Bahasa: Lain-lain

Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA)

Objektif SMEIPA
SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) telah ditugaskan untuk mengkaji serta meningkatkan koordinasi dan melancarkan pengumpulan data. Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) telah diperkenalkan untuk memudahkan:

  1. Penyelarasan perancangan dasar PKS;
  2. Pelaksanaan program pembangunan PKS; dan
  3. Pemantauan serta penilaian hasil, prestasi dan pencapaian.
Definisi Bidang Tumpuan
1. Pelan Induk PKS 2012 – 2020 menyediakan asas yang kukuh dalam pembangunan PKS melalui rangka kerja yang komprehensif. Program pembangunan PKS yang dilaporkan dikategorikan kepada bidang tumpuan yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk iaitu Akses kepada Pembiayaan, Akses kepada Pasaran Pembangunan Modal Insan, Penerapan Inovasi dan Teknologi, Persekitaran Perundangan dan Kawal Selia, serta Infrastruktur.

2. Akses kepada Pembiayaan
Program pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah menjurus kepada bantuan kewangan atau pembiayaan kepada usahawan PKS. Ini termasuk pembiayaan mikro, pinjaman mudah dan kredit, geran, skim jaminan, modal teroka, modal kerja dan pembiayaan ekuiti.

3. Akses kepada Pasaran
Program pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah menjurus kepada akses kepada maklumat, promosi domestik dan antarabangsa, inisiatif penjenamaan, pembangunan vendor, persijilan dan rantaian nilai.

4. Pembangunan Modal Insan
Program di bawah kategori ini adalah termasuk latihan yang menggalakkan kepada keusahawanan, pembangunan keusahawanan, peningkatan kemahiran, pembangunan tenaga kerja dan juga sokongan kepada permulaan perniagaan.

5. Penerapan Inovasi dan Teknologi
Program pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah menjurus kepada pembangunan produk, penambahbaikan kepada produktiviti, pembangunan, penyelidikan dan pengkomersilan (R&D&C), pemindahan teknologi dan nasihat teknikal.

6. Infrastruktur
Program pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah menjurus kepada pembinaan atau menaik taraf premis perniagaan dan utiliti, inkubator serta jalur lebar. Semua infrastruktur fizikal dalam peringkat pembinaan samada pembinaan baru atau naiktaraf perlu dilaporkan untuk tujuan pemantauan pelaksanaan. Di samping itu, Kementerian juga dipohon untuk melaporkan semua kemudahan infrastruktur fizikal yang sedia ada bagi membolehkan pemantaun dibuat mengenai jumlah unit dan kadar pengisian (occupancy rate).
Bagi infrastruktur maklumat (information infrastructure) dan infrastruktur pengawalan (regulatory infrastructure), pelaporan hanya perlu dibuat bagi program dalam peringkat pembinaan. Infrastruktur sedia ada tidak perlu dilaporkan.

7. Persekitaran Perundangan dan Kawal Selia
Program pembangunan PKS di bawah kategori ini adalah menjurus kepada pematuhan kepada akta, polisi dan perundangan.
Senarai Program Mengikut Bidang Tumpuan serta Hyperlink/Useful Links kepada laman web Kementerian dan Agensi

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI