Bahasa: Lain-lain

SEAP

Latar Belakang

  • SEAP adalah program yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan khidmat nasihat teknikal kepada PKS. PKS diberi bantuan dari segi pemindahan pengetahuan teknologi dan pengalaman industri.
  • SEAP terdiri daripada pakar-pakar daripada industri dan agensi kerajaan yang telah bersara. Mereka dilantik untuk menyediakan khidmat nasihat dan teknikal bagi membantu PKS meningkatkan operasi dan amalan perniagaan mereka.

Kriteria kelayakan PKS:

  • Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau enterpris yang diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ATAU mempunyai Sijil Amalan oleh Badan Profesional
  • Memenuhi definisi PKS
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia
  • Mempunyai lesen premis yang sah

Sektor yang diliputi

  • Pembuatan
  • Perkhidmatan Berkaitan Pembuatan
  • Perkhidmatan (Kecuali Insurans dan Perkhidmatan Kewangan)

Bidang Penambahbaikan

  • Teknologi;
  • Kapasiti Pengeluaran;
  • Kejuruteraan;
  • Automasi;
  • Jentera & peralatan;
  • Teknologi bahan;
  • Pengurusan kewangan;
  • Proses;
  • Reka bentuk;
  • Piawaian antarabangsa (Contoh: ISO, HACCP, GMP );
  • Produktiviti;
  • Penyelenggaraan;
  • Pembungkusan & Pelabelan;
  • Jaminan kualiti;
  • ICT dan pengkomputeran;
  • Sistem perniagaan (Contoh: logistik, inventori)
  • Pengurusan Sistem Pengeluaran Lean

Cara Memohon

Sila hantarkan borang yang lengkap dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk:

 

Urusetia SEAP

Pn. Azwani Elias (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
En. Mohd Radzuwan Ariffin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
En. Mohd Syahir Noordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel : 03-2775 6000 ext 6053/ 6080/ 6096
Fax : 03-2775 6314

  

Alamat:
SME Corp. Malaysia
Level 6, SME 1, Block B
Lot E, Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

 

Kriteria Permohonan sebagai Pakar SEAP:

Kriteria kelayakan untuk mendaftar sebagai Pakar dalam Program SEAP termasuk:

  • Umur 50 hingga 65 tahun;

  • Bersara dan tidak terikat kepada mana-mana syarikat;

  • Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 20 tahun dan disokong oleh kelayakan minimum sebagai pemegang Ijazah dengan latar belakang akademik yang berkaitan, yang diiktiraf oleh mana-mana institusi kerajaan atau berdaftar dengan mana-mana persatuan profesional atau organisasi antarabangsa.

  • Tidak mempunyai konflik kepentingan dalam menyediakan perkhidmatan kepada PKS.

  • Pegawai dagang di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI