Bahasa: Lain-lain

Hab PKS

ORC logo final

 

Hab PKS [dahulunya dikenali sebagai Pusat Rujukan Setempat (ORC)] bertujuan untuk memperlengkapkan PKS dengan maklumat dan pengetahuan yang tepat dan tertumpu bagi membantu pembangunan mereka. Kini, PKS boleh mengakses maklumat penting secara dalam talian atau luar talian, berbanding sebelumnya di mana kaedah untuk memperolehi maklumat berkaitan keusahawanan adalah terhad. Di samping itu, bagi memastikan inisiatif ini meliputi PKS di kawasan luar bandar, Hab PKS Bergerak telah diwujudkan untuk menyediakan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS yang berada di kawasan luar bandar.

 

Maklumat yang disediakan melalui inisiatif ini tidak terhad kepada program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, tetapi juga program di bawah pelbagai organisasi dan Agensi Kerajaan lain, seperti SSM, MARA, BNM, Telekom Malaysia dan POS Malaysia.

 

Hab PKS adalah platform untuk PKS dan usahawan memperolehi pengetahuan, mempelajari amalan terbaik perniagaan, dan mendapatkan maklumat penting mengenai perniagaan permulaan, akses pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, pengetahuan industri, dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.

 

Rangkaian perkhidmatan yang disediakan di Hab PKS merangkumi:

  • Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Pautan Hab PKS (kerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan dan organisasi lain);
  • Pocket Talk;
  • Pusat Maklumat (Emel Info, Talian Info);
  • Pusat Sumber;
  • Galeri Produk PKS; dan
  • Hab PKS Maya (Laman Web SME Corp Malaysia, Portal Maklumat PKS).

 

 


Kunjungi Kami di :  Waktu Operasi :
Tingkat 4, SME 1, Blok B
Platinum Sentral,  Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Talian Info : 03-2775 6000
Talian Faks : 03-2775 6001

Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

1-300-30-6000 (Talian Info)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI