Bahasa: Lain-lain

Galeri Pembungkusan dan Penjenamaan Bergerak

Program Pembangunan Jenama-PKS telah diluluskan di Mesyuarat ke-7 Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK ) pada 13 September 2007. Program ini telah dibangunkan untuk meningkatkan kebolehlihatan produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Galeri Bergerak Penjenamaan dan Pembungkusan

Galeri Bergerak Penjenamaan dan Pembungkusan atau 'Brand Transformer ' telah diwujudkan dengan objektif untuk mencapai sasaran terutamanya PKS luar bandar di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai kepentingan penjenamaan dan pembungkusan, serta untuk memberi mereka latihan mengenai penjenamaan dan pembungkusan.

'Brand Transformer' telah dibentuk daripada 'wing glider’ berukuran 40 kaki panjang, yang telah diubahsuai dan dilengkapi dengan paparan sampel pembungkusan dan bahan yang interaktif, mesra pengguna serta inovatif.

Program ‘Brand Transformer’ juga menyediakan bengkel penjenamaan dan pembungkusan kepada PKS di seluruh negara. Agensi berkaitan seperti SIRIM, DDEC , MyIPO dan FMM telah dijemput sebagai rakan kerjasama dan penceramah.


Objektif
• Mendekati PKS luar Bandar.
• Memberi kesedaran tentang kepentingan penjenamaan dan pembungkusan.
• Menyebarkan maklumat dan memberi khidmat nasihat mengenai penjenamaan dan pembungkusan.
• Memberi latihan asas kepada PKS luar bandar di seluruh negara.

 


 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Puan Fadhlia Abdul Satar
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Tel: 03- 2775 6045
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI