Bahasa: Lain-lain

Program Outreach Industri 4.0 Sarawak

Tarikh                                 : 11 Disember 2017 (Isnin)
Tempat                               : Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak
Tetamu Kehormat                : YB Datuk Chua Tee Yong
                                            Timbalan Menteri (Perdagangan)
                                            Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)

 

Pada 11 Disember 2017, SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah mengadakan Program Outreach Industri 4.0 di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak. Program Outreach Industri 4.0 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri (Perdagangan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dan telah dihadiri lebih daripada 400 orang yang terdiri daripada PKS Sarawak, wakil dari Kementerian, agensi, persatuan industri, dewan perdagangan dan pelajar universiti.

Program Outreach Industri 4.0 yang berfungsi sebagai saluran komunikasi yang berkesan antara Kerajaan dan para pemain industri telah diadakan khas sebagai persediaan dan platform penyebaran maklumat berguna mengenai Industri 4.0 yang dapat membawa perubahan besar kepada industri PKS. Oleh itu, program ini memfokuskan kepada memimpin tenaga kerja masa depan dan membantu PKS memahami serta memulakan perubahan yang diperlukan untuk operasi perniagaan mereka. Program Outreach Industri 4.0 ini turut dihadiri oleh YB Encik Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Pembangunan Industri Sarawak, Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sarawak.

 

   

Ucapan alu-aluan oleh YB Encik Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Pembangunan Industri Sarawak, Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sarawak.

 

 

 

Ucapan oleh YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri (Perdagangan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)

 
   

Peserta Program Outreach Industri 4.0 Sarawak bergambar bersama tetamu kehormat dan Ahli Panel. Di hadapan (dari kiri):

  1. Cik Alia Md Saleh, Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).
  2. Encik Mohd Mirza Mohamed Noor, MIMOS Berhad.
  3. YB Encik Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Pembangunan Industri Sarawak, Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sarawak.
  4. YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri (Perdagangan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).
  5. Encik Nik Syahril Nik Mahmood, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan, SME Corp. Malaysia.
  6. Encik Azhar Md Nayan, Penang Skills Development Centre (PSDC).

 

 

   

Antara peserta Program Outreach Industri 4.0 yang terdiri daripada PKS Sarawak, wakil daripada Kementerian, agensi, persatuan industri, dewan perdagangan dan pelajar universiti.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI