Apa itu Sistem Pendaftaran Status PMKS?
- Sistem pendaftaran yang diguna bagi mengesahkan status PMKS untuk semua syarikat/perniagaan yang memenuhi definisi PMKS.
Siapa Patut Mendaftar?
- Semua pertubuhan perniagaan dalam semua sektor ekonomi
- Syarikat/perniagaan yang ingin menyemak status syarikat/perniagaan masing-masing
- Syarikat/perniagaan yang ingin mendapatkan bantuan dan insentif bersasar khas untuk PMKS yang ditawarkan oleh Kerajaan
Apa Akan Saya Perolehi?
- Pengesahan status PMKS syarikat/perniagaan
- Sekiranya disahkan berstatus PMKS, syarikat akan menerima sijil digital (digital certification) Status PMKS
- Tempoh sah sijil Status PMKS adalah selama dua (2) tahun
Bagaimana Untuk Mendaftar?
- Layari laman sesawang https://smereg.smecorp.gov.my/reg/