Bahasa: Lain-lain

Mengembangkan Perniagaan

FRANCAIS

 

Apakah Itu Francais?
Mengenai Pemfrancaisan
Pemfrancaisan adalah merujuk kepada sejenis model perniagaan di mana “pemfrancais” mengizinkan pengunaan kaedah terbukti, strategi, dan tanda perniagaan daripada perniagaannya kepada pemegang francais dengan mengenakan bayaran dan kutipan peratus daripada jualan kasar bulan atau hasil jualan tahunan.


Pemfrancais akan menyediakan kemudahan ketara dan tidak ketara seperti pengiklanan dalam negeri dan luar negeri, latihan dan perkhidmatan sokongan lain untuk pemegang francais sebagaimana tercatat dalam perjanjian.


Pemfrancaisan adalah dianggap sebagai satu cara mengembangkan perniagaan dengan lebih cepat dan murah jika dibandingkan dengan usaha menambah kedai milik sendiri. Pemfrancais tidak perlu menambah bilangan kedai sendiri kerana ianya akan dibina dan diuruskan oleh pihak ketiga. Akan tetapi pemfrancais akan mendapat hanya sebahagian daripada pendapatan daripada kedai-kedai tersebut. Pemegang francais akan menanggung semua kos memula dan menjalankan kedai tersebut. Ini juga termasuk kos guaman, pembinaan, penghunian, inventori dan upah.


Semua perjanjian adalah dalam tempoh antara 5 ke 20 tahun, dengan peruntukan bagi pembatalan atau penamatan kontrak. Ini akan lebih merugikan pemegang francais.


Francais juga boleh dilihat sebagai suatu kaedah memasarkan dan mengedarkan produk atau perkhidmatan berasaskan kepada perhubungan dua pihak, iaitu pemfrancais (tuan punya francais dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak). Hak yang diberikan adaialah bertujuan untuk menjalankan perniagaan seperti penggunaan tanda perniagaan atau nama perniagaan berasaskan kepada system tertentu, di lokasi tertentu dalam tempoh yang ditetapkan.
Faedah & Kelemahan
Manfaat menggunakan Model Francais
  • Pemegang francais tidak perlu menyediakan modal yang tinggi berbanding dengan memulakan perniagaan yang baru.
  • Membolehkan pemegang francais menggunakan strategi dan tanda perniagaan yang telah terbukti.
  • Pemfrancais mampu mengembangkan perniagaan dengan cepat. Ia tidak menyediakan modal tambahan untuk kos tenaga buruh dan operasi.
  • Pemfrancais akan mendapat keuntungan lebih besar berbanding dengan pemilik kedai sendiri kerana perbelanjaan operasi yang lebih rendah dalam mengendalikan kedai-kedai pemilik francais
  • Mendapat manfaat daripada pengunaan jenama dan imej perniagaan yang telah pun diiktiraf. 
  • Jaminan kualiti yang konsisten 
  • Mengekalkan produktiviti yang tinggi/ kakitangan yang bermotivasi
  • Mengurangkan risiko kegagalan kerana penggunaan produk yang terbukti dan rekod pencapaian yang baik 
  • Francais menawarkan bantuan awalan yang penting sebelum memulakan perniagaan: 
             -Pemilihan tapak
            -Reka bentuk dan pembinaan
             -Pembiayaan (dalam keadaan tertentu)
             -Latihan
             -Program perasmian perniagaan

  • Francais menawarkan sokongan yang berterusan:
           -Latihan
           -Pengiklanan dalam negeri dan peringkat serantau bagi prosedur dan pembantu operasi.
           -Bantuan penyeliaan dan pengurusan
           -Kuasa membeli yang tinggi, akses kepada pembelian secara pukal dan ekonomi ikut skala

  • Pemfrancaisan membolehkan pemindahan teknologi dan kepakaran antara syarikat internasional dan syarikat tempatan. Ini dapat direalisasikan apabila sebuat pemfrancais internasional melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemegang francais induk bagi kawasan tertentu. Pemfrancais akan membantu pemegang francais tersebut dalam hal membangunkan syarikat-syarikat tempatan dalam bidang pengurusan perniagaan, system perniagaan, penyelidikan dan pembangunan, pemasaran, penjenamaan dan lain-lain.
Kelemahan Model francais
  • Pemegang francais tidak mempunyai banyak kuasa kawalan tentang produk dan perkhidmatan. Ini boleh mengakibatkan kualiti perniagaan berbeza antara kedai.
  • Pemegang francais biasanya dikehendaki membayar sebahagian daripada hasil jualan kepada pemfrancais.
  • Pemegang francais mungkin dikehendaki membayar bayaran awalan yang tinggi kepada pemfrancais. Ini boleh mengurangkan modal pusingan bagi pemegang francais.
Jenis Francais
Secara kasar ada 3 jenis sistem francais
  • Francais Pengedaran Produk
  • Francais Format Perniagaan dan
  • Francais Pengurusan
Francais Pengedaran Produk
Model Francais Pengedaran Produk adalah serupa dengan perniagaan di mana melibatkan pembekal-peniaga. Akan tetapi pemegang francais dikehendaki mematuhi beberapa garis panduan. Contohnya: pemegang francais bersetuju untuk menjual hanya jenama pemfrancais sahaja.


Contohnya, terdapat di satu kedai hanya menjual produk tertentu sahaja dan tiada produk lain. Iaitu pemegang francais menjual hanya produk pemfrancais sahaja. Dalam situasi ini pemegang francais diberi lebih banyak kebebasan berbanding dengan francais format perniagaan.


Contoh francais pengedaran produk ialah: Coca-Cola, Syarikat Kereta Ford, Exxon dan Osim.


Francais pengedaran produk tersebut mengedarkan produk yang bersais besar seperti kereta dan alat ganti kereta, mesin layan diri, computer dan inventori bagi kedai mesra.


Francais Format Perniagaan
Dalam Francais Format Perniagaan pula, integrasi perniagaan adalah lebih lengkap. Pemegang francais mengedarkan produk dan perkhidmatan di bawah tanda perniagaan pemfrancais. Pemegang francais juga menggunakan format dan prosedur pemfrancais dalam menjalankan perniagaan.


Ada terdapat kontrak untuk mengikat perlaksaan tersebut. Perkara yang terlibat dalam kontrak tersebut ialah: nama pemfrancais, keadaan muhibah, produk dan perkhidmatan, prosedur, manual dan standard, sistem operasi pemasaran dan kemudahan sokongan.


Pemfrancaisan Format Perniagaan merupakan system francais yang paling popular dan ianya selalu dirujuk apabila memperkatakan hal pemfrancaisan. Contoh-contoh terkenal ialah: McDonalds, KFC, Famous Amos, Starbucks Coffee dan Dunkin’ Donuts.


Francais Pengurusan
Francais Pengurusan ini ialah sejenis perjanjian perkhidmatan dimana pemfrancais menyediakan kepakaran mengurus, format dan / atau prosedur berkenaan pengendalian perniagaan. Contoh Francais Pengurusan ialah: Hilton, American Idol dan Kedai UPS.


Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemfrancais
  • Membangunkan konsep francais
  • Penyelidikan Pasaran
  • Biasa dan faham tentang undang-undang dan peraturan tempatan
  • Menyediakan latihan dan sokongan kepada pemegang francais
  • Kriteria bagi memilih pemegang francais
  • Kawalan ke atas pemegang francais
  • Membekal produk dan bahan kepada pemegang francais
  • Isu-isu hak harta intelektual, contohnya pendaftaran tanda perniagaan 
Perkara yang perlu diambil kira tentang Pemegang Francais
  • Keuntungan francais dan tempoh yang diperlukan bagi mendapat balik pelaburan
  • Rekod prestasi pemfrancais
  • Sokongan yang telah diberikan kepada pemegang francais lain
  • Pengalaman dan keuntungan pemegang francais lain
  • Adanya persaingan
  • Modal yang diperlukan
  • Perkara yang dikehendaki oleh pemfrancais, contohnya: unjuran pendapatan, dan jadual tarikh membuka kedai baru.
Kaitan Francaisor & Francaisi
Perhubungan antara Pemfrancais dan Pemegang Francais
Ianya diikat melalui kontrak yang meliputi:
  • Yuran permulaan
  • Bayaran royalti/Yuran pengurusan
  • Modal yang diperlukan daripada pemegang francais
  • Wilayah/ kawasan operasi
  • Tempoh lesen dan pembaruannya
  • Hak harta intelektual
  • Penamatan / pembatalan
Perkara yang perlu diawasi:
  • Pemegang francais sebenarnya tidak mempunyai kebebasan yang mutlak. Ia mesti mematuhi terma dan syarat perjanjian francais yang telah ditanda tangani.
  • Pemegang francais juga hendaklah membayar royalty dan yuran iklan selain daripada yuran permulaan tersebut.
  • Pemegang francais seharusnya mampu mengimbangi sekatan dan bantuan yang diberikan oleh pemfrancais dengan kebolehan mengurus sendiri perniagaannya.
  • Akibat prestasi yang kurang baik daripada pemegang francais lain atau jika pemfrancais mempunyai masalah kewangan, boleh menjejaskan imej atau system francais tersebut. Ini boleh mengakibatkan terputusnya aktiviti sokongan seperti pembekalan barangan dan perkhidmatan. 
  • Tempoh sesuatu francais itu adalah terhad dan pemegang francais tidak mempunyai banyak pilihan tentang penamatan francais tersebut. 
Kesilapan yang Biasa Dibuat oleh Bakal Pemegang Francais
  • Tidak terlebih dahulu membaca, memaham dan/atau menyoal tentang perjanjian pemegang francais dan lain-lain dokumen rasmi.
  • Tidak memahami tangungjawab pemegang francais dan hak dan obligasi pemfrancais. 
  • Tidak cuba mendapatkan nasihat peguam dan nasihat kewangan.
  • Tidak mengesahkan taklimat lisan daripada pemfrancais
  • Tidak terlebih dahulu menganalisa keadaan pasaran tempatan
  • Tidak menganalisa persaingan
  • Tidak meneliti prestasi dan latar belakang pemfrancais
  • Tidak memilih lokasi yang paling sesuai
Kementerian Dan Agensi

Bahagian Pembangunan Francais

  • Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
  • Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
  • Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise)
  • Malaysian Franchise Association (MFA)

 


 

EKSPORT

 

Apa & Mengapa
Apa & Mengapa

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘eksport’?
Eksport boleh ditakrifkan sebagai menghantar atau membolehkan penghantaran sesuatu barangan atau komoditi keluar daripada Malaysia melalui salah satu daripada cara berikut iaitu laut, udara atau darat. dengan tujuan perdagangan. Eksport merupakan satu cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan anda. Jikalau dijalankan dengan betul ianya mampu meningkatkan keuntungan perniagaan anda.


Mengapa anda perlu mengembangi perniagaan anda dengan cara mengeksport?
Anda harus mengimbangi perniagaan anda iaitu antara perniagaan dalam negeri dan perniagaan luar negeri. Ini penting bagi melindungi perniagaan anda daripada risiko kesan penurunan salah satu daripada pasaran anda. Dengan cara mengeksport juga boleh memberi anda pendedahan kepada idea baru, teknik pemasaran baru dan cara persaingan yang mungkin tidak dapat ditemui di peringkat tempatan. Segala cabaran dan kejayaan yang anda alami dalam pengalaman mengeksport ke luar negara dapat meningkatkan kecekapan dan kemampuan anda bersaing dalam pasaran tempatan.


Bagaimana saya mulakan perniagaan eksport?
Kejayaan dalam perniagaan eksport bukan boleh datang dengan sekelip mata atau dengan cara tidak langsung. Ia memerlukan persediaan, perancangan yang teliti dan komitmen yang sungguh-sungguh.
Tips Untuk Kejayaan Pengeksport
Tip Untuk Berjaya dalam Eksport
11 tip untuk berjaya dalam eksport adalah seperti berikut:

  • Membuat persiapan untuk perniagaan eksport
Sebelum anda memulakan perniagaan eksport anda terlebih dahulu dinasihatkan menguasi pasaran tempatan. Lazimnya pengeksport yang berjaya adalah terdiri daripada peniaga yang mempunyai pangkalan pelanggan tempatan yang kukuh.


Apabila kedudukan perniagaan anda dalam negeri sudah mantap bolehlah anda mula belajar asas perniagaan eksport. Ada banyak istilah dan konsep yang anda perlu faham. Walaubagaimanapun anda boleh mudah mendapat pertolongan dalam hal ini kerana ada banyak orang yang mahu menolong anda.


  • Strategi eksport
Adalah mustahak terlebih dahulu anda memajukan strategi eksport sebelum anda mula mencebur ke dalam pasaran luar regara ini. Anda seharusnya mengenalpasti matlamat eksport anda dan sumber yang diperlukan bagi mencapai matlamat tersebut. Anda seharusnya menganalisa perniagaan anda, iklim eksport, produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, dan pasaran yang berpotensi. Anda perlu juga merancang bagaimana hendak melaksanakan strategi dan cara-cara menilai pencapaiannya.


  • Peluang Perangkaian
Kenalan perniagaan boleh membantu dalam perniagaan anda, dari segi kejayaan atau kegagalanya. Kenalan perniagaan yang tulin dapat menolong anda mengenali bidang industri dan pelanggan yang berpotensi.


  • Penyelidikan pasaran
Penyelidikan pasaran bertujuan mencari faktor yang dapat menjana pasaran dan bagaimana hendak memasukinya. Dalam penyelidikan tersebut isu seperti duti impot, saluran pengedaran, peraturan, saiz dan pertumbuhan pasaran, perlu dikaji. Anda perlu juga cuba mengukur suasana perniagaan melalui maklumat seperti selok-belok operasi pembeli, halangan dalam memasuki pasaran, tindak-tanduk pesaing masakini dan dinamik perjumpaan perniagaan..


  • Pemasaran eksport
Pemasaran eksport adalah melibatkan pembangunan perhubungan dan usaha mempamirkan tanggapan yang baik. Gunakanlah perangkaian anda untuk menghubungi pembeli di pasaran eksport dan pastikan bahan sokongan anda dapat memberikan maklumat yang tepat, relevan dan mencukupi. Bahan-bahan tersebut boleh terdiri daripada surat, risalah, e mel, faks, dan laman web. Cuba luangkan masa untuk mempelajari etika perniagaan dalam budaya yang berkenaan.


  • Melawat pasaran
Selepas anda mengenalpasti pasaran eloklah anda cuba melawati pasaran tersebut sambil cuba membina jalinan di peringkat akar umbi. Ini hendaklah dilakukan sebelum anda memeterai perjanjian dengan bakal ejen, pengedar, atau rakan perniagaan lain. Adalah elok jikalau anda dapat melawat ekspo pedagangan utama dalam negara sasaran anda.


  • Pengurusan Risiko
Mengeksport ke pasaran antarabangsa boleh mendedahkan perniagaan anda kepada risiko yang baru. Jadi anda perlu mengkaji semula strategi pengurusan risiko anda. Risikonya mungkin melibatkan perkara seperti pendedahan kepada tukaran wang asing, isu perundangan, kestabilan politik, perkapalan, tempoh pelepasan kastam dan peraturan kuarantin dan peraturan biasa.


  • Mendapatkan bantuan kewangan
Pembangunan pasaran dan penyediaan untuk eksport boleh mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak modal. Jadi anda perlu menguruskan aliran tunai anda dengan teliti.


Penghantaran dan logistik
Menyediakan proses pengangkutan dan lojistik yang cekap adalah amat mustahak bagi kegiatan mengeksport yang baik. Kebanyakan pengeksport menggunakan syarikat pengangkutan bagi tujuan ini. Tetapi anda perlu juga membiasakan diri dengan perkara asas seperti istilah penghantaran, harga dan dokumentasi.


  • Peluang jualan
Sudah tentu anda akan sungguh teruja apabila anda menerima satu pertanyaan yang tulin tentang produk anda buat kali pertama. Pastikan terlebih dahulu anda sudah pun sediakan prosedur tertentu supaya anda dapat mengendalikan pertanyaan tersebut dengan cara professional. Antara prosedur yang dimaksudkan ialah: bersedia untuk melayani pertanyaan tersebut dalam 48 jam, menyediakan format e mel yang sesuai dan menyemak tentang kesahihan pertanyaan tersebut. Langkah ini dapat memastikan pelanggan berkenaan adalah tulen dan transaksi anda adalah selamat.


  • Isu perundangan
Ada banyak isu perundangan yang perlu anda hadapi apabila anda mula menceburi pasaran luar negara. Ini adalah termasuk peraturan import-eksport, pendaftaran paten dan lain-lain harta intelektual, liabiliti produk, kebenaran dua hala, dan perbezaan antara dua sistem perundangan.
MATRADE
Misi MATRADE yang bertujuan bagi menggalakkan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan menerokai peluang perniagaan baru di pasaran global. Usaha Martrade mepromosikan dan memfokuskan penggunaan jenama ‘Made-In-Malaysia’ kepada produk buatan syarikat berkaliber di pasaran antarabangsa telah dapat melahirkan ciri-ciri kecemerlangan dan kebolehpercayaan.


Sila layari www.matrade.gov.my untuk maklumat lanjut.

  • Jika anda ingin berkunjung ke ibu pejabat MATRADE di Kuala Lumpur, alamatnya adalah seperti berikut:
Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha,
Off Jalan Duta,
50480 Kuala Lumpur,
MALAYSIA
 

 


 

IMPORT

 

Perancangan

Rancangan

Sebelum anda memulakan import barangan perkara yang pertama sekali anda harus buat ialah menganalisa kemungkinan perlaksanaannya dan terus mulakan merancang. Perancangan ini termasuk:

  • mengenalpasti pasaran untuk produk yang akan diimport;
  • mengenalpasti pembekal;
  • mematuhi peraturan import Australia;
  • mencari broker kastam;
  • mengumpul sebut harga import;
  • menentukan terma bayaran;
  • mempelajari istilah perdagangan;
  • menguruskan turun naik tukaran wang asing;
  • memastikan cara pengangkutan; dan
  • menentukan cara pengedaran dan membuat perjanjiannya.
Lesen Import Di Malaysia
Lesen Import di Malaysia

Lesen Import ialah sejenis permit yang membenarkan pengimport membawa masuk barangan yang tertentu di dalam kuantiti yang ditetapkan, dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lesen import merupakan satu cara mengawal pengaliran matawang asing bagi menjaga kedudukan imbangan pembayaran sesebuah negara. Ini adalah perlu kerana melindungi industri tempatan daripada persaingan luar negara.


Buat masa ini mengikut dasar perniagaan import, kebanyakan produk boleh dibawa masuk ke Malaysia melalui satu cara perlesenan am yang terbuka. Tetapi Lesen Import Khas diperlukan untuk barangan tertentu yang diimport ke dalam Negara. Barangan ini termasuk bahan letupan, senjata api, kereta bermotor, loji, produk farmaseutikal tertentu, bijih timah, sampel tanah, dan berbagai bahan makanan. Se jenis rejim perlesenan import yang lebih ketat dikenakan ke atas peralatan pembinaan berat, barangan elektrik rumah, dan produk besi dan keluli. Permohonan untuk lesen import barangan tersebut hendaklah menyebutkan identiti pembeli, dan pembekal dan juga perihalan umum produk tersebut dan nilai pasarannya.


Malaysia telah berpandukan rejim tarif kastamnya kepada Sistem Penyelarasan Kod dan Penerangan Komoditi(Harmonized Commodity Description and Coding System)bagi penjelasan barangan. Duti tarif adalah daripada 2% kepada 60%, dengan tahap tarif purata sebanyak 15%. Duti yang lebih tinggi dikenakan ke atas barangan mewah seperti arak, rokok dan barangan yang difikirkan menjadi pesaing secara langsung kepada produk tempatan.


Semua daging lembu/kerbau dan daging ayam yang diimport mesti di sahkan "halal". Produk yang tidak boleh diimport termasuk bahan kimia mengakis dan bahan lucah. Produk daripada Israel dan bekas Negara Yugoslavia juga dilarang bawa masuk..


Syarikat jualan langsung yang ingin membuat perniagaan di Malaysia hendaklah terlebih dahulu mematuhi peraturan tertentu yang dikenakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sebelum lesen dapat dikeluarkan. Syarikat tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 70% pemilik tempatan dan syarikat tersebut hendaklah diperbadankan di Malaysia, 80% daripada produknya mesti mengandungi bahan tempatan dan apa-apa cadangan untuk kenaikan harga mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Kementerian. Lesen operasi akan dikeluarkan bagi tempoh satu, dua dan tiga tahun dan peraturan yang ada sekarang menghendaki modal berbayar, standard jaminan kualiti dan plan pemasaran hendaklah dihantar sebelum lesen boleh dikeluarkan.
Harga
Adalah amat penting anda menentukan kemungkinan kejayaan mengimport sebelum anda mulakan kegiatan tersebut. Ada kah harga yang anda akan kenakan kepada produk anda akan mencukupi untuk menampung segala kos yang terlibat semasa mengimport?


Ada banyak kos tambahan yang terlibat semasa mengimport. Ini termasuk harga yang dikenakan oleh pengeksport, caj perlepasan kastam, kos pengangkutan, duti kastam, caj pelabuhan, insurans, caj pengasapan dan caj bank.
Mempelajari Istilah Pengeksport
Anda seharusnya memahami tentang bayaran, caj-caj, dan perkhidmatan yang akan anda terima. Perkara tersebut boleh menambahkan harga jualan pihak pengeksport. Kebanyakan peniaga yang terkenal menggunakan istilah “Incoterm” yang digariskan oleh Dewan Perniagaan Antarabangsa. Antara istilah yang biasa digunakan adalah:

  • Ex-works: harga yang ditawarkan ialah harga daripada gudang penjual. Ia tidak termasuk kos pengangkutan dan kos insurans.
  • FOB (Bebas atas Kapal) – bagi kapal laut atau terbang.
  • FIS (Bebas dalam Stor) – jumlah harga invois.
  • CIF (Kos, Insurans dan Fret) – kos tambahan kepada ex works atau FOB.
Garis Permohonan bagi Permohonan Lesen Import (AP)
1.Objektif
  • Matlamat garis panduan ini ialah untuk menerangkan prosedur dan syarat bagi mengeluarkan Lesen Import (AP)  bagi sisa plastik di bawah kod tarif 39.15.
2. Latar belakang
  • Perintah larangan ke atas import sisa plastic dibawah kod tarif 39.15 telah dipindahkan daripada Jadual Pertama ke Jadual Ke Dua Bahagian 1, (Larangan Import) (Perintah Pindaan) 2008, Akta Kastam 1967 berkuatkuasa pada 1 Februari 2008.
  • Import sisa plastik adalah dkenakan Lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI).
3. Pengeluar yang layak
  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk kegunaan sendiri, atau,
  • Pengeluar yang menjalankan kegiatan kitar semula sisa plastik untuk pasaran tempatan dan eksport; atau
  • Pengeluar yang mengimport sisa plastik yang telah di bersihkan dan boleh diguna terus sebagai bahan mentah dalam proses pengeluaran produk.
4. Conditions for Import Licence (AP)
      i.        Pengilang hendaklah menghantar surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi kerja-kerja kitar semula;
    ii.        Sisa plastic yang diimport yang tidak disenaraikan sebagai Sisa Berjadual atau Berbahaya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Racun Perosak 1974, dan Akta Racun 1952;
   iii.        Produk yang diimport di bawah kod tarif 39.15 tidak dibenarkan dieksport semula dengan menggunakan kod tarif yang sama;
   iv.        Satu lesen import diperlukan bagi setiap konsainmen atau setiap kali sisa plastic diimport di bawah kod tarif 39.15.


4.1 Lain-lain syarat
      i.       Pengilang mesti mematuhi semua undang-undang yang  terdapat di sesebuah Negara ia beroperasi;
    ii.        Pengilang adalah dinasihatkan supaya berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
   iii.        Pengilang dinasihatkan supaya mendapatkan Sijil ISO 14001 yang dikeluarkan oleh badan-badan yang ditauliahkan oleh Jabatan Standard Malaysia.


5. Tempoh Laku Lesen Import
      i.        Lesen Import (AP) yang dikeluarkan mempunyai tempoh laku selama 3 bulan mula daripada tarikh dikeluarkan.


6. Dokumen yang diperlukan untuk Permohonan Lesen Import


PERMOHONAN BAGI KALI  PERTAMA
      i.   Surat kebenaran daripada Jabatan Alam Sekita untuk menjalani kerja-kerja kitar semula;
    ii.    Lesen Pengilang daripada MITI atau lain-lain agensi kerajaan (jika ada);
   iii.    Untuk syarikat Sdn Bhd:-
           Memorandum & Artikel Pertubuhan
           Borang 49, Borang24
   iv.    Untuk syarikat pemilik tunggal atau perkongsian:-
  •   Borang A
  •   Borang B
  •   Borang D
    v.       Borang 13, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (untuk pertukaran nama atau butiran syarikat)
   vi.       Borang senarai semakan (boleh didapati di laman web: www.miti.gov.my)
  vii.       Borang Kastam JK69 (boleh didapati di PercetakanNasionalBerhad );
viii.        Inbois /senarai pembukusan/ inbois proforma /pesanan belian/perjanjian jualan;
   ix.       Bil muatan (jika boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantarnya ke MITI dalam masa 3 hari sebelum mengimport. Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan permohonan akan datang.


BAGI PERMOHONAN BERIKUTNYA
      i.        Borang Senarai Semakan (boleh didapati di: www.miti.gov.my)
    ii.        Borang Kastam JK 69 (boleh didapati di Percetakan Nasional Berhad );
   iii.        Inbois /senarai pembungkusan/ inbois proforma /Pesanan belian/perjanjian jualan;
   iv.        Bil muatan (jika tidak boleh didapati, pengilang dikehendaki menghantar kepada MITI dalam tempoh 3 hari selepas diimport. Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh menjejaskan permohonan seterusnya.


7. Menghantar Permohonan
Permohonan untuk Lesen Import hendaklah dihantar kepada:

                Pengarah
                Bahagian Kawalan Import dan Eksport
                Kementerian Perdangan Antarabangsa dan Industri  (MITI).
                Tingkat 2 Floor, Blok 10
                Kompleks Pejabat Kerajaan
                Jalan Duta
                50622 Kuala Lumpur

                Tel: 03-6203 4817 (Pn Azrilah Abd. Aziz)
                03-6203 4814 (En Azlan Shahid)
                03-6203 5534 (En Ariffatri )

 


 

PENJENAMAAN

 

Apa Itu Penjenamaan?
Jenama ialah identiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan. Ia boleh berupa dalam berbagai bentuk seperti nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan. Sesuatu jenama itu melambangkan identiti perniagaan yang berterusan dan juga membayangkan perwatakan, kualiti, asalan, kegemaran dan lain-lain.


Penjenamaan ialah suatu proses yang dapat melahirkan persepsi dan pengalaman yang tersendiri dan berterusan di dalam minda pengguna.


Contoh:-
Nike ialah suatu jenama yang terkenal di seluruh dunia. Orang ramai mudah dapat mengenali nama dan logonya walaupun mereka tidak pernah membeli produk Nike sebelum itu.


Di sini bukan sahaja nama “Nike” itu menjadi jenama, bahkan logonya pun adalah merupakan suatu penjenamaan tersendiri yang amat berkesan. Kebanyakan orang yang kenal dengan perniagaan tersebut biasanya boleh juga berbuat demikian hanya melalui logonya sahaja.


Ciri ciri Jenama
  • Identiti jenama yang jelas
  • Budaya jenama yang kukuh
  • Mampu memberi pengalaman jenama yang bermakna
  • Dapat melahirkan nilai emosi
  • Dapat menjalinkan perhubungan yang bermakna
Manfaat Penjenamaan
  • Membantu pencapaian ekonomi ikut skalar (bagi pembuatan dan pengedaran) selaras dengan penambahan permintaan.
  • Mengurangkan kos pemasaran dan pengiklanan
  • Menyediakan asas untuk pengembangan dalam dan luar negara di masa hadapan.
  • Menggalakan pembezaan produk dan kesetiaan pelanggan
Pengalakan Penjenamaan
Perusahaan Sederhana Kecil Malaysia
Perbadanan SME Malaysia telah pun menubuhkan Tanda Kebangsaan bagi Jenama Malaysia yang dilancarkan pada Mac 2009. Jenama tersebut menunjukkan ciri-ciri kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk dan perkhidmatan keluaran syarikat-syarikat Malaysia. Melalui usaha tersebut, kerajaan Malaysia berharap dapat menukar persepsi orang ramai yang selama ini menganggap produk tempatan adalah berkualiti rendah, kurang dipercayai dan standard pembungkusan yang rendah berbanding jenama-jenama besar dunia.


Syarikat Malaysia yang berminat akan dinilai menggunakan standard yang ketat. Pemantauan dan pengauditan dijalankan bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti yang telah ditetapkan. Jika berjaya produk atau perkhidmatan tersebut akan dibenarkan mengguna tanda National Mark of Malaysian Brand.


Initiatif di bawah Program Jenama Malaysia adalah seperti berikut:

1. National Mark of Malaysian Brand
2. Bengkel Manual Jenama bagi Pensijilan National Mark of Malaysian Brand.
3. Pusat Inovasi Jenama di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT)
4. Galeri Mudah Alih untuk Penjenamaan dan Pembungkusan.


Kerja pengauditan dan pemantauan akan dilakukan mengikut jadual bagi memastikan pematuhan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Juga usaha promosi perdagangan akan dibuat bagi mempromosi jenama-jenama yang telah diberi Tanda Kebangsaan Jenama Malaysia dan juga mewarwarkan pengiktirafan kepada Tanda Kebangsaan Jenama Malaysia tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.smecorp.gov.my


MATRADE
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah ditubuhkan pada bulan Mac 1993 sebagai sebuah agensi berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dasn Perusahaan Antarabangsa (MITI).


Sebagai sebuah agensi promosi eksport kebangsaan, MATRADE adalah bertanggung jawab untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa. Visi MATRADE untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport terulung adalah selari dengan misinya untuk memajukan dan menggalakkan eksportnya ke dunia luar.


MATRADE memfokuskan usahanya untuk mempromosi eksport barangan pembuatan dan separa-pembuatan atau perkhidmatan ke negara luar. MATRADE juga merumuskan dan melaksanakan strategi dan promosi perdagangan bagi meningkatkan eksport Malaysia. Ia juga menjalankan penyelidikan pasaran dan membina satu pangkalan data maklumat yang komprehensif dalam usaha untuk membangunkan dan memajukan perdagangan Malaysia.


Progam latihan bagi meningkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa ada disusun untuk manfaat pengeksport Malaysia.Usaha ini juga bertujuan untuk menggalakkan dan membantu pengeksport Malaysia dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan dan bagi melindungi kepentingan perdagangan Malaysia di luar negara.


Satu daripada insiatif yang telah diambil oleh MATRADE ialah membangunkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat Malaysia ke seluruh dunia. Ini dapat dilakukan melalui pengenalan Jenama Malaysia di Direktori dalam Talian. Direktori tersebut mempamirkan jenama syarikat-syarikat Malaysia yang telah menerima Geran Promosi Jenama (BPG).


Direktori Jenama Malaysia ini mempamirkan jenama-jenama ternama di Malaysia ke pasaran dunia. Ia memperlihatkan jenama yang mempunyai nilai positif yang tinggi, dan tahap inovasi dan daya tarikan yang tinggi.


Untuk maklumat lanjut sila layari: www.matrade.gov.my


KPDNKK
Kempen Membeli Malaysia adalah hasil daripada Kempen Membeli Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Kempen tersebut adalah bertujuan menggalakkan pengguna supaya membeli produk buatan Malaysia pada harga yang munasabah. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam tentang produk dan perkhidmatan yang terdapat di Malaysia yang standardnya setanding dengan standard antarabangsa dan harganya juga berpatutan .


Untuk maklumat lanjut sila layari: www.kpdnkk.gov.my


FAMA
Jenama ‘1 Malaysia Best’ ialah satu jenama pengakuan yang memperlihatkan identiti Malaysia.bagi meningkatkan jualan dan profil produk berasas tani di pasaran tempatan dan luar negara. Ia bertujuan untuk:
  • Melahirkan satu jenama yang berkesan oleh Kementerian untuk pasaran tempatan dan luar negara. .
  • Membantu untuk mempertingkatkan standard produk asas tani bagi pasaran antarabangsa.
  • Memajukan amalan dan meningkatkan permintaan antarabangsa bagi produk asas tani.
  • Untuk maklumat lanjut sila layari: www.famaxchange.org
Memperlindungi Jenama Anda
Kemudahan MyIPO membolehkan penyebaran maklumat dan publisiti promosi berkenaan hak harta intelektual (IPR). Kegiatan tesebut bukan sahaja telah menyumbang kepada peningkatan kesedaran hak harta intelektual di kalangan rakyat Malaysia dan mempertinkatkan imej MyIPO, tetapi juga ia telah menghasilkan satu jalinan kerjasama dan perkongsian melalui berbagai program yang di atur oleh pihak berkepentingan utama di negara ini. ,


Pada masa kini, MyIPO member perkhidmatan seperti berikut:
  • Paten
  • Tanda dagangan
  • Reka bentuk perindustrian
  • Petunjuk geografi
  • Reka bentuk susun atur Litar Bersepadu (IC)
  • Hak cipta (copyright)
  • Untuk maklumat lanjut sila layari: www.myipo.gov.my

 


 

PENSIJILAN

 

Bagaimana Pensijilan Memberi Faedah
Bagaimana Pensijilan Boleh Menguntungkan Anda?

Dengan merujuk kepada pensijilan seperti “Malaysian Standards” iaitu Standard Malaysia, boleh mendatangkan manfaat kepada berbagai pihak berkepentingan dalam mencapai:

1) Perlindungan Pengguna dan Kepentingan Awam
  • Standard dapat membolehkan tindakan perundangan diambil bagi mengawal kualiti, melindungi pengguna dan memastikan kesihatan dan keselamatan.
  • Standard dapat memastikan kesesuaian produk dan perkhidmatan mengikut tujuan asalnya
  • Standard juga menggariskan keperluan minima bagi kualiti, kesihatan dan keselamatan termasuk hal-hal alam sekitar dan kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pematuhan kepada standard dapat memberi jaminan tentang keselamatan, kebolehpercayaan dan kualiti kepada pengguna ·
  • Standard juga dapat memastikan keserasian, kesalingbolehtukaran dan saling kendali yang dapat menguntungkan pengguna
  • Standard, sebagai dokumen konsesus dapat mencerminkan keperluan di peringkat nasional dan antarabangsa
2) Kecekapan Industri dan Pembangunan
  • Istilah dan simbol yang digunakan dalam standard dapat membantu tentang pemahaman
  • Standard bagi produk dapat memastikan reka bentuk yang baik dan penambaikan dalam kualiti produk
  • Standard bagi produk juga menggalakkan penjimatan kos melalui berbagai rasionalisasi dan kesalingbolehtukaran kepada komponen, bahan dan amalan
  • Standard bagi proses dapat membolehkan penambahbaikan dalam proses
  • Kod amalan dapat menyediakan amalan-amalan baik dalam segala bidang pemasangan, pembinaan dll.
  • Set ujian standard mengiktiraf tahap kebolehulangan dan kebolehulangan semula
  • Standard yang kaya dengan sumber teknologi semasa dapat bertindak sebagai agen pemindahan teknologi
  • Standard dapat meningkatkan persefahaman antara pembeli dan penjual dan juga dapat menawarkan penyelesaian kepada masalah berulang
  • Standard dapat memudahkan komunikasi
  • Penggunaan standard merupakan punca penting untuk merancang pembangunan industri
  • Penggunaan standard akan membawa kepada manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung
  • Standard dapat membantu dalam penggantian import dan promosi eksport

Penggunaan pensijilan seperti “Malaysian Standard” iaitu Standard Malaysia, dapat memastikan kepada pengguna bahawa keselamatan mereka adalah terjamin.Ia juga memastikan iaitu kualiti produk dan perkhidmatan adalah berpatutan berbanding harga. Pensijilan juga menyumbang kepada pengurangan dalam kos operasi bagi industri, yang mana akan menghasilkan peningkatan keuntungan.
Pensijilan Produk

Peranan SIRIM-QAS International Sdn Bhd ialah bagi menjalankan kegiatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian. SIRIM QAS Sdn. Bhd. sebagai badan pensijilan yang terkemuka di Malaysia, telah berjaya mendapat pengiktirafan di dalam dan juga di luar negara. Perkhidmatan syarikat tersebut adalah mematuhi standard garis panduan antarabangsa.

Skim Pensijilan Produk
Skim Pensijilan Produk
Pensijilan Produk ditawarkan kepada pengeluar yang inginkan produknya disahkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Standard Malaysia atau Antarabangsa. Pernyertaan dalam skim ini adalah sukarela bagi kebanyakan produk. Akan tetapi pihak berkuasa kerajaasn mungkin akan mewajibkan pensijilan bagi sesetengah produk. Setelah permohonan berjaya, pemohon akan diberi lesen bagi menandakan produk dengan tanda pensijilan "MS". Bagi produk yang dikawal selia, penggunaan tanda SIRIM adalah menjadi wajib. Tanda SIRIM tersebut membuktikan yang produk berkenaan alalah mematuhi syarat kualiti sebagaimana yang ditetapkan standard atau spesifikasi. Ia juga memberi pelanggan jaminan tentang prestasi, keselamatan dan kebolehpercayaan dan seterusnya menunjukkan satu sistem yang berkesan bagi proses pengeluaran.


Lain-lain Kategori Pensijilan Produk

Pensijilan Rangkaian Kastodi
Pensijilan Rangkaian Kastodi merupakan pengesahan pihak ke tiga yang bebas iaitu produk kayu yang diperolehi adalah sebenarnya berasal daripada hutan yang telah pun disahkan mematuhi standard pengurusan hutan yang dipersetujui. Standard yang digunakan ialah PEFC International Chain-of-Custody standard, Annex 4 of the PEFC Council Technical Document: Chain-of-Custody of Forest Based Products – Requirements. Produk kayu yang telah pun disahkan di bawah skim ini adalah layak untuk menggunakan logo MTCC dan PEFC yang diiktiraf di negara-negara ahli PEFC.


Skim Penyenaraian Produk
Skim tersebut dilaksanakan mengikut cara sama seperti Skim Pensijilan Produk. Skim tersebut adalah kos efektif walaupun ketiadaan standard nasional atau internasional bagi produk.Dalam keadaan tersebut produk boleh disahkan mengikut standard persatuan atau industri atau pun spesifikasi pelanggan yang dipersetujui..Yuran Pra Permohonan sebanyak RM200 dikenakan semasa memohon. Kemasukan ke skim tersebut akan diluluskan oleh Panel Pensijilan Antarabangsa SIRIM QAS.


Skim Pengesahan Koordinasi Modular
Ini ialah satu konsep koordinasi dimensi dan ruang di mana bangunan dan komponen didimensikan dan tempatkan mengikut unit asas atau modul yang dipanggil ‘1M’ iaitu sama dengan 100 mm. Ia adalah diterima di peringkat antarabangsa oleh Organisasi Antarabangsa untuk Standardisasi (ISO) dan banyak negara lain termasuk Malaysia.


Skim Pensijilan Kumpulan
Skim ini menawarkan pensijilan pihak ke tiga bagi produk dan berasaskan kepada sistem pensijilan ISO no 7, di mana satu kumpulan produk di uji dan sijil permatuhan dan/ atau label dikeluarkan untuk kumpulan tersebut. Pensijilan tersebut adalah berasaskan kepada Standard Malaysia, Standard Antarabangsa, atau standard luar negara kepunyaan satu organisasi standard kebangsaan.


IECEE CB Scheme
Sektor electrik dan elektronik Malaysia merupakan hasil eksport terbesar yang berjumlah lebih daripada separuh eksport keseluruhannya. Oleh kerana barangan dan perkhidmatan bergerak merentasi sempadan, peniaga dan agensii kerajan memerlukan pengesahan yang barangan atau perkhidmatan tersebut mematuhi standard, peraturan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan.


Skim IECEE CB ialah satu daripada skim perjanjian pengiktirafan pelbagai hala yang meyakinkan pengguna industri dan pengguna awam yang produk mereka beli adalah mematuhi kriteria standard antarabangsa IEC dan oleh itu tidak memerlukan apa-apa lagi ujian lanjutan. Buat masa sekarang SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ialah badan yang Mengeluar dan Mengiktiraf Pensijilan Kebangsaan bagi Skim CB. Bahagian Pensijilan Produk adalah dinamakan sebagai NCB dan Bahagian Ujian Elektroteknikal dinamakan sebagai Makmal Ujian Badan Pensijilan (CBTL).


Matlamat Skim CB ialah bagi membekalkan pengeluar yang memerlukan tanda pensijilan antarabangsa pihak ke tiga, iaitu prosedur yang paling kos efektif dan menjimatkan dalam tempoh masa pensijilan yang paling baik.


Skim Penyenaraian Kebakaran
Buat masa terkini SIRIM QAS International Sdn. Bhd sedang menjalankan pensijilan ke atas beberapa produk perlindungan kebakaran pasif seperti set pintu tahan kebakaran dan pintu roller shutter. Produk tersebut adalah disahkan sebagai sistem yang mengandungi komponen seperti daun pintu, rangka dan alat daripada besi. Mengikut sistem ini produk yang telah disahkan hendahlah dijual dengan komponen yang sama atau yang mempunyai gred yang lebih baik daripada yang telah diuji.


Skim Pensijilan Keserasian Elektromagnetik
Matlamat utama skim EMC tersebut ialah bagi memastikan produk/kelengkapan elektrik dan elektronik adalah selamat dan tidak mengganggu operasi biasa peralatan lain. Dengan adanya skim tersebut yang menggunakan pensijilan pihak ke tiga yang bebas dan pengeluar boleh menggunakan tanda EMC.


Skim Penlabelan Eko SIRIM
Penlabelan eko ialah satu cara komunikasi tentang maklumat alam sekitar produk kepada pengguna dan peniaga. Maklumat tersebut dapat memberi pengguna dan peniaga mengenai manfaat alam sekitar yang berkaitan dan membolehkan pembeli membuat keputusan berasaskan kepada ciri alam sekitar. Di bawah Skim Penlabelan Eko SIRIM, sesuatu produk itu akan diuji secara bebas dan disahkan mematuhi kriteria semasa sebelum sesebuah organisasi itu dibenarkan mengguna tanda Penlabelan Eko SIRIM QAS International, pada produk, pembungkusan dan bahan promosinya.


Tanda Penlabelan Eko SIRIM QAS International adalah satu cara pemasaran yang berkesan yang akan membolehkan sesuatu syarikat memposisikan produknya sebagai produk mesra alam sekitar. Ini akan memberikan produk tersebut kelebihan daya saing jika berbanding dengan produk lain yang serupa dalam pasaran pengguna yang kian hari mengutamakan isu alam sekitar.
Proses Pensijilan Produk

1. Pertanyaan

o Pemohon dikehendaki mengisi borang selidik dalam Pakej Permohonan dan menghantarnya ke SIRIM Qas International Sdn. Bhd. Berdasarkan kepada soal selidik tersebut satu sebut harga akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk diertimbangkan. Sebut harga tersebut akan dapat memberi anggaran tentang jumlah kos bagi pensijilan tersebut..

2. Permohonan

o Setelah sebut harga yang diberikan dipersetujui, pemohon dikehendaki menghantar borang permohonan (PCS/ FOR/01-2), Pengisytiharan Kelulusan daripada Pihak berkuasa yang Berkenaan (bagi pengeluar Malaysia sahaja), Pengisytiharan Kelulusan untuk Pendaftaran Tanda Niaga/ Jenama (PCS/FOR/01-3-1), maklumat tentang produk yang berkenaan + yuran + laporan ujian (jika boleh didapati).

3. Penilaian Dokumen

o SIRIM QAS International akan menjalankan Penilaian Standard/Reka bentuk produk.

4. Audit Kilang

o Ini ialah sati pemeriksaan untuk memeriksa kecukupan Pelan Kawalan Kualiti, kelengkapan ujian dan penentukuran dan sistem menyimpan rekod.

5. Pemilihan Sampel & Ujian

o Sampel produk akan dipilih secara rawak dan dihantar ke makmal bertauliah untuk ujian.

6. Proses Cadangan dan Kelulusan

o Panel Pensijilan akan menyemak dan meluluskan cadangan untuk pensijilan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Penasihat Pensijilan.

7. Pengawasan

o Pemeriksaan Berjadual dan ujian semula dijalankan bagi pematuhan yang berterusan. Sampel yang di ambil daripada pengeluaran atau pasaran terbuka akan diuji semula.

8. Pembaharuan

o Pembaharuan akan di buat berdasarkan kepada laporan kelulusan untuk pembahruan dan pembayaran yuran.

 

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI