Languages: Others

Sesi Townhall & Majlis Penutup Program TUBE3.0

Sesi Townhall YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan,
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Wilayah Selatan)
dan Majlis Penutup Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 3.0

 

Tarikh : 22 Oktober 2016, Sabtu
Masa : 2:00 petang – 4:30 petang
Tempat : Bilik Banquet, Dewan Sultan Ibrahim
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor

Tetamu kehormat : YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
                               Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI

 

Objektif:


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan mengadakan Sesi Townhall bersama PKS pada 22 Oktober 2016 untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan isu dan cabaran yang dihadapi oleh PKS di Malaysia terutamanya di Wilayah Selatan, cadangan penambahbaikan program-program pembangunan PKS sedia ada serta memberi penerangan mengenai deraf Rang Undang-Undang Pembangunan PKS Kebangsaan yang sedang dirangka. Sesi Townhall ini dikendalikan oleh MITI bersama SME Corp. Malaysia. 

Turut diadakan pada hari yang sama adalah Majlis Penutup bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumputera (TUBE) 3.0.  Majlis Penutup dan penyampaian sijil kepada 493 peserta TUBE 3.0 yang berjaya menamatkan Fasa 1 dan Fasa 2 ini telah diadakan secara serentak di 10 Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh Negara. Majlis Penutup Utama telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Batu Pahat, Johor. Program selama 3 minggu ini dilaksanakan mulai 2 hingga 22 Oktober 2016 dengan matlamat untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

 



YBrs. Encik Halim Abdul Rahman, Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
menyampaikan ucapan semasa Sesi Townhall di Batu Pahat, Johor. 

 

 

YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan menyampaikan taklimat beliau kepada para peserta mengenai Akta PKS dan Program – program Pembangunan yang ditawarkan oleh Kerajaan.

 

 

Sesi Soal Jawab yang dikendalikan oleh Fizo Omar

 

 

Sesi Penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta TUBE 3.0 Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor

 

 

Penyampaian mock cheque kepada Pemenang Rancangan Perniagaan Terbaik dan Peserta Terbaik TUBE 3.0 dari Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor.

 

 

 

Persembahan istimewa oleh peserta-peserta TUBE 3.0 Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor.

     

 

YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslanberamah mesra dengan peserta-peserta TUBE 3.0 Kem PLKN Sri Ledang, Tangkak, Johor dan Ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Persatuan Industri Wilayah Selatan.

 

     
     

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US