Bahasa: Lain-lain

Program Business Accelerator (BAP 3.0)

Business Accelerator Programme (BAP 3.0) adalah program bantuan bersepadu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan untuk membantu PKS meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara.

 

Jenis Bantuan:

  • Geran Bersamaan
  • Pinjaman Mudah: BAP
  • Modal Kerja@BAP

 

Geran Bersamaan

Geran bersamaan adalah bantuan kewangan dan nasihat yang diberikan oleh kerajaan kepada PKS untuk aktiviti-aktiviti penambahbaikan yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keuntungan syarikat.

Makluman penting:

  • Permohonan hanya boleh dibuat melalui online sahaja 
  • Wajib memperolehi Sijil SME Status. Sila mohon disini. [klik]
  • Disyorkan memohon SCORE [klik] semasa membuat permohonan

 

Tempoh Permohonan:

Untuk makluman, permohonan baharu di bawah program BAP 3.0 masih ditutup sehingga dimaklumkan.


Penafian : Penerimaan permohonan bergantung kepada baki dana

    tipsBM

pembiayaanNOV2021m 

Syarat asas permohonan:

  • Mempunyai Sijil Status PMKS
  • Memenuhi Definisi PKS
  • Jualan tahunan melebihi RM300,000 setahun
  • Minimum 60% milikan tempatan
  • Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Telah beroperasi selama 6 bulan
  • Telah melalui / bersedia untuk melalui penilaian SCORE / MCORE

 

Kriteria Utama:

  • Membayar cukai perniagaan
  • Modal berbayar minimum sebanyak RM30,000
  • Mempunyai tunai di bank sekurang-kurangnya 20% daripada nilai projek
  • Nisbah pekerja tempatan: pekerja asing sekurang-kurangnya 70:30
  • Projek yang mempunyai nilai tambah yang tinggi / menyumbang kepada peningkatan produktiviti

Untuk maklumat lanjut mengenai Program BAP 3.0, sila hubungi:

Urusetia Program BAP 3.0: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corporation Malaysia

Tingkat 4, SME 1, Blok B
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax: 03-2775 6001

E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-2775 6204
03-2775 6157
03-2775 6306
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI