Bahasa: Lain-lain

Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC)

Latarbelakang APEC
 apec1 copy
pic
Sumber daripada :  APEC Policy Support Unit
 

Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) adalah salah satu forum ekonomi terkemuka di rantau Asia Pasifik yang bermatlamat untuk menyokong pertumbuhan ekonomi mampan serta kemakmuran di rantau ini. PKS terdiri daripada lebih 97 peratus jumlah keseluruhan perusahaan dan mengambil pekerja lebih daripada separuh jumlah tenaga kerja di seluruh rantau ekonomi APEC. PKS menyumbang dengan ketara terhadap pertumbuhan ekonomi, dengan sumbangan PKS kepada KDNK berjumlah antara 20 peratus hingga 50 peratus dalam majoriti ekonomi APEC. Walau bagaimanapun, PKS hanya menyumbang sebanyak 35 peratus atau lebih dalam eksport secara terus.


21 anggota ekonomi telah bekerjasama dengan rapat untuk membina komuniti Asia-Pasifik yang dinamik dan harmoni dengan memperjuangkan perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka, mempromosikan dan mempercepatkan integrasi ekonomi serantau, menggalakkan kerjasama ekonomi dan teknikal, meningkatkan keselamatan manusia serta memudahkan persekitaran perniagaan yang mampan dan disenangi. Inisiatif kami bertukar menjadi matlamat dasar yang mempunyai kesan yang jelas serta menjadi perjanjian bermanfaat yang nyata.

Untuk maklumat lanjut berkenaan APEC, sila layari pautan berikut http://www.apec.org/
Peranan SME Corp. Malaysia dalam APEC
Selaras dengan visi kami untuk membangunkan PKS yang progresif, APEC adalah platform yang terbaik dalam menyediakan peluang yang besar bagi Malaysia untuk mempelajari dasar dan amalan terbaik di samping mewujudkan sinergi antara PKS Malaysia dan anggota ekonomi APEC.

SME Corp. Malaysia adalah anggota yang aktif serta mewakili Malaysia dalam Kumpulan Kerja PKS Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Kumpulan kerja ini bermesyuarat dua kali setahun untuk merancang dan merangka inisiatif yang akan memanfaatkan PKS di seluruh 21 anggota ekonomi APEC. Melalui penglibatan kami dalam APEC, kami dapat bekerja dengan kumpulan-kumpulan kerja yang berbeza dalam membawa PKS ke mercu hadapan dengan meletakkan penanda aras bagi negara kita mengikuti amalan terbaik, tren perdagangan dan pelaburan serta polisi negara-negara membangun dan maju. Kami juga bekerja rapat dengan kumpulan kerja untuk merangka pelan pembangunan dan inisiatif yang memanfaatkan PKS bukan sahaja di dalam negara tetapi juga bagi ekonomi-ekonomi yang lain secara bersama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kumpulan Kerja PKS APEC, sila layari pautan berikut:

http://www.apec.org/Groups/SOM-Steering-Committee-on-Economic-and-Technical-Cooperation/Working-Groups/Small-and-Medium-Enterprises.aspx 
APEC 2015

Apabila integrasi ekonomi serantau terus dibentuk dan diperkuat, APEC 2015 akan menyesuaikan polisi dan inisiatif melalui pelaksanaan strategi pertumbuhan terangkum. Oleh itu, integrasi bukan sahaja didefinisikan dan dimajukan untuk memberi manfaat kepada negara-negara tetapi juga kepada orang ramai yang memacu pertumbuhan ekonomi tersebut. APEC 2015 bermatlamat untuk menggalak dan memajukan pertumbuhan inklusif di rantau Asia-Pasifik. Maka, tema APEC 2015 adalah “Membina Ekonomi Inklusif, Membina Dunia Lebih Baik”.

Di bawah tema “Membina Ekonomi Inklusif, Membina Dunia Lebih Baik,” APEC 2015 akan memberi tumpuan kepada keutamaan berikut:

-  Meningkatkan agenda integrasi ekonomi serantau

- Memupuk penyertaan perusahaan kecil dan sederhana dalam pasaran serantau dan global

- Melabur dalam pembangunan modal insan

- Membina komuniti yang mampan dan berdaya tahan


Sumbangan Ekonomi PKS

APEC 2015 economic                                                 Sumber daripada Unit Sokongan Polisi APEC

 

Sumbangan ekonomi berbeza dari setiap ekonomi seperti yang terpapar di graf di atas.

Untuk statistik yang lebih terperinci berkenaan setiap anggota ekonomi, penunjuk-penunjuk utama, dan rantaian dua hala, sila layari pautan berikut http://statistics.apec.org/



Kumpulan Kerja PKS APEC
SME Corp. Malaysia bertindak sebagai pusat rujukan dalam Kumpulan Kerja PKS APEC yang bermesyuarat dua kali setahun bagi berkongsi idea dan strategi untuk meningkatkan pembangunan PKS. Tugas SMEWG adalah ke arah mencapai Matlamat Bogor iaitu untuk memupuk persekitaran perniagaan bagi PKS bertumbuh dan membangun menjadi firma sedia eksport.

Bidang Keutamaan

Berikut merupakan inisiatif-inisiatif yang menyokong setiap bidang keutamaan berikut:

i. Membina Pengurusan Keupayaan, Keusahawanan dan Inovasi

Inisiatif Mempercepatkan Potensi Syarikat Mula Bina APEC

Dilancarkan pada awal 2013, projek jangka sederhana ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan perusahaan baru mula di rantau APEC. Semasa tahun pertama, Sidang Kemuncak Kepimpinan Mempercepatkan Syarikat Baru Mula dan Cabaran APEC pertama telah ditubuhkan di Taipei, China pada Ogos 2013. Forum Mempercepatkan Jaringan APEC telah ditubuhkan pada Mac 2014 dan mempunyai 44 anggota daripada 14 ekonomi APEC.

Membaik pulih daya tahan bencana alam PKS APEC untuk memudahkan Perdagangan dan Pelaburan

Matlamat utama projek ini adalah untuk membantu PKS bagi menghadapi bencana alam melalui perancangan perniagaan yang berterusan. Hasil utama bagi projek ini setakat ini termasuklah Buku Panduan untuk Mempromosikan Perancangan Perniagaan Berterusan (BCP) bagi PKS, sebuah model 10 langkah untuk membantu perniagaan membangunkan perancangan perniagaan secara berterusan. Buku panduan ini telah diterjemahkan kepada 6 bahasa, memudahkan kebolehcapaian untuk 40% daripada populasi dunia.


Menggalakkan Keusahawan Wanita dan Perniagaan Hijau

Di samping itu, SMEWG telah menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan keusahawan wanita seperti Bengkel berkenaan PKS dinamik: Ketidakformalan dan Keusahawanan Wanita, Bengkel untuk Menggalakkan Perniagaan Baharu oleh Satu Kampung, Satu Produk, dan Kursus “Train-the-Trainer” untuk Pengeksport Perkhidmatan bagi PKS Wanita. Perniagaan inovatif dan hijau adalah fokus lain dalam Kumpulan Kerja.

ii. Pembiayaan

Menangani halangan-halangan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro untuk Akses kepada Pembiayaan Perdagangan

Dialog pertukaran maklumat tentang halangan-halangan yang dihadapi oleh PKS dan perusahaan mikro dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan perdagangan agar dapat lebih mudah berintegrasi ke dalam pasaran serantau dan antarabangsa; serta membangunkan set cadangan-cadangan, sebagai bahan rujukan untuk negara-negara anggota APEC dan SMEWG, untuk menangani halangan-halangan tersebut.


Mengenalpasti dasar-dasar kerajaan dan menggalakkan pelaburan modal teroka di ekonomi-ekonomi APEC

Objektif projek ini adalah membaik pulih akses kepada pembiayaan modal teroka untuk PKS-PKS APEC yang inovatif bagi membina kefahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ekonomi-ekonomi APEC dalam membangunkan kewujudan modal teroka tempatan dan antarabangsa.

iii) Persekitaran perniagaan, akses pasaran dan pengantarabangsaan

Menggalakkan etika perniagaan untuk PKS dalam sektor peranti perubatan, pembinaan dan bio-farmaseutikal

Amalan-amalan perniagaan beretika adalah kunci untuk mengawal interaksi yang rapat antara professional industri dan professional perubatan, yang selalunya membawa kepada percanggahan kepentingan. Lebih-lebih lagi, amalan tidak beretika memberi kesan kepada penjagaan pesakit dan kos. Sejak 2011, projek berbilang-tahun tentang Pembinaan Kapasiti bagi Perniagaan Beretika PKS bagi Sektor Peranti Perubatan, Pembinaan dan Bio-farmaseutikal telah membangunkan kod –kod etika dalam tiga sektor ini dan mewujudkan salah satu jaringan mentor etika yang terbesar di rantau Asia-Pasifik.


Siri Forum Etika Perniagaan APEC untuk PKS

APEC SMEWG turut melaksanakan Siri Forum Etika Perniagaan APEC untuk PKS, di mana mesyuarat pertama telah dianjurkan dengan tema “Membina Kapasiti Etika untuk PKS”. Objektif projek ini ialah memudahkan kerjasama serantau yang mengukuhkan amalan-amalan perniagaan beretika, dengan penekanan terhadap PKS, menerusi pembinaan kapasiti dan perkongsian amalan terbaik, menyediakan platform untuk menangani cabaran-cabaran etika perniagaan yang baharu dan perniagaan meningkat naik; serta menggalakkan dialog berterusan tentang peranan-peranan kesemua pemegang kepentingan dalam memastikan persekitaran perniagaan yang beretika.

Memudahkan Integrasi PKS ke dalam Rantaian Nilai Global

Bengkel ini adalah siri pertama dalam menggalakkan penyelesaian yang boleh guna dan kos efektif dalam membantu memudahkan integrasi syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana ke dalam Rantai Nilai Global (GVCs), khususnya dengan memanfaatkan hubungan PKS dengan syarikat-syarikat multinasional.
Mesyuarat Kementerian PKS APEC
Di bawah tema “Pengaliran Utama PMKS dalam Ekonomi Global”, Filipina telah menganjurkan Mesyuarat Kementerian PKS APEC di Bandar Iloilo.

Memandangkan 98.5% daripada perusahaan perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS, maka adalah penting bagi Malaysia untuk terlibat secara aktif di peringkat antarabangsa untuk membincangkan tentang pembangunan PKS bersama-sama ekonomi APEC yang lain bagi memastikan perkembangan kita adalah sejajar dengan perkembangan global dan sentiasa mengetahui perkara terkini di peringkat global bagi memastikan kemampanan PKS kita.


Mesyuarat Kementerian PKS APEC membincangkan 3 sub-tema iaitu:


i) Menggalakkan Pertumbuhan Inklusif melalui Pengukuhan dan berdaya tahan PMKS
Menteri-menteri membincangkan penubuhan institusi sokongan untuk meningkatkan penyertaan PMKS APEC dalam perdagangan antarabangsa dan rantaian nilai global (GVCs). Negara-negara membangun APEC adalah tempat terbaik untuk menerima nasihat dasar, kerjasama teknikal daripada dan antara negara yang lebih maju dalam rantau ini menerusi program kapasiti, perkongsian amalan terbaik dan aktiviti-aktiviti jaringan.


ii) Memajukan Pemodenan dan Piawaian dan Pematuhan PMKSMenteri-menteri menyatakan kebimbangan dalam usaha untuk meningkatkan daya saing PMKS. Dengan menyokong kemodenan PMKS melalui penggunaan teknologi baru dan amalan inovatif dapat membantu sektor untuk patuh kepada keperluan dan piawaian pasaran yang semakin bertambah yang kritikal untuk meningkatkan PMKS dalam rantaian nilai.


iii) Menangani Halangan Pemudahcara Kemasukan PMKS ke PasaranPerbincangan menteri berkisar tentang membaik pulih persekitaran perniagaan dan meningkatkan peluang-peluang kepada PMKS. PMKS adalah bertanggungjawab terhadap sejumlah besar keuntungan dan guna tenaga di rantau Asia-Pasifik.

Perkara mengenai tindakan baharu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Asia-Pasifik telah digariskan secara terperinci dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri daripada 21 anggota ekonomi-ekonomi APEC berikutan tamatnya Mesyuarat Menteri APEC 2015 di Manila.

Kenyataan Bersama Menteri-Menteri boleh didapati melalui pautan berikut:

http://www.apec.org/Meeting-Papers/Ministerial-Statements/Annual/2015/2015_amm/

http://www.apec.org/Press/News-Releases/2015/1117_JMS.aspx
Bengkel APEC
Malaysia telah terlibat dalam inisiatif-inisitiatif berikut pada tahun ini:


Mesyuarat Kumpulan Kerja PKS APEC ke-40 yang diadakan di Atlanta pada 10-11 June 2015 dan program-program berkaitan:

  1. Forum Industri APEC dalam menangani halangan-halangan kepada perdagangan dalam Produk-Produk Penjagaan Kesihatan dalam membantu PKS menyertai Rantaian Nilai Global [CTI] (8 Jun 2015)
  2. Konsortium Pemadanan Perniagaan dan Latihan untuk Integrasi Rantaian Nilai Global (8-9 Jun 2015)
  3. Pembinaan kapasiti rantaian bekalan untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS): Pengurusan Rantaian Bekalan, Penyimpanan Rantaian Sejuk Beku dan Undang-undang Teknikal (8-9 Jun 2015)
  4. Memudahkan Perdagangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui pemahaman yang lebih jitu dalam langkah-langkah bukan tarif di kawasan rantau Asia Pasifik (Bengkel Pertama) (8-9 Jun 2015)

Mesyuarat APEC SMEWG yang ke-41 yang diadakan di Iloilo, Filipina pada 23-24 Sept 2015 dan program-program yang berkaitan:

  1. Forum Kewangan PKS (22 Sept 2015)
  2. Bengkel APEC dalam memudahkan perdagangan PKS melalui pemahaman yang lebih jitu dalam langkah-langkah bukan tariff (NTMs) di rantau Asia Pasifik (21-22 Sept 2015)


Bengkel-bengkel APEC tambahan

  1. Penyediaan minit ceraian, anggaran perbelanjaan dan aturan logistik untuk program-program tersebut.
  2. Kemuncak APEC dan Bengkel Latihan untuk menggalakkan perancangan penerusan perniagaan PKS.
  3. Forum Etika Perniagaan APEC 2015, Manila Filipina (19-20 Ogos 2015)
  4. Bengkel Projek Mengharmonikan Piawaian APEC, Sydney, Australia (4-5 Nov 2015)Forum E-Perdagangan APEC, Jeju, Korea (26-28 Nov 2015)
Penerbitan tentang APEC
Dari semasa ke semasa, Unit Sokongan Polisi APEC telah mengeluarkan beberapa penerbitan tentang corak perdagangan dan pelaburan dalam rantau ini. Penerbitan-penerbitan ini adalah sangat berguna kepada PKS untuk merangka strategi mereka dalam meneroka pasaran-pasaran antarabangsa yang baharu dengan memahami dinamik pembangunan ekonomi di APEC.

Berikut merupakan penerbitan APEC terkini yang telah diterbitkan.

Berikut merupakan laporan / penerbitan yang baharu sahaja diterbitkan. Sebagai rujukan.

Strategi Pertumbuhan

1. Penilaian kepada strategi pertumbuhan pemimpin-pemimpin APEC

Laporan ini membincangkan tentang ciri-ciri semulajadi bagi strategi pertumbuhan pemimpin-pemimpin APEC yang telah disahkan pada tahun 2010. Ia juga membincangkan tentang cabaran-cabaran yang terlibat dalam menilai kemajuan, kaitan sedia ada antara strategi ini dan inisiatif-inisiatif APEC yang lain; serta kerja yang dilaporkan oleh jawatan kuasa APEC dan sub-fora yang berkaitan dengan pelaksanaan strategi ini. Laporan ini termasuk bahagian khusus pada lima ciri-ciri pertumbuhan yang telah dikenalpasti dalam strategi pertumbuhan, iaitu: i) seimbang; ii) keterangkuman, iii) mampan (hijau); iv) inovatif; dan v) pertumbuhan selamat.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1687


Corak Perdagangan, Pelaburan & Ekonomi

2. Analisis Corak Ekonomi APEC – Pertumbuhan berkurang apabila cabaran bertambah

Mesej utama daripada isu ini:
• Pertumbuhan dijangka berkurang pada 2015 dan pulih pada 2016
• Prospek pertumbuhan pada tempoh 2015-2016 akan ditentukan oleh 3 faktor utama: i)Corak menurun yang berterusan pada harga minyak dan komoditi bukan minyak; ii) kekuatan ekonomi China dan kestabilan pasarannya; dan iii) normalisasi dasar kewangan US dan risiko-risiko berkaitannya.

• Penurunan prospek pertumbuhan apabila cabaran-cabaran bertambah memerlukan tindakbalas ramai. Pada 2015 dan tahun-tahun seterusnya, apabila ekonomi diseimbangkan dengan pertumbuhan ekonomi melalui pengukuhan permintaan tempatan, mereka perlu memikirkan pelaksanaan dasar campuran kewangan dan fiskal yang bersesuaian beserta dengan reformasi berstruktur untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan penggunaan swasta. 


Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1676


3. Corak dan pembangunan utama berkaitan langkah-langkah perdagangan dan pelaburan serta impak mereka pada rantau APEC – Perdagangan, Pertumbuhan Keterangkuman, dan Peranan Dasar.

Laporan ini telah dibentangkan pada Mesyuarat Menteri APEC di Manila baru-baru ini. Bahagian pertama membincangkan kaitan antara prestasi perdagangan dan pertumbuhan keterangkuman serta mengkaji peranan dasar dalam menggalakkan pertumbuhan keterangkuman. Bahagian kedua melaporkan tentang corak perdagangan dan pelaburan di rantau APEC yang meliputi 2014 hingga separuh pertama 2015, serta menyenaraikan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan terkini yang dilaksanakan oleh negara anggota.

Laporan penuh : http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1678


4. Papan Pemuka Matlamat Bogor APEC 2015

PSU telah mengumpulkan papan pemuka ini dengan menggunakan penanda yang didapati daripada sumber-sumber yang dipercayai dalam tempoh 2008-2014. Tujuannya adalah untuk memberikan angka-angka yang mudah difahami untuk mengesan kemajuan dalam bidang-bidang kritikal bagi menggalakkan integrasi ekonomi serantau yang lebih besar. Ianya bagi memaparkan satu set petunjuk harmoni yang menyusun atur evolusi seluruh masa beberapa aspek liberalisasi perdagangan dan pelaburan dan memudahkan dari segi kuantitatif dan untuk melengkapkan Laporan Kemajuan Matlamat Bogor sebagai sebahagian daripada penilaian untuk menentukan kemajuan.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1665


5. APEC Menerusi Carta 2015

Sebuah penerbitan tahunan oleh PSU, yang menggambarkan prestasi rantau ini dari segi ekonomi, perdagangan, pelaburan dan dasar menerusi penggunaan carta-carta.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1675


Perkhidmatan, Rantaian Nilai Global dan Rantaian Bekalan Kewangan

6. Laporan berkenaan Kerja dalam Perkhidmatan dan Penanda Asas APEC

Laporan ini menilai kerja APEC dalam perkhidmatan dan mencadangkan langkah-langkah asas dan penunjuk yang relevan bagi perkhidmatan perdagangan di rantau ini. Ia telah disediakan untuk menyokong pembangunan Rangka Kerja Kerjasama Perkhidmatan APEC, satu inisiatif baharu dalam perkhidmatan yang telah disahkan oleh Pemimpin APEC di Manila. Sebuah pangkalan data tentang penanda asas dan langkah-langkah yang telah dikumpulkan oleh PSU turut disertakan.

Laporan penuh dan pangkalan data: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1688


7. Perkhidmatan dalam Rantaian Nilai Global : Perkhidmatan berkaitan pembuatan

Objektif kajian ini adalah untuk mengumpul pandangan firma khusus kepada sumbangan perkhidmatan berkaitan perkilangan dalam operasi rantaian bekalan / nilai mereka menggunakan pendekatan kajian kes. Ia juga menganalisis bagaimana dasar-dasar kerajaan yang memberi kesan kepada pengeluaran dan perdagangan perkhidmatan - seperti pelaburan dan berkaitan pelaburan dasar, cukai dan peraturan - boleh mempunyai implikasi yang besar kepada konfigurasi syarikat, operasi dan lokasi rantaian nilai. Dalam kajian itu , kajian kes yang melibatkan 22 syarikat yang berpangkalan di 12 ekonomi APEC telah disusun . Mereka merangkumi sektor-sektor yang berbeza dari komponen automotif dan peralatan perlombongan kepada peralatan elektrik dan jam tangan . Laporan ringkasan boleh didapati dalam Bab 1 manakala kajian kes individu boleh didapati di Bab 2 hingga 21.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1677

8. Buku panduan tentang Perdagangan dan Rantaian Bekalan Pembiayaan

Buku panduan ini menggambarkan rantaian bekalan yang tipikal dan fasa yang memerlukan pembiayaan. Ia membincangkan risiko-risiko dalam rantaian bekalan dan pelbagai mekanisma pelonggaran di mana ketersediaan dan penggunaannya bergantung pada kewujudan kemudahan kawal selia yang teratur dan kemudahan undang-undang serta keyakinan pasaran dalamnya. Buku panduan ini turut membincangkan alat-alat pembiayaan seperti gudang resit pembiayaan, invois kewangan, kewangan belum terima, pemfaktoran dan forfaiting. Kajian kes tentang kesilapan yang berlaku dalam transaksi sebenar dijadikan contoh dan memberi maklumat penting mengenai defisit peraturan atau institusi yang perlu dirapatkan.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1679


Pembaharuan Kawal Selia dan PKS

9. Menilai Strategi Baharu APEC bagi Pembaharuan Struktural (ANSSR) dan meningkatkan pembaharuan struktural APEC melangkaui 2015

Laporan ini mengkaji kemajuan ANSSR. Ia dimulakan dengan perbincangan tentang pemacu-pemacu pertumbuhan, berdasarkan rangka kerja perdebatan tentang perangkap pendapatan sederhana. Kemudian, ia diikuti dengan hasil kajian daripada maklumat yang disediakan oleh ekonomi-ekonomi dalam templat ANSSR 2015, sebuah ulasan tentang pembinaan kapasiti, dan sedikit nota tentang format laporan projek-projek. Bahagian terakhir mengandungi siri cadangan untuk difikirkan bagi mereka bentuk fasa seterusnya dalam agenda pembaharuan struktural APEC.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1668


10. Pembaharuan Kawal Selia: Kajian Kes tentang Membaik pulih Persekitaran Perniagaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana

Melalui penggunaan kajian kes, laporan ini memberi pengajaran dan mencadangkan cadangan dasar berpandukan pengalaman-pengalaman yang lepas berkaitan tentang pelaksanaan pembaharuan kawal selia untuk membaik pulih persekitaran perniagaan bagi PKS. Empat kajian kes tersebut menumpukan : (1) agensi yang berdedikasi untuk membantu PKS dalan pertumbuhan, pembangunan, pematuhan dan pengantarabangsaan; (2) agensi-agensi dan institusi-institusi yang pakar dalam menyokong pembiayaan PKS; (3) tingkat-tingkat peraturan; dan (4) Penilaian Kesan Peraturan Mesra PKS.

Laporan penuh: http://publications.apec.org/publication-detail.php?pub_id=1674


Untuk maklumat lanjut tentang Penerbitan PSU APEC yang terbaru, sila kunjungi pautan berikut:
http://publications.apec.org/
 
 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI