PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan penjenamaan semula Smidec yang dikenali sebagai SME Corporation (SME Corp) Malaysia dengan tujuan untuk membangunkan sektor enterpris kecil dan sederhana yang kompetitif dan berdaya tahan dalam menangani krisis ekonomi.
"SME Corp dijangka mulai beroperasi pada Ogos ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ke-sembilan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di pejabatnya, di sini.
Najib berkata, fungsi utama SME Corp adalah untuk bertindak sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyelaras data dan program berkenaan dengan PKS merentasi semua sektor ekonomi serta pengurusan data, maklumat dan menjalankan kajian berhubung dengan PKS.
"SME Corp akan menjadi sebuah pusat rujukan yang membolehkan sesiapa pun untuk mendapatkan bantuan termasuk SME Bank boleh merujuk syarikat berkenaan (SME Corp)," katanya.
Mesyuarat hari ini juga meluluskan peranan dan skop Smidec yang baru.
Pindaan Akta SMIDEC 539 sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan akan dibincangkan di Dewan Negara.
- Bernama
Muslims BIG Business & Investment Gala
start date:
04/06/2010
end date:
06/06/2010
National Domestic Investment 2010
start date:
23/02/2010
end date:
23/02/2010
Global India Textile Show (GITS 2010)
start date:
26/3/2010
end date:
27/3/2010
Malaysia - Yemen Festival
start date:
17/03/2010
end date:
20/03/2010
SMIDEX 2010
start date:
1/6/2010
end date:
3/6/2010
Seminar and Exhibition on Electronic System Solution 2010 - MPC
start date:
16/03/2010
end date:
16/03/2010
| Panduan Langkah Demi Langkah Memulakan Perniagaan - Interested in buying this book? click here for further information. |
Access our online services here !!! |
Want to know how to check your application status via SMS? Click here to to find out how. |
Call SME Corp Malaysia Infoline for more information at 1-300-88-1801 |