Languages: Others

Sesi Townhall Yb Datuk Ahmad Maslan Bersama Dewan Perniagaan dan Persatuan Industri Bumiputera Wilayah Tengah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Ahmad Maslan mengadakan Sesi Taklimat Umum hari ini untuk berkongsi aspirasi Kerajaan di dalam memastikan keterlibatan PKS Bumiputera di dalam proses pembangunan negara. Sesi Taklimat Umum yang dikendalikan oleh MITI dan SME Corp. Malaysia ini telah dihadiri oleh 300 orang peserta terdiri daripada ahli persatuan industri dan dewan perniagaan Bumiputera di Wilayah Tengah dan agensi-agensi MITI.

 

Sesi taklimat ini juga membincangkan tentang kandungan Rang Undang-Undang PKS Kebangsaan 2016 yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini. Melalui Akta ini, rangka kerja pembangunan PKS yang sedia ada akan diperkukuhkan ke arah mencapai 41% sumbangan KDNK PKS pada tahun 2020. YB Datuk Ahmad Maslan juga turut berkongsi dengan para peserta tentang perkembangan terkini program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP), Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan Local Global Corporations (LGC) Ascend 800 di bawah MITI dan SME Corp. Malaysia khusus untuk PKS Bumiputera.

 

Pada hari yang sama, YB Datuk Ahmad Maslan bersama-sama dengan YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia turut membuat lawatan rasmi ke Sukimi Lube (M) Sdn Bhd bagi melihat sendiri perkembangan terkini syarikat ini yang banyak mendapat bimbingan dan bantuan oleh agensi Kerajaan terutamanya SME Corp. Malaysia. Di samping lawatan rasmi ini, YB Datuk Ahmad Maslan juga turut melancarkan produk baru keluaran Sukimi Lube, Glide Lubricant.

Ketua Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Muhazli memaklumkan yang produk baru keluaran Sukimi Lube ini merupakan minyak pelincir serbaguna yang bergred tinggi yang diformulasi untuk kelancaran enjin kenderaan petrol dan diesel, minyak motosikal, minyak transmisi dan juga untuk kegunaan industri terutamanya di dalam sektor marin. Sukimi Lube merupakan salah satu syarikat penerima Anugerah Enterpris 50 dan telah diiktiraf di bawah Pensijilan National Mark of Malaysian Brand anjuran SME Corp. Malaysia yang melambangkan Kualiti, Kecemerlangan dan Keunggulan jenama produk dan perkhidmatan syarikat tempatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US