Bahasa: Lain-lain

Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PKS 2.0 (BAP 2.0)

Skim Peningkatan Kapasiti & Keupayaan PKS 2.0 adalah program bantuan bersepadu untuk meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam dan luar negara.

 

Definisi PKS

Klik sini untuk maklumat lanjut berkaitan Definisi PKS

KRITERIA

  • PKS merujuk kepada entiti perniagaan yang berdaftar dengan badan-badan berikut: (i) Suruhanjaya Syarikat Malaysia sama ada dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan (1965) atau Akta Syarikat (1965) atau Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (2012); atau (ii) Pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah di Negeri Sabah dan Sarawak; atau (iii) Badan Berkanun bagi pembekal perkhidmatan professional. Sila rujuk Garis Panduan definisi PKS dan pengecualiannya (telah disahkan di NSDC pada bulan Julai 2013);
  • Sekurang-kurangnya 60% ekuiti milikan oleh rakyat Malaysia;
  • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  • Sekurang-kurangnya 6 bulan beroperasi dan pengendali perniagaan sepenuh masa;
  • Komited untuk menjalani penilaian SCORE dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan;
  • TIDAK LAYAK untuk Syarikat Awam Tersenarai di Papan Utama / Pasaran Sekunder /Firma Besar, MNC, GLC, MoF Inc. & Syarikat Enterpris Milikan Kerajaan Negeri DAN anak syarikat.

 

PEMBIAYAAN

Terdapat dua jenis pembiayaan kewangan dibawah Program BAP 2.0 :

  1. Geran Bersamaan
  2. Pinjaman

 

 geranbersamaan

pinjamanmudahBAP

 

prosesmohon

 

prosestuntut

 

caramohon

 

Semua komitmen dan bantuan yang diberikan di bawah Program tersebut adalah tertakluk kepada ketersediaan dana. SME Corp. Malaysia berhak untuk menamatkan atau menggantung Program , atau menukar kandungan atau format  Program , pada bila-bila masa tanpa notis kepada sesiapa, dan menghentikan apa-apa penggunaan khusus Program ini dengan serta-merta. SME Corp. Malaysia juga mempunyai budi bicara untuk menggantung, menamatkan atau menyekat akses awam  ke dalam Program ini pada bila-bila masa dan untuk apa-apa sebab jua . SME Corp. Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan oleh mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam Program ini.

 

Daftar Sekarang!

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI