Pengenalan
Bumiputera MSMEs Financing Initiative (BMFI) ialah satu inisiatif yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia dengan matlamat untuk menyediakan akses yang lebih baik dari segi pembiayaan untuk PMKS Bumiputera.
Melalui inisiatif ini, SME Corp. Malaysia akan melantik Pengantara Kewangan (Financial Intermediaries) berlesen yang mampu menyediakan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang inovatif dan pantas untuk PMKS Bumiputera melalui platform digital mereka. Platform digital ini juga dijangka menawarkan kemudahan pinjaman yang boleh diubah kepada geran untuk PMKS Bumiputera yang layak. SME Corp. Malaysia akan menyumbang dana permulaan sebanyak RM15 juta bagi inisiatif ini.
Kriteria Asas Pengantara Kewangan
Pengantara Kewangan Berpotensi perlu memenuhi kriteria asas seperti berikut:
- Berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC);
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Produk dan perkhidmatan patuh Syariah;
- Pengalaman operasi sekurang-kurangnya 3 tahun;
- Penyata Kewangan Beraudit selama 3 tahun;
- Pasukan operasi 24/7 yang berdedikasi;
- Beroperasi di Malaysia; dan
- Lengkap dengan semua langkah keselamatan siber yang diperlukan serta pengurusan risiko perniagaan.
Pengantara Kewangan yang berminat perlu menyerahkan borang Request For Proposal (RFP) kepada SME Corp. Malaysia untuk melayakkan diri sebagai pemohon berpotensi.
Pemohon dikehendaki melengkapkan borang permohonan secara dalam talian dan menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan di https://forms.gle/x3Vqk9VCuWU4rGCd9. Permohonan dalam talian hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang pada 22 Disember 2022.
Muat turun Request for Proposal: Bumiputera MSMEs Financing Initiative (BMFI) [PDF]
Untuk pertanyaan lanjut, sila emel ke:
- Nik Syahril Nik Mahmood (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
- Rosman Zamri (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pemohon juga dikehendaki untuk mencetak dan melampirkan borang permohonan serta dokumen sokongan dalam satu sampul surat dan menghantarnya ke alamat fizikal berikut selewat-lewatnya jam 5.00 petang pada 22 Disember 2022:
U/p: Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputera
SME Corp. Malaysia
Tingkat 7 Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur