Languages: Others

Lawatan Rasmi YB Datuk Ahmad Maslan ke IX Telecom Sdn Bhd

Tarikh :   13 Januari 2017, Jumaat
Masa  :   9:00 pagi – 11:00 pagi
Tempat  : IX Telecom Sdn Bhd, Cyberjaya

Tetamu kehormat  :    YB DATUK AHMAD MASLAN
                                  Timbalan Menteri (Industri) MITI

 

Pada 13 Januari 2017 yang lalu, YB Datuk Ahmad Maslan bersama-sama Ahli Pengurusan SME Corp. Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke syarikat IX Telecom Sdn Bhd yang merupakan syarikat telekomunikasi global Bumiputera yang menawarkan perkhidmatan profesional dari segi perundingan dan keperluan berkaitan ICT untuk syarikat telekomunikasi. IX Telecom Sdn Bhd merupakan pemenang tempat pertama di dalam Anugerah Enterpris 50 (E50) anjuran SME Corp. Malaysia yang telah diadakan pada bulan Disember lalu. 

Lawatan Rasmi ini juga dirangka sebagai salah satu aktiviti yang selari dengan matlamat Kerajaan menjadikan tahun 2017 sebagai Startup and SME Promotion Year selain daripada mengalakkan Pendigitalan dikalangan PKS. Dengan lawatan sebegini, PKS diberi platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di samping mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama di antara PKS dan Kerajaan secara amnya.

 
     
   

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI, Pihak Pengurusan SME Corp. Malaysia dan rakan media yang hadir sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh En Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi, Ketua Pegawai Eksekutif IX Telecom Sdn Bhd.

 

 
 

Penerangan serta perkongsiaan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh IX Telecom Sdn Bhd.

 

 

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan En Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama-sama dengan tenaga kerja IX Telecom Sdn Bhd.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US