Bahasa: Lain-lain

Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE)

 

logo score

Mengenai SCORE

Konsep Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) yang merupakan alat diagnostik bagi menilai dan meningkatkan daya saing PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan mereka, mula dibangunkan dan diperkenalkan pada 2007. Pelaksanaan awal telah dijalankan ke atas syarikat-syarikat dalam sektor pembuatan untuk mengukur keberkesanan geran-geran yang diterima oleh syarikat-syarikat bagi meningkatkan prestasi perniagaan mereka. Sejak itu, proses SCORE telah diterima oleh pelbagai sub-sektor di Malaysia kerana ia menyediakan penanda untuk mengukur daya saing dan keupayaan syarikat-syarikat di peringkat firma. SCORE juga telah digunakan sebagai alat bagi tujuan pemadanan perniagaan untuk akses pasaran yang lebih baik dan juga sebagai petunjuk awal bagi tujuan akses kepada pembiayaan.


Objektif

• Memperolehi data asas berkenaan PKS
• Menilai dan menjejaki keupayaan dan prestasi PKS
• Menghubungkan PKS berpotensi dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pasar raya besar
• Menghubungkan syarikat sedia eksport dengan MATRADE dan MIDA
• Memastikan dana dimanfaatkan dengan lebih baik dan sumber lebih tertumpu


Manfaat SCORE
Salah satu objektif utama SCORE adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dalam membantu pembangunan PKS di Malaysia. Dengan penumpuan ini, SCORE telah berjaya mewujudkan perkongsian strategik dengan badan-badan dari pelbagai industri yang mempunyai potensi untuk membantu dan menyokong PKS dalam membina kapasiti dan keupayaan mereka.


Rakan Kerjasama Strategik kami adalah seperti berikut:
• Menangani kelemahan PKS dengan pendekatan lebih fokus dan memberi bantuan serta bimbingan bersepadu kepada PKS;
• Menghubungkan PKS berpotensi dengan syarikat besar, syarikat multinasional (MNC) dan peruncit; dan
• Membantu PKS secara lebih teratur dan berstruktur agar SME Corp. Malaysia dapat memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pembinaan kapasiti syarikat bertaraf 3 Bintang dan ke bawah, manakala syarikat 4 Bintang dan 5 Bintang boleh dipersiapkan dan dibawa ke pasaran antarabangsa.


Apa itu SCORE?
SCORE adalah alat diagnostik yang memberi penarafan bintang untuk menunjukkan tahap prestasi PKS berdasarkan tujuh kriteria penilaian iaitu kekukuhan kewangan, prestasi perniagaan, sumber manusia, pemerolehan dan penerapan teknologi, pensijilan dan kehadiran pasaran.

Penarafan
Ciri-ciri PKS
Bantuan yang diberikan

0-2 Bintang 

Peringkat asas dengan proses secara manual /separa automatik

Bantuan dan bimbingan bersepadu

3 Bintang

Separa ke automatik sepenuhnya
Mampu melaksanakan sistem kualiti
Menjalankan penambahbaikan produk dan proses.
Sijil pematuhan sedia eksport
Mengesyorkan langkah-langkah untuk penambahbaikan

 

 Development Programmes

4 Bintang

Automatik sepenuhya
Melabur di dalampenambahbaikan produk / proses
Kemungkinan besar sedang mengeksport
Pensijilan untuk eksport

 

Hubungan dengan syarikat berskala besar / syarikat multinasional / MATRADE

 

5 Bintang

Automasi bertahap tinggi
Pembungkusan dan penjenamaan yang baik
Sedang mengeksport dan patuh kepada syarat-syarat eksport

 

Hubungan dengan syarikat berskala besar / syarikat multinasional / MATRADE

 

 

Sekiranya anda memerlukan butiran yang lebih lanjut, sila layari www.score.gov.my

 

Sekiranya anda memerlukan butiran yang lebih lanjut, sila layari www.score.gov.my

SEKRETARIAT
Bahagian Khidmat Nasihat & Sokongan
SME Corp. Malaysia
Aras 4, SME 1, Blok B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Nama : En. Ahmad Syamlie Mohamad Karim
Tel. No : 03 - 2775 6077
No. Tel : 03 - 2775 6077

Nama : Pn. Nina Fazlina Muhamad
Tel. No : 03 - 2775 6173
No. Tel : 03 - 2775 6173

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kerjasama Rakan Perkongsian Strategik

Ms. Hazina Mohamad
Tel : 03-27851515/03-27851506
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ms. Sheryn Sum Pei San
Tel : 03 8315 3000/03-83153388
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ms. Norizah Mansor
Tel : 03-40274080
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. alt

Ms. Che Fara Nurnazili Ramli
Tel : 03-26988415
Email :  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Ms. Ida Zuraida Md. Yusof
Tel : 03-26170341/03-26170200
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI