Bahasa: Lain-lain

Memandangkan terdapat banyak perkembangan dalam ekonomi sejak tahun 2005 seperti inflasi harga, perubahan struktur dan perubahan dalam trend perniagaan, kajian semula ke atas definisi PKS telah dijalankan pada tahun 2013 dan definisi baharu PKS telah diluluskan pada Mesyuarat ke-14 MPPK pada bulan Julai 2013. Definisi tersebut secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Pembuatan                            : Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.
  • Perkhidmatan dan Sektor Lain : Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.


Sesebuah perniagaan dianggap sebagai PKS jika ia memenuhi salah satu daripada dua kriteria kelayakan iaitu jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa, yang mana lebih rendah.


Butiran definisi baharu ini adalah seperti berikut:

Definisi berdasarkan Saiz Operasi

  • Perusahaan Mikro dalam semua sektor: Jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.
  • Jadual 1 di bawah menyenaraikan definisi untuk kategori kecil dan sederhana bagi sektor-sektor berkenaan. 


                                                                 Jadual 1: Definisi berdasarkan Saiz Operasi
 Kategori Kecil  Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM15 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 75 orang. Jualan tahunan daripada RM15 juta kepada tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 75 orang kepada tidak melebihi 200 orang.
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM3 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang kepada kurang daripada 30 orang. Jualan tahunan daripada RM3 juta kepada tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa daripada 30 orang kepada tidak melebihi 75 orang.
 
  • Jika sesebuah perniagaan memenuhi salah satu kriteria dalam kesemua saiz operasi yang berbeza, saiz yang lebih kecil akan digunapakai. Contohnya, jika jualan tahunan perniagaan jatuh di bawah Perusahaan Mikro tetapi bilangan pekerja sepenuh masa jatuh di bawah Perusahaan Kecil, maka perniagaan tersebut dianggap sebagai sebuah Perusahaan Mikro.

Klasifikasi Sektor
'Pembuatan’ merujuk kepada transformasi bahan-bahan atau komponen-komponen secara fizikal atau kimia menjadi produk baharu.

- ‘Perkhidmatan’ merujuk kepada semua jenis perkhidmatan termasuk perniagaan agihan; hotel dan restoran; perkhidmatan berkaitan perniagaan, profesional dan ICT; pendidikan dan penjagaan kesihatan swasta; hiburan; perantaraan kewangan; dan perkhidmatan berkaitan pembuatan seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), logistik, gudang penyimpanan dan kejuruteraan. 

- Sektor ‘Lain’ merujuk kepada tiga (3) aktiviti ekonomi utama iaitu:

i. Pertanian Asas

  • Tanaman saka (contoh: getah, kelapa sawit, koko, lada hitam) dan tanaman kontan (contoh: sayur-sayuran, buah-buahan)
  • Ternakan
  • Perhutanan & pembalakan
  • Perikanan marin
  • Akuakultur


ii. Pembinaan

  • Infrastruktur
  • Perumahan & bukan perumahan
  • Perdagangan khas

iii. Perlombongan & Pengkuarian

Klasifikasi aktiviti ekonomi bagi tujuan definisi adalah berdasarkan kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) 2008 seperti di Lampiran 1. Ini bagi memastikan kebolehbandingan data daripada pelbagai sumber dan untuk memudahkan pengharmonian data daripada pelbagai pembekal statistik PKS. Walaubagaimanapun, senarai aktiviti ini tidak terhad dan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.  


Butiran Kriteria Kelayakan

  • Jualan tahunan merujuk kepada jumlah pendapatan termasuk lain-lain pendapatan.
  •  Pekerja sepenuh masa termasuk semua pekerja yang dibayar gaji dan bekerja sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan; atau sekurang-kurangnya 120 jam sebulan. Pekerja sepenuh masa juga termasuk pekerja asing dan kontrak. Walaubagaimanapun,definisi ini tidak merangkumi pemilik yang bekerja, rakan perniagaan yang aktif dan ahli keluarga yang tidak dibayar gaji atau rakan-rakan yang bekerja dalam perniagaan tetapi tidak menerima gaji tetap.
  •  ‘ATAU’ bermaksud perniagaan tersebut perlu memenuhi salah satu daripada 2 kriteria yang digunakan dalam definisi (mana yang lebih rendah). 
  •  Jika perniagaan tersebut melebihi nilai ambang yang telah ditetapkan di bawah kedua-dua kriteria untuk 2 tahun berturut-turut (berdasarkan tahun kewangan / tempoh perakaunan), maka ianya tidak lagi dianggap sebagai PKS. Begitu juga, perniagaan yang dahulunya besar boleh dikategorikan sebagai PKS jika ia memenuhi kriteria kelayakan untuk PKS selama 2 tahun berturut-turut.
  •  Untuk tujuan statistik, semua perniagaan yang ditubuhkan termasuk perniagaan asing yang memenuhi definisi PKS akan diklasifikasikan sebagai PKS.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Garis Panduan Definisi Baharu PKS.

 

 


Dalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK)telah bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan.** Definisi ini adalah untuk kegunaan kesemua Kementerian dan Agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan pembangunan PKS, dan juga institusi-institusi kewangan.

Kegunaan definisi PKS ini akan:

  • memudahkan penggubalan dasar-dasar dan program-program sokongan yang berkesan untuk sektor-sektor sasar ekonomi;
  • memudahkan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan; dan
  • memudahkan identifikasi PKS di pelbagai kategori dan peringkat.

Untuk melihat Garis panduan "Definisi PKS di Malaysia" yang dikeluarkan oleh Sekretariat pada 13 September 2005, sila klik pada lingkaran di bawah.

Muat turun
** Klasifikasi kegiatan ekonomi ini diasaskan kod Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) 2000.

Kandungan Berkaitan

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI

PKS di Malaysia

Prestasi PKS & Tinjauan

Pelan Utama PKS

Polisi PKS

PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI