Bahasa: Lain-lain

Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

dftz

 

global

 

Latarbelakang

  • DFTZ adalah satu inisiatif untuk memanfaatkan pertemuan dan pertumbuhan pesat ekonomi internet serta aktiviti e-dagang yang merentasi sempadan.
  • DFTZ ditubuhkan bagi memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan keutamaan untuk e-dagang
  • DFTZ mempunyai tiga komponen:
    • Hab e-penunaian: Untuk membantu PKS / perniagaan mengeksport barangan secara mudah, dengan bantuan pembekal perkhidmatan penunaian utama.
    • Hab Perkhidmatan Satelit: Untuk menghubungkan PKS / perniagaan dengan pemain utama yang menawarkan perkhidmatan seperti kewangan, penunaian jarak terakhir, insurans dan perkhidmatan lain yang penting dalam perdagangan merentasi sempadan.
    •  Platform e--perkhidmatan: Untuk menguruskan pelepasan kargo dengan berkesan dan proses-proses lain yang diperlukan untuk perdagangan merentasi sempadan.
  • Platform e--perkhidmatan merupakan  elemen unik DFTZ. Ia akan menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kerajaan dan perniagaan secara digital untuk menyokong perdagangan merentasi sempadan.
  • Pada masa hadapan, platform digital ini boleh dihubungkan ke platform-platform yang sama di negara lain untuk menjadikan perdagangan merentasi sempadan lebih mudah
  • Malaysia merupakan negara pertama yang melancarkan platform e-perkhidmatan
Objektif
  • Membantu PKS mengeksport barangan mereka di peringkat global dengan mudah
  • Membolehkan pasaran global mendapat sumber dari pengilang-pengilang / peniaga-peniaga Malaysia
  • Menjadikan Malaysia sebagai hab penunaian serantau bagi jenama-jenama global untuk mencapai pembeli-pembeli ASEAN
  • Memupuk ekosistem untuk memacu inovasi dalam e-dagang dan ekonomi internet

Cadangan Nilai

  • Lokasi/Kemudahan: Menyediakan kemudahan terbaik yang bertaraf dunia dan lokasi yang selesa, memperolehi manfaat teknologi dan inovasi terkini untuk perdagangan merentasi sempadan yang cekap. Contoh-contoh kemudahan termasuk gudang modular dengan teknologi terkini seperti kemudahan menyisih, menyusun, dan ambil-bungkus
  • Perkhidmatan: Platform e-perkhidmatan termasuk perkhidmatan bersepadu untuk para pengguna DFTZ. Platform e-perkhidmatan akan menjadi sistem bersepadu yang menghubungkan perkhidmatan atas talian oleh syarikat-syarikat e-dagang global kepada sistem sektor awam Malaysia yang berkaitan untuk menyediakan perjalanan lancar kepada pengeksport dan pengimport dalam menjalankan perniagaan mereka secara atas talian.


Manfaat untuk PKS

DFTZ akan:

  • Menyediakan akses pasaran kepada PKS untuk mencapai pelanggan-pelanggan di peringkat global dengan bantuan pasaran utama
  • Memudah dan mempercepatkan proses pelepasan kargo dengan bantuan platform e--perkhidmatan
  • Menyediakan sokongan “end-to-end” kepada perniagaan untuk perdagangan, rangkaian dan perkongsian pengetahuan merentas sempadan untuk memacu inovasi dalam ekosistem internet.
    • Perkhidmatan  e-penunaian  (pergudangan, ambil, bungkus, pelabelan, dan lain-lain)
    • Akses kepada pemain ekosistem e-dagang (kewangan, penunaian jarak terakhir, insurans, pemasaran digital, dan lain-lain)
  • Menyediakan ekosistem dan kemudahan yang tepat untuk jenama-jenama menggunakan Malaysia sebagai hab pindahkapal untuk mencapai pelanggan ASEAN

Untuk maklumat lanjut mengenai DFTZ, sila  layari https://mydftz.com/

 

Bengkel Pengenalan DFTZ

SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Matrade dan MDEC sedang menganjurkan bengkel-bengkel di seluruh negara pada bulan September 2017 untuk membantu PKS mendapatkan kerjasama yang strategik bersama DFTZ, Alibaba.com.

Tempat dan tarikh bengkel-bengkel adalah seperti berikut:

 

NO

Lokasi

Tarikh & Masa

Tempat

Penganjur

1

KELANTAN

11 SEPT
(9.00am – 12pm)

Royal Guest House, Kota Bharu

SME Corp. Malaysia

2

KUALA LUMPUR

11 SEPT
(10am – 12pm)

Bunga Raya Auditorium, MDEC

MDEC

3

PENANG (PENANG,KEDAH & PERLIS)

12 SEPT
(9.00am – 12.00am)

Dewan MPC, PENANG

SME Corp. Malaysia & MATRADE

4

MELAKA
(MELAKA & N.S)

12 SEPT
(8.00am – 1.00pm)

Auditorium Seri Negeri, Melaka

SME Corp. Malaysia

5

JOHOR BAHRU

12 SEPT
(9.00am – 12.00pm)

KSL Resort, Johor Bahru

SME Corp. Malaysia & MATRADE

6

TERENGGANU

12 SEPT
(9.00am – 12.00pm)

Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Kuala Terengganu

SME Corp. Malaysia & MATRADE

7

KUALA LUMPUR

12 SEPT
(9.00am – 1.00pm)

The Royale Chulan Damansara, PJ

MDEC & Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)

8

KUALA LUMPUR

12 SEPT
(12.45pm – 1.15pm)

Berjaya Times Square Hotel

MDEC & Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (SAME)

9

SARAWAK

12 – 14 SEPT
(9.00am – 5.00pm)

FAME International College

Organized by FAME and Supported by SME Corp. Malaysia, Sarawak

10

PAHANG

13 SEP,
(9.00am -12am)

Grand Darulmakmur, Kuantan

SME Corp. Malaysia

11

KUALA LUMPUR

13 SEP,T
(1st Batch 10am -12pm)
(2nd Batch 2pm - 4pm)

Panpages HQ

MRCA & MDEC

12

KUALA LUMPUR

 

14 SEPT
(10am -12pm)

Bunga Raya Auditorium, MDEC

MDEC

13

SABAH

14 SEPT
(8.30am – 1.00pm)

AUDITORIUM SUP (RIDING ON SME CORP INDUSTRY 4.0 EVENT)

SME Corp. Malaysia & MATRADE

14

KUALA LUMPUR

19 SEPT

Dewan Perdana, MITI

MITI, MDEC, SME Corp. Malaysia and MATRADE

15

KUALA LUMPUR

21 SEPT
(10AM-12PM)

Dewan Perdana, MATRADE

MATRADE

16

KUALA LUMPUR

26 SEPT
(10AM-12PM)

Dewan Perdana, MATRADE

MATRADE

17

KUALA LUMPUR

 

3 OCT
(8.00am – 7.30pm)

Pullman Bangsar, KL

China Press

18

SARAWAK

3 OCT
(8.00am – 1.00pm)

Pullman Hotel, Kuching
Riding on theSarawak eCommerce Forum 2017)

SME Corp. Malaysia & MATRADE

 

Siapa yang patut hadir:

  • Syarikat milik warganegara Malaysia( minima 60% pemegang saham Malaysia)
  • Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 / Akta Syarikat 2016 / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Akta Koperasi 1993.
  • Mengeksport produk dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia atau Jenama Malaysia
  • Tahap automasi yang tinggi, termasuk kehadiran digital yang ketara ( diutamakan)
  •  Jenama / pembungkusan yang baik
  • Mengeksport dengan pematuhan kepada keperluan eksport
  • Keupayaan operasi (kewangan, pengeluaran & tenaga kerja) untuk menyokong e-dagang.
  • Produk popular yang bersesuaian untuk pasaran China (diutamakan).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan Bengkel Pengenalan dan lokasi, sila hubungi pegawai di bawah;

      • En. Mohd Faiz Mohammed Yunus: (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) @ 03 - 2775 6125
      • En. Rosman Zamri : (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) @ 03 - 2775 6125
      • En. Mohamed Hanef Alwi : (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) @03 - 2775 6086

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI