Languages: Others

Lawatan Rasmi YBTM ke Algaetech Sdn Bhd [9 September 2016]

YB Datuk Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI pada hari ini mengadakan satu Lawatan Rasmi ke Algaetech International Sdn Bhd di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. YB Datuk Haji Ahmad Maslan berkesempatan untuk melawat Kilang Pengkulturan Alga dan merasmikan Kilang Astaxanthin Beta Algaetech di samping menyaksikan Majlis Pertukaran Perjanjian dan MOU di antara Algaetech International Sdn Bhd bersama Syarikat INAUNEW Indonesia dan Bio-Life.

 

Syarikat Algaetech International Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang telah mendapat bantuan dan bimbingan daripada SME Corp. Malaysia dan Bioeconomy Corporation di bawah inisiatif Bionext. Inisiatif Bionext ini merupakan salah satu komponen di bawah Program Berimpak Tinggi 5, Pelan Induk PKS 2012-2020 yang bertujuan untuk memupuk dan mengintegrasikan pertumbuhan tinggi PKS Malaysia ke dalam rantaian global. Sepanjang terlibat dalam program ini, Algaetech telah melaksanakan pelan tindakan perniagaan dengan bimbingan pelbagai pihak serta menerima bantuan kewangan dalam bentuk Geran Bersamaan Inisiatif BioNext (BIMG) yang disalurkan oleh SME Corp. Malaysia melalui Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia.

 

Turut mengiring YB Datuk Haji Ahmad Maslan pada Sesi Lawatan Rasmi ini ialah En Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif, SME Corp. Malaysia, Pn Nora Mohamed, Naib Presiden Kanan, Bioeconomy Corporation dan Ketua Pegawai Eksekutif Algaetech YBhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi.

 

 


YB Datuk Haji Ahmad Maslan sedang melawat Kilang Pengkulturan Alga sambil memdengar penerangan daripada YBhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi,
Ketua Eksekutif, Algaetech International Sdn Bhd.

 

 

YB Datuk Haji Ahmad Maslan merasmikan Kilang Astaxanthin Beta Algaetech sambil diperhatikan oleh En Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia,
Puan Noraini Mohamed, Naib Presiden Kanan, Bioeconomy Corporation, YBhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi, Ketua Pegawai Eksekutif Algaetech International dan
En Beharnit Hondo, Direktor Utama INAUNEW Indonesia

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat PNS LOGO White S protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US