaran Kemaman, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlid Daerah Marang untuk proses pembersihan sampah," katanya.

Selain plastik, syarikat itu juga memasarkan pelbagai jenis botol plastik dan botol kaca yang kini semakin mendapat sambutan di negeri ini.

-- BERNAMA

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  
     

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US