Bahasa: Lain-lain

Soalan Lazim

1. Apakah SME Corp Malaysia dan fungsinya?

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Ia adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).

 

Fungsi

1. Penyelarasan dasar-dasar dan program


  • Menggubal dasar-dasar yang luas PKS dalam semua sektor
  • Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dasar-dasar dan program-program di seluruh Kementerian dan Agensi berkaitan yang berkenaan

2. Pusat bagi mendapatkan khidmat nasihat dan maklumat


  • Memberi khidmat nasihat perniagaan melalui “SME Business Advisory Centre”
  • Menyebarkan maklumat mengenai dana Kerajaan dan insentif kepada PKS
  • Saluran untuk maklumbalas ke atas isu-isu PKS
  • Perhubungan untuk PKS tempatan dan antarabangsa mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan PKS

3. Pengurusan Data, penyebaran maklumat dan penyelidikan mengenai PKS


  • Mengurus Pangkalan Data PKS Kebangsaan
  • Menjalankan penyelidikan mengenai PKS
  • Menerbitkan laporan dan statistik berkaitan PKS
  • Menjalankan program 'outreach'

4. Sokongan perniagaan


  • Memupuk dan membangunkan PKS yang berdaya saing melalui program-program pembinaan keupayaan khusus dan bantuan kewangan
  • Meningkatkan daya saing PKS yang menggunakan SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE)
  • Menyediakan sokongan infrastruktur untuk PKS
  • Memudahkan hubungan dengan syarikat-syarikat besar dan syarikat multinasional

5. Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (NSDC)


  • Mencadangkan dasar-dasar dan memastikan keputusan NSDC dilaksanakan secara berkesan
  • Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran bagi NSDC

 

2. Apakah definisi PKS?
Sila rujuk  disini untuk maklumat lebih lanjut.

 

3. Apakah aktiviti-aktiviti yang ditakrifkan di bawah perkhidmatan berkaitan perkilangan?
Perkhidmatan berkaitan perkilangan:

  • Perkhidmatan sokongan kejuruteraan seperti penentukuran, penyaduran, pemesinan, rawatan haba, tuangan logam.
  • Perkhidmatan kepakaran seperti pergudangan, memecah pukal, pusat perolehan antarabangsa, pengangkutan barang.
  • Penyenggaraan dan pembaikan mesin dan peralatan kilang;
  • Pembangunan perisian.
  • Automasi barisan pengeluaran;
  • Design houses; dan
  • Perkhidmatan pembungkusan

 

4. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan insentif lain selain daripada yang disediakan oleh SME Corp Malaysia dan lain-lain agensi MED?

Terdapat juga bantuan yang diberikan oleh Kementerian dan agensi-agensi lain seperti:

 

5. Bagaimana SME Corp. Malaysia boleh membantu syarikat saya?

SME Corp. Malaysia menyediakan:

  • Program Pembangunan PKS (*link ke page program SMECorp)

Program yang baru dilancarkan pada tahun 2011:

 

6. Selain daripada geran, apakah kemudahan pembiayaan lain yang ditawarkan oleh Kerajaan?

Pinjaman juga yang ditawarkan oleh institusi-institusi berikut:

  • Bank Pertanian Malaysia
  • SME Bank
  • Malaysian Industrial Development Finance Bhd.

 

7. Apa yang kementerian lain yang terlibat dalam pembangunan PKS?

Senarai kementerian:

 

8. Bank yang menyediakan kewangan mikro?

 Sila rujuk di sini untuk mendapatkan senarai bank-bank yang menyediakan kewangan mikro

 

9. Untuk maklumat lanjut, sila email ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI