Bahasa: Lain-lain

Pameran Tahunan PKS – SMIDEX

Pameran Tahunan PKS - SMIDEX merupakan acara tahunan utama yang mengetengahkan PKS Malaysia berkeupayaan dan berkebolehan terbaik dalam menawarkan produk, perkhidmatan dan teknologi untuk pasaran global. Ianya adalah satu platform bagi PKS tempatan untuk meneroka pasaran baru dan peluang rantaian bekalan pasaran global melalui:

  • Pameran Produk & Perkhidmatan
  • Sesi Padanan Perniagaan
  • Pertukaran Maklumat & Idea mengenai Teknologi dan Inovasi
  • Pelancaran & Penyampaian Produk

 

SMIDEX telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1996 iaitu ketika SME Corp. Malaysia masih dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Sejak penubuhannya 20 tahun yang lalu, SMIDEX telah berkembang menjadi platform terbaik dalam memperkasakan Komuniti PKS dan peserta antarabangsa dengan 'pengetahuan berfungsi' yang pragmatik dan pada masa yang sama menetapkan tanda aras baru dalam kemajuan perniagaan. Tahun 2016 merupakan tahun ke-19 penganjuran Pameran Tahunan PKS - 'SMIDEX 2016’.

 

Kini, SMIDEX adalah acara PKS terulung negara yang menawarkan platform interaktif bertaraf dunia kepada PKS dalam meneroka peluang rangkaian yang boleh membawa kepada peluang perniagaan baru dan juga laluan pesat kepada pertumbuhan perniagaan PKS dengan menyediakan pengupaya perniagaan, rangka perniagaan baru dan penyelesaian di bawah satu pusat. Ia merupakan satu saluran untuk mendedahkan PKS mengenai dasar-dasar terkini kerajaan dan hala tuju yang menggalakkan pembangunan PKS dan untuk mewujudkan kesedaran mengenai pelbagai program pembangunan PKS serta inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan, termasuk bantuan kewangan.

 

Acara ini mengumpulkan PKS, Syarikat Multinasional (MNCs), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Industri Berskala Besar (LSIs) yang mempamerkan keupayaan dan kebolehan mereka dalam penghasilan produk-produk, perkhidmatan dan teknologi untuk pasaran global. Acara ini mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan bertujuan untuk mengetengahkan kemudahan yang ditawarkan oleh pelbagai Kementerian, Agensi, persatuan industri dan institusi kewangan yang membawa kepada peluang perniagaan baru dan kesedaran berkaitan dengan skim pembiayaan sedia ada.

 

SMIDEX juga menyediakan sesi pemadanan perniagaan yang bertujuan untuk membantu PKS mewujudkan perkongsian perniagaan dan hubungan perniagaan strategik, serta, memudahkan perkongsian pengetahuan berfungsi yang berguna dengan MNC, GLC dan LSIs. Ianya juga bertindak sebagai platform bagi PKS tempatan mempelajari daripada MNC, GLC dan LSIs yang terlibat untuk menjadi pembekal mereka, meneroka peluang-peluang sumber luar yang berpotensi dan usaha ke arah rantaian bekalan pasaran global.

 

Sila layari laman web SMIDEX di www.smidex.my untuk maklumat lebih lanjut serta pendaftaran.

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI