Bahasa: Lain-lain

Program SME- University Internship

 

Program “SME-UNIVERSITY INTERNSHIP” ini telah diperkenalkan pada tahun 2008 sebagai satu inisiatif untuk memperkukuhkan sinergi di antara industri dan universiti dalam meningkatkan kapasiti dan keupayaaan PKS. Memorandum Persefahaman telah ditandatangani di antara SME Corp. Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melaksanakan program ini di Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia.

 

Objektif Program ini adalah untuk:

  • Membantu PKS dalam meningkatkan prestasi perniagaan dan produktiviti melalui pendekatan perundingan oleh pelajar universiti, di bawah pengawasan dan bimbingan pensyarah mereka serta Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia;
  • Menggalakkan keusahawanan di kalangan pelajar dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai persekitaran sebenar dunia perniagaan; dan
  • Membantu pelajar memperolehi kemahiran penting yang diperlukan sama ada untuk bekerja di firma kecil atau untuk memulakan perniagaan mereka sendiri setelah menamatkan pengajian.

 

Di antara bidang penambahbaikan adalah:

  • Operasi & Pengurusan Perniagaan;
  • Pengeluaran;
  • Pengurusan;
  • Pengurusan Kewangan ;
  • Pemasaran ; dan
  • Aplikasi ICT.

 

Siapa yang layak? 

  • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana
  • Syarikat yang mendapat penarafan SCORE dua (2) Bintang dan ke bawah
  • Premis perniagaan terletak berdekatan dengan universiti awam yang menyertai program ini

 

Sila hantarkan borang yang lengkap kepada:

Sekretariat Program SME-University Internship

Pn. Azwani Elias (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
En. Mohd Radzuwan Ariffin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Tel : 03-2775 6000 ext 6053/ 6080
Fax : 03-2775 6314

 

Alamat:

SME Corp. Malaysia
Tingkat 6, SME 1
Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR

 

Muat turun fail:

 Lampiran Saiz
images Application Form  25.75 KB

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI