Bahasa: Lain-lain

Drama Ensiklopedia Perniagaan

 

CnC

 

Drama Mini Bersiri ‘Chor & Chah’ ialah sebuah panduan perniagaan berbentuk drama yang diterbitkan secara dalam talian menerusi YouTube. Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha untuk menguar-uarkan aktiviti pembangunan PKS pada tahun 2017, yang telah diisytiharkan sebagai ‘Tahun Promosi PKS dan Syarikat Permulaan’.

Drama mini bersiri sebanyak 12 episod ini merupakan satu platform komunikasi bagi membantu Kerajaan dalam menyebarkan maklumat berkaitan yang penting mengenai bagaimana untuk mengendalikan perniagaan secara efektif, sebagai panduan kepada usahawan, khususnya perusahaan mikro, bagi membantu mereka membangun dan mengembangkan perniagaan.

Penerbitan drama ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya belia dan golongan 40% terendah dalam piramid pendapatan (B40), untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama.

 

‘Chor & Chah’ mengisahkan perjalanan seorang usahawan muda yang baru memulakan perniagaan. Drama ini diterbitkan oleh SME Corp. Malaysia dan Suhan Movies; menampilkan para pelakon seperti Saharul Ridzuan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Hafreez Adam, Afifah Nasir, Kazar dan Haleeda. Musim Pertama telah menemui para penonton bermula 1 Ogos 2017, bersiaran sebanyak tiga kali seminggu menerusi saluran YouTube rasmi ‘Chor & Chah’.

 

Memandangkan respon positif daripada masyarakat umum terhadap ‘Chor & Chah’ Musim Pertama, SME Corp. Malaysia meneruskan penerbitan ‘Chor & Chah’ bagi Musim Kedua yang telah ditayangkan pada Oktober 2017. Musim Kedua drama mini bersiri ini memfokuskan kepada bantuan bagi mengembangkan perniagaan dan insentif eksport yang disediakan untuk para usahawan.

 

Layari https://www.youtube.com/channel/UCcmVBlau4KnPCMOv4EJwcIQ/videos untuk menonton Drama Mini Chor & Chah

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Pelan Utama PKS

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI