Bahasa: Lain-lain

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

 

BEEP bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu bagi memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan..

 

Kriteria Kelayakan

  • Perakuan status PMKS; (klik sini)
  • Syarikat bersaiz mikro *, kecil & sederhana sahaja;
  • 60% ekuiti syarikat adalah milikan Bumiputera;
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  • Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; 
  • Telah menjalani penilaian SCORE ; dan
  • Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;

 

*Merujuk kepada syarikat mikro berpotensi tinggi seperti berikut:

  • Telah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya 12 bulan;
  • Jualan tahunan melebihi RM250,000; dan
  • Beroperasi di premis perniagaan yang sah.

 

Pakej Bantuan 

  • Produktiviti dan Automasi;
  • Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT;
  • Peningkatan Pembungkusan Produk;
  • Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;
  • Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
  • Pembangunan dan Inovasi Produk; dan
  • Penyenaraian di pasaran LEAP. ;

 

Permohonan

Untuk memohon, sila tempah sesi konsultansi bersama pegawai kami di platform MeetMe melalui portal myAssistMSME bagi membincangkan cadangan pengembangan perniagaan anda di bawah Program BEEP. Sila layari laman www.myassist-msme.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Muat turun brosur Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) [PDF]

 

Fi Pemprosesan

Bermula tahun 2023, fi pemprosesan akan dikenakan kepada permohonan baharu seperti berikut: 

  • RM500 untuk PKS Kecil dan Sederhana; dan
  • RM300 untuk PKS Mikro.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia Program BEEP :

  • Pn. Wan Amira Hazwani Bt Mohd Nasir 03-27756275
  • Pn. Suzy Yanty Ahmad Rubani 03-27756300
    email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

SME Corp. Malaysia
Aras 7, Blok C, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line : 1300-30-6000
Fax: 03-2775 6001
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

PENAFIAN:
Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menghentikan atau menggantung Program, atau mengubah kandungan atau format Program, pada bila-bila masa tanpa notis kepada mana-mana pihak, serta menuntut pemberhentian segera sebarang penggunaan khusus Program ini. Di samping itu, kami berhak atas budi bicara kami untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam kepada Program ini pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab. SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh mana-mana pihak yang menyertai Program ini.

 

SME Corp. Malaysia juga tidak pernah melantik juruperunding/pihak ketiga bagi syarikat mengisi dan mengemukakan permohonan di bawah program ini. Sekiranya didapati syarikat menggunakan juruperunding/pihak ketiga, SME Corp Malaysia berhak membatalkan/menarik balik permohonan syarikat secara automatik.

 

AMARAN:
Mengemukan maklumat palsu atau mengelirukan bagi tujuan memperdayakan SME Corp Malaysia adalah satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan di mana penaltinya adalah termasuk hukuman penjara dan sebatan serta boleh dikenakan denda. Di samping itu, SME Corp. Malaysia boleh menidakkan apa-apa faedah, ganjaran atau bantuan jika maklumat palsu dikaitkan dengan suatu permohonan.

 

SME Corp. Malaysia juga ingin mengenengahkan mengenai Peruntukan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 iaitu suatu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersial adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk faedah organisasi tersebut. Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada atau tidak, pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
(SME Corp. Malaysia)

Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Talian Info: 03-2775 6204
03-2775 6157
03-2775 6306
Talian Faks: 03-2775 6001
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  aim

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030)

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI