Bahasa: Lain-lain

Program National Mark of Malaysian Brand

SME Corporation Malaysia dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah membangunkan National Mark of Malaysian Brand, skim pensijilan yang melambangkan kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, Kerajaan berharap dapat mengubah tanggapan bahawa produk PKS adalah berkualiti rendah, kurang keutuhan  dengan standard pembungkusan yang rendah berbanding jenama besar. Dengan pensijilan National Mark of Malaysian Brand, PKS Malaysia akan dapat membina kredibiliti dan reputasi untuk kualiti yang setanding. Malaysian Brand telah dilancarkan pada tahun 2009 oleh Raja Muda Perak Darul Ridzuan, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah Muhibbuddin.

 

Di bawah program ini, syarikat-syarikat Malaysia akan dinilai berdasarkan piawaian yang ketat, di mana langkah-langkah pengauditan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti yang ditetapkan. Sekiranya berjaya, produk atau perkhidmatan akan diberi hak keistimewaan untuk menggunakan tanda jenama National Mark of Malaysian Brand untuk tempoh dua tahun. Untuk mengekalkan pensijilan ini, pengauditan dan pemantauan akan dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan. Pelbagai aktiviti promosi perdagangan turut diadakan bagi membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan syarikat yang telah menerima pensijilan National Mark of Malaysian Brand.

 

Untuk memperolehi pensijilan Malaysian Brand, yuran akan dikenakan bagi memproses permohonan dan menampung kos pengauditan.

Kriteria kelayakan untuk National Mark of Malaysian Brand adalah seperti berikut: 

  1. Perniagaan yang diperbadankan/didaftarkan di bawah:

    - Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
    - Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 (Akta 197); atau
    - Sijil Amalan daripada Badan Profesional.

  2. Beroperasi dari premis yang sah;
  3. Mencapai sekurang-kurangnya 3 Bintang di bawah penilaian SCORE SME Corp. Malaysia;
  4. Syarikat dalam mana-mana sektor dengan pensijilan ISO 9001 atau yang setara;
  5. Syarikat dalam Sektor Makanan dengan pensijilan HACCP atau ISO 22000;
    Syarikat dalam Sektor Automotif dengan pensijilan ISO/TS16949; atau
    Syarikat dalam Sektor Peranti Perubatan dengan pensijilan ISO 13485; dan
  6. Mempunyai jenama yang berdaftar.

 

Manfaat

  • Liputan Media Eksklusif;
  • Memudahkan akses syarikat bagi promosi perdagangan tempatan dan antarabangsa serta aktiviti pengiklanan dan promosi yang dianjurkan oleh Kementerian dan Agensi; dan
  • Jemputan untuk menghadiri latihan / program khusus yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan rakan kerjasamanya.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai skim pensijilan National Mark of Malaysian Brand, sila layari www.nationalmark.gov.my atau hubungi:

 

Urusetia National Mark of Malaysian Brand di SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

En. Loo Soon Khai - Tel: 03-55445678  / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Norizah binti Yahaya - Tel: 03-5544 6481 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Urusetia National Mark of Malaysian Brand di SME Corp.Malaysia

Ms. Nor hidayah Ahmad - Tel: 03-27756124/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Farhana Sheikh Salim Alkhatib - Tel: 03-2775 6256 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Borang Permohonan

Borang Soal Selidik

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI