Bahasa: Lain-lain

Kaji Selidik Suku Tahunan SME Corp. Malaysia

Pengenalan

Sebagai Sekretariat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), SME Corp. Malaysia telah menjalankan kaji selidik terhadap PKS sejak tahun 2009 untuk menilai prestasi perniagaan suku tahunan serta mendapatkan maklum balas mengenai isu semasa yang dihadapi oleh PKS di Malaysia. Kaji selidik yang dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia ini adalah menyeluruh dari segi sektor ekonomi, kawasan geografi (termasuk Malaysia Timur), saiz pertubuhan serta jantina.

Prestasi PKS pada Suku Tahun Ketiga 2017
• Meliputi seramai 1,469 responden, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa prestasi perniagaan PKS kekal stabil pada suku ketiga tahun 2017 (S3 2017).
• Kira-kira 50% daripada responden mengalami peningkatan dalam jumlah jualan (S3’ 16: 43.8%) manakala lebih kurang 39% mencatat keuntungan yang lebih tinggi (S3’16: 33.4%).


m1


Prospek Perniagaan PKS pada Suku Ketiga Tahun 2017

• Peningkatan secara berperingkat dari tahun lalu juga turut dicerminkan dalam prospek jangka pendek dengan kira-kira 40% responden menjangkakan perniagaan mereka akan bertambah baik, iaitu lebih tinggi daripada 36.4% yang direkod pada suku sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa PKS telah menjadi lebih optimis.

• Faktor utama yang menyumbang kepada prospek perniagaan yang bertambah baik adalah keyakinan pengguna yang positif, sentimen perniagaan yang positif dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi.

• Walaupun prospek perniagaan kelihatan baik, masih terdapat kebimbangan terhadap peningkatan kos perniagaan dan permintaan barangan dan perkhidmatan yang lebih rendah.

m2

Prestasi PKS pada Suku Tahun Pertama 2017
• Dengan sampel sebanyak 2,236 PKS, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa prestasi PKS adalah lebih baik pada suku pertama tahun 2017 (S1 2017).
• Hasil terperinci menunjukkan lebih banyak responden mencatatkan peningkatan dalam jumlah jualan dan keuntungan pada suku pertama tahun 2017, berbanding suku tahun sebelumnya. Kira-kira 49% responden mengalami peningkatan dalam jualan (S3’16: 44%) manakala kira-kira 41% responden mencatat keuntungan yang lebih tinggi (S3’16: 33%).

malay1


Prospek Perniagaan PKS pada Suku Pertama Tahun 2017
• Prestasi perniagaan yang bertambah baik turut dicerminkan dalam prospek perniagaan jangka pendek. Kira-kira 36% responden menjangkakan perniagaan mereka akan bertambah baik, iaitu lebih tinggi daripada 29.2% yang direkodkan sebelumnya. Hasil ini menunjukkan bahawa PKS semakin optimis terhadap perniagaan mereka.
• Antara faktor utama yang menyokong prospek perniagaan yang bertambah baik adalah keyakinan pengguna yang positif, sentimen perniagaan yang positif dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi.
• Walaupun prospek perniagaan kelihatan baik, masih terdapat kebimbangan terhadap peningkatan kos menjalankan perniagaan serta penurunan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.


malay2
Prestasi PKS pada Suku Tahun Ketiga 2016
·      Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa prestasi perniagaan PKS, dari segi jumlah jualan dan keuntungan, kekal stabil pada suku tahun ketiga 2016.
·      Laporan terperinci menunjukkan kira-kira 44% responden mengalami jumlah keuntungan yang meningkat (S1’16: 42.2%) dan satu pertiga mencatat keuntungan yang lebih tinggi (S1’16: 32.1%), berbanding suku tahun sebelumnya.

Petunjuk

Menurun

Kekal Sama

Meningkat

Bahagian peratusan daripada jumlah responden, %

S3 2016

S1 2016

S3 2016

S1 2016

S3 2016

S1 2016

Jumlah Jualan

27.8

32.8

28.4

25.0

43.8

42.2

Keuntungan Sebelum Cukai

26.8

28.4

39.9

39.5

33.4

32.1

Harga Jualan Purata

13.8

14.4

56.6

53.0

29.6

32.6

Jualan Eksport

18.8

16.3

52.7

50.7

28.5

33.0

Pengeluaran

(pembuatan & pertanian)

8.8

13.0

67.4

61.1

23.8

25.9

Jualan Dalam Negeri

26.7

30.9

33.0

29.2

40.4

39.9

Prospek Perniagaan PKS pada Suku Tahun Ketiga 2016

·    Bagi prospek perniagaan bagi 6 bulan akan datang, kebanyakan responden menjangkakan perniagaan mereka akan kekal stabil walaupun prestasi perniagaan adalah sederhana. Sementara itu, kira-kira 29% adalah optimis dengan prospek perniagaan, terutamanya perusahaan mikro dan PKS di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

·    Faktor utama yang menyokong prospek perniagaan yang bertambah baik adalah keyakinan pengguna yang positif, sentimen perniagaan yang positif dan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi.


cartaBM

Sumber: Kaji Selidik PKS S3 2016 SME Corp. Malaysia

Prestasi PKS pada Suku Tahun Pertama 2016

·      Dengan saiz sampel sebanyak 2,176 PKS, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa prestasi perniagaan PKS telah bertambah baik pada suku pertama 2016. Lebih banyak responden mengalami peningkatan jualan dan keuntungan berbanding dengan hasil Kaji Selidik PKS Suku Ketiga Tahun 2015 (S3 2015).
·      Kira-kira 42.2% responden mencatatkan peningkatan jualan pada S1 2016 berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu lebih tinggi daripada 37.3% responden yang dicatatkan pada Kaji Selidik PKS S3 2015. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa responden yang menunjukkan prestasi bertambah buruk dalam Kaji Selidik PKS S1 2016 berbanding kaji selidik sebelumnya

.survey 2016 1

Prospek Perniagaan PKS pada Suku Tahun Pertama 2016
·      Peningkatan prestasi perniagaan secara berperingkat juga mencerminkan prospek jangka pendek yang lebih baik. Sebanyak 30.4% daripada responden menjangkakan perniagaan mereka bertambah baik berbanding 28.3% pada kaji selidik sebelum ini, sementara jumlah responden yang menyatakan prestasi bertambah buruk telah menurun dengan ketara kepada hanya 30.2% berbanding 40.5% yang direkodkan pada kaji selidik sebelum ini. Prospek perniagaan bertambah baik turut dicerminkan pada pesanan dan tempahan yang lebih tinggi yang diterima semasa suku tahunan tersebut (S1 2016: 27.5% vs S3 2015: 21.8%).

 

survey 2016 2

Prestasi PKS pada Suku Tahun Ketiga 2015

·      Merangkumi 2,336 responden, hasil kaji selidik menunjukkan bahawa terdapat tanda kemerosotan prestasi perniagaan dalam kalangan PKS. Lebih ramai responden merekodkan jualan dan eksport yang lebih lemah berbanding dengan kaji selidik sebelum ini, terutamanya dalam kalangan fima bersaiz kecil dan sederhana. Sebagai contoh, 37.3% daripada responden mengalami peningkatan jualan tahunan, yang mana peratusan ini adalah lebih rendah berbanding 39% yang dicatatkan pada S1 2015.

Petunjuk

Bahagian peratusan daripada jumlah responden, %

Berkurangan

Tiada Perubahan

Bertambah

S3 2015

S1 2015

S3 2015

S1 2015

S3 2015

S1 2015

Jumlah Jualan

30.7

25.6

32.0

35.4

37.3

39.0

Keuntungan Sebelum Cukai

24.4

19.8

47.9

52.9

27.7

27.3

Jualan Eksport

20.7

13.2

46.9

61.2

32.4

25.6

Jualan Domestik

28.4

20.3

38.6

48.2

33.0

31.5

Harga Jualan Purata

11.3

11.6

55.2

59.7

33.5

28.7

Pengeluaran                           (pembuatan & pertanian)

16.4

8.6

55.7

65.0

27.9

26.3

Prospek Perniagaan PKS pada Suku Tahun Ketiga 2015
·      Prestasi yang lemah dan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi semasa seterusnya dicerminkan pada prospek jangka pendek yang kurang optimistik, dengan 40.5% menyatakan prospek perniagaan akan bertambah buruk dalam tempoh enam bulan akan datang, iaitu prospek bagi bulan Oktober 2015 sehingga Mac 2016. Ini merupakan perubahan persepsi yang ketara berbanding hanya 13.8% menyatakan prospek bertambah buruk pada tahun sebelumnya (Kaji Selidik PKS S3 2014). Responden yang menyatakan prospek bertambah buruk adalah terutamanya daripada fima bersaiz sederhana dan kecil serta daripada sektor pertanian, pembinaan dan perkhidmatan.
Picture1

Prestasi PKS pada Suku Tahun Pertama 2015
1Q 2015BM 1
  • Dengan saiz sampel sebanyak 2,063 PKS, prestasi perniagaan responden adalah lebih perlahan pada suku tahun pertama (S1) 2015.
  • Ini terbukti daripada persepsi responden dan angka jualan, pengeluaran dan eksport bagi suku tahunan tersebut.
  • Peratusan responden yang menyatakan prestasi bertambah baik adalah lebih rendah berbanding hasil Kaji Selidik PKS S3 2014. 
  • Sebagai contoh, 39% daripada responden berpendapat bahawa jumlah jualan meningkat pada S1 2015, yang mana peratusan ini adalah lebih rendah berbanding 49% yang dicatatkan pada S3 2014.

     Indikator

    Menurun

    Tiada perubahan

    Meningkat

    Peratusan kepada jumlah responden, %

    S1 2015

    S3 2014 S1 2015 S3 2014 S1 2015

    S3 2014

    Jumlah jualan

    25.6 22.7 35.4 28.8 39.0 48.6
    Keuntungan pracukai

    19.8 22.4 52.9 38.2 27.3 39.3
    Purata harga jualan

    11.6 12.9 59.7 52.3 28.7 34.8
    Jualan eksport

    13.2 12.3 61.2 58.0 25.6 29.7
    Pengeluaran           (Pembuatan & Pertanian)

    8.6 12.3 65.0 52.3 26.3 35.4
    Jualan dalam negeri

    20.3 - 48.2 - 31.5 -


    Prospek Perniagaan PKS pada Suku Tahun Pertama 2015

    Prospek Perniagaan Jangka Masa Pendek
  • Responden adalah kurang optimis berkenaan prospek perniagaan jangka pendek untuk tempoh 6 bulan akan datang.
  •  Kira-kira satu pertiga (34%) daripada responden menjangkakan prospek perniagaan mereka akan bertambah buruk, berbanding hanya 7% sahaja sekitar setahun lalu. Responden dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pertanian menjangkakan prospek bertambah buruk, terutamanya dalam kalangan PKS bersaiz sederhana dan kecil

  • 1Q 2015BM 3
Prestasi PKS pada Suku Tahun Ketiga 2014
Prestasi PKS pada Suku Tahun Ketiga 2014

• Dengan saiz sampel sebanyak 2,280 PKS, kaji selidik menunjukkan bahawa pada suku tahun ketiga (S3) 2014, responden adalah optimis dengan prestasi perniagaan mereka terus mencatatkan hasil jualan dan margin keuntungan yang lebih tinggi, tetapi pada peratusan yang lebih rendah berbanding S1 2014.
• Sebagai contoh, 49% daripada responden mengalami peningkatan jualan tahunan, yang mana peratusan ini adalah lebih rendah berbanding 55% yang dicatatkan pada S1 2014.
 
Indikator

Menurun

Tiada perubahan

Meningkat

Peratusan kepada jumlah responden, %

S3 2014

S1 2014

S3 2014

S1 2014

S3 2014

S1 2014

Jumlah jualan

22.7

17.7

28.8

27.3

48.6

55.0

Margin keuntungan

22.4

17.1

38.2

38.0

39.3

44.9

Purata harga jualan

12.9

8.2

52.3

49.1

34.8

42.8

Jualan eksport

12.3

8.1

58.0

64.1

29.7

27.8

Pengeluaran           (Pembuatan & Pertanian)

12.3

6.6

52.3

55.0

35.4

38.5




Prospek Perniagaan PKS pada Suku Tahun Ketiga 2014


Prospek Perniagaan Jangka Masa Pendek

  • Responden secara relatifnya kekal optimis mengenai prospek jangka pendek, dengan 42% menyatakan bahawa prestasi perniagaan mereka akan bertambah baik dalam tempoh 6 bulan akan datang iaitu sehingga bulan Mac 2015, terutamanya perusahaan mikro dan PKS dalam sektor pembuatan.

pie chrt copy
Sumber: Kaji Selidik PKS S3 2014 SME Corp. Malaysia 
Prestasi PKS pada Suku Tahun Pertama 2014

·      Dengan saiz sampel sebanyak 2,079 PKS, majoriti menyatakan bahawa perniagaan mereka terus mencatat penjualan (55%) dan margin keuntungan (44.9%) yang lebih tinggi pada suku tahunan tersebut, terutamanya PKS dalam sektor pembuatan dan pembinaan. Daripada 55% responden yang memperoleh hasil jualan yang lebih tinggi pada suku tahun pertama (S1) 2014, majoriti menikmati peningkatan jualan sebanyak 5%.
·      Sementara itu, sebanyak 43% responden menyatakan bahawa mereka telah menaikkan harga jualan pada S1 2014. Kenaikan harga jualan adalah lebih ketara dalam kalangan PKS di sektor pembuatan dan pembinaan. Dari segi jualan eksport dan pengeluaran pula, sebahagian besar responden berkata bahawa prestasi adalah sama seperti prestasi pada suku tahun keempat 2013. 

Prestasi S1 2014 berbanding Prestasi S4 2013



Menurun

Tiada perubahan

Meningkat

Peratusan kepada jumlah responden, %
Jumlah jualan

17.7

27.3

55.0

Margin keuntungan

17.1

38.0

44.9

Purata harga jualan

8.2

49.1

42.8

Eksport

8.1

64.1

27.8

Pengeluaran          
(Pembuatan & Pertanian)

6.6

55.0

38.5

SME Outlook semasa Suku Pertama 2014

• Secara keseluruhan, kebanyakan responden (51.6%) menjangkakan keadaan perniagaan semasa mereka akan tetap sama dalam 6 bulan akan datang, terutamanya di kalangan PKS bersaiz kecil dan mereka dalam sektor pertanian.
• Walau bagaimanapun, perbandingan di antara sektor menunjukkan bahawa responden di sektor pembuatan secara amnya optimistik kerana separuh daripada mereka dinamakan prestasi yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini.

1Q 2014 2BM copy
Sektor

Lebih baik

Sama

Bertambah buruk

Pembuatan 49.9 44.5 5.5
Perkhidmatan 36.9 55.5 7.6
Pembinaan 38.6 50.0 11.4
Pertanian 37.3 59.3 3.4
JUMLAH 41.3 51.6 7.1

 

 

 

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Nina Fazlina Muhamad
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
03 – 2775 6173

Puan Wan Nadiah Manan 
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03 – 2775 6168

Puan Farah Yasmin Yahya
Email:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel: 03 – 2775 6057

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI