Bahasa: Lain-lain

Menamatkan Perniagaan

ANDA PASTI ANDA INGIN KELUAR DARI PERNIAGAAN ANDA?

 

Menutup perniagaan pemilikan tunggal
Sebuah perniagaan yang dimiliki oleh hanya satu orang ditakrifkan sebagai perniagaan pemilikan tunggal. Di Malaysia, ini dibenarkan tetapi pemilik perniagaan mestilah seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap, yang menetap dan menjalankan perniagaan di Malaysia.


Untuk menutup perniagaan, pemilik tunggal mesti melakukan perkara-perkara berikut:
  • Memberitahu majlis perbandaran tempatan secara bertulis mengenai keputusan untuk menutup perniagaan; dan
  • Meletakkan Pemberitahuan Pendedahan Perniagaan dengan Pendaftar Perniagaan (ROB) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penamatan.
Hendaklah ditekankan bahawa ia akan menjadi satu kesalahan jika pemilik perniagaan gagal untuk memaklumkan kepada majlis perbandaran tempatan dan / atau ROB mengenai penutupan perniagaan. Jika perniagaan itu ditutup akibat kematian pemilik perniagaan, maka wakil peribadi atau waris pemilik hendaklah memberitahu ROB dan majlis tempatan serta mengisi borang yang diperlukan untuk memberitahu ROB. Ini mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kematian pemilik perniagaan.


Pemilik perniagaan tunggal bertanggungjawab untuk membayar semua hutang dan liabiliti terakru oleh perniagaan. Untuk menutup perniagaan secara sukarela, anda hendaklah:
  • Menamatkan semua kontrak yang maseh berjalan;
  • Menjual saham dan baki aset;
  • Memungut hutang/ akaun belum terima;
  • Membayar pemiutang dan semua hutang dan liabiliti kepada badan berkanun seperti cukai kepada LHDN dan amaun yang kena dibayar kepadaKumpulan Wang Simpanan Pekerja(EPF) dan SOCSO;
  • Memberitahu semua pihak yang berkaitan, misalnya: bank, tuan rumah, pelanggan, pembekal, majlis tempatan dan badan pendaftaran;
  • Mengagihkan baki wang kepada diri sendiri.
Menjual Kepada Orang Lain
Saham milik syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1967 boleh dipindahkan kepada orang atau entiti lain dengan mengubah pemilikan saham.Saham ini boleh dilupuskan dengan menilai aset bersih syarikat (iaitu dengan menolak liabiliti syarikat itu daripada asetnya). Baki ini digelar sebagai aset bersih.


Nilai aset bersih (NAV) sesaham diperolehi dengan membahagikan aset bersih dengan jumlah modal berbayar / bilangan saham berbayar syarikat.


Anda boleh melupuskan saham berdasarkan nilai aset bersih atau pada apa-apa nilai sahaja, bergantung kepada bagaimana anda menilai perniagaan dan betapa cepat anda ingin melupuskan saham.


Cara melupuskan saham boleh didokumenkan dan dimuktamadkan dengan memfailkan borang tertentu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui setiausaha syarikat anda.
Pembubaran Syarikat
Menutup dan menamatkan pendaftaran syarikat memerlukan masa dan kerja yang lebih.


Sama ada syarikat aktif atau tidak aktif, selagi ia masih didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat, di sisi undang-undang adalah menjadi tanggungjawab Pengarah syarikat untuk mengemukakan laporan tahunan syarikat kepada SSM. Ini termasukpenyata tahunan, akaun yang diaudit, cukai yang perlu diserahkan dan apa-apa kewajipan lain yang perlu dilaksanakan.


Terdapat dua cara untuk membubarkan syarikat, iaitu dengan cara pembatalan pendaftaran syarikat atau dengan penggulungan syarikat.
Pembatalan Pendaftaran Syarikat
Menamatkan pendaftaran syarikat boleh dilakukan secara sukarela dengan membuat permohonan kepada SSM untuk menamatkan pendaftaran syarikat(Seksyen 308, Akta Syarikat 1965). Seksyen khas ini membolehkan Pendaftar untuk menamatkan pendaftaran(juga dikenali sebagai "untuk memotong nama") syarikat anda dengan sewajarnya. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti berikut:


1. Ketetapan sebulat suara oleh semua pemegang saham / Pengarah;
2. Tidak ada baki belum jelas / amaun yang terhutang kepada SSM atau mana-mana jabatan kerajaan dalam bentuk penalti atau kompaun;
3. Tiada caj yang belum dibayar;
4. Tiada baki cukai tertunggak;
5. Bukan syarikat induk atau subsidiari syarikat induk yang lain;
6. Bukan PerbadananPenjamin;
7. Tiada aset atau liabiliti semasa penamatan pendaftaran atau pembubaran;
8. Tidak membuat apa-apa pulangan modal kepada pemegang saham / pengarah / pihak berkepentingan;
9. Tidak terlibat dalam apa-apa isu undang-undang berkaitan dengan syarikat di dalam dan di luar Malaysia; dan
10. Apa-apa maklumat yang dikehendaki adalah terkini.


Selain daripada di atas, sebuah syarikat tidak dibenarkan untuk dibubar kan di dalam keadaan tertentu seperti:
  • Syarikat mempunyai asas saham yang besar;
  • Syarikat mempunyai keuntungan tertahan;
  • Syarikat mempunyai aktiviti perniagaan terkini;
  • Syarikat telah melupuskan harta baru-baru ini;
  • Syarikat mempunyai hutang yang belum dibayar; dan/atau
  • Syarikat terlibat dalam saman guaman dan / atau tindakan undang-undang.
  • Sekiranya syarikat mempunyai hutang tertunggak dan tindakan undang-undang, ia perlu melantik seorang pelikuidasi untuk menyelesaikan perkara ini sebelum syarikat boleh dibubarkan.
Penggulungan Sebuah Syarikat
Ada dua cara untuk menggulung syarikat iaitu:

(i) Penggulungan oleh satu perintah Mahkamah; dan
(ii) Penggulungan sukarela oleh pemegang saham.



Apabila Borang 65 (A) dikemukakan kepada Pendaftar, seorang pelikuidasi sementara hendaklah dilantik terlebih dahulu. Selepas itu Pendaftar hendaklah mendapat maklumbalas mengenai berapa lama 'resolusi penggulungan' perlu diluluskan.



Apakah tugas peliquidasi?

Tugas utama pelikuidasi ialah untuk menggulung syarikat dengan mengagihkan aset kepada pemiutang (dan pihak lain yang terlibat), dan sebaik sahaja proses ini selesai, baki aset yang diperolehi akan diagihkan kepada pemegang saham syarikat.


Satelah seorang pelikuidasi dilantik, dia akan masuk ke dalam syarikat dan mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat. Mulai saat itu pengarah dan pemegang saham tidak mempunyai apa-apa kuasa atau hak untuk memberi pandangan mengenai perjalanan syarikat.


Satu perintah mahkamah juga boleh digunakan untuk membubarkan syarikat yang menghadapi keadaan seperti berikut:


1. Insolvensi - keadaan di mana syarikat tidak dapat membayar hutang yang terhutang kepada institusi kewangan, pembekal, pemiutang atau mana-mana entiti lain yang berkaitan;
2. Satu atau lebih dari satu pengarah syarikat telah bertindak mengutamakan kepentingan peribadi mereka atau berlaku tidak adil terhadap pengarah lain atau bertindak bertentangan dengan kepentingan syarikat dan mereka telah dikenakan perintah mahkamah;
3. Mahkamah yakin bahawa pembubaran syarikat ini ialah tindakan yang adil;
4. Bilangan pengarah atau pemegang saham telah berkurangan menjadi satu (sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia memerlukan bilangan pemegang saham dua atau lebih);
5. Tiada operasi perniagaan dimulakan sejak syarikat itu didaftarkan (tempoh satu tahun) atau syarikat telah memberhentikan operasi perniagaan untuk sekurang-kurangnya satu tahun;
6. Jika Memorandum dan Artikel Persatuan syarikat itu menetapkan tarikh tamat perniagaan; dan/atau
7. Syarikat telah menjalankan perniagaan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan mengancam keselamatan negara.
Membubarkan Perkongsian
"Perkongsian" bermaksud perusahaan di mana lebih daripada satu orang yang terlibat dan mempunyai tujuan keuntungan yang sama. Akta Perkongsian 1961 membenarkan tidak lebih daripada 20 orang untuk menubuhkan perkongsian. Ini biasanya dipanggil "firma".


Seperti perniagaan lain, perkongsian hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Satu perjanjian yang menyatakan perkara mengenai pengawalselian, pengendalian dan hal-ehwal perkongsian hendaklah dirumuskan pada permulaan perkongsian.


Walau bagaimanapun, sebarang perubahan berkaitan sesebuah perkongsian mesti didaftarkan seperti perniagaan baru, perubahan alamat, penambahan rakan kongsi baru, rakan lamame ninggalkan perkongsian, dan lain-lain.


Rakan kongsi berhak untuk menikmati keuntungan tetapi dikehendaki membayar dan melangsaikan hutang dan liabiliti perusahaan secara bersama atau berasingan. Pada asasnya, ini bermakna seseorang, beberapa atau semua rakan kongsi bertanggungjawab untuk membayar hutang dan liabiliti firma.


Pembubaran perkongsian boleh dilakukan melalui perjanjian, penguatkuasaan undang-undang atau sekiranya salah seorang rakan kongsi meninggal dunia, meletakkan jawatan atau menjadi muflis. Tidak seperti syarikat lain di mana sesebuah syarikat itu masih beroperasi walaupun semua pengarahnya meninggal dunia, perkongsian perlu ditamatkan kewujudannya jika rakan kongsi meninggal dunia.


Rakan kongsi bebas untuk menetapkan tempoh perkongsian. Jika tiada tempoh tetap dipersetujui bagi jangka masa perkongsian itu, mana-mana rakan kongsi boleh menamatkan perkongsian itu pada bila-bila masa dengan memberi notis mengenai niatnya untuk berbuat demikian kepada semua rakan lain - Seksyen 28(1) Akta Perkongsian 1961.


Perniagaan perkongsian boleh dibubarkan melalui enam cara:

(i) Tamat tempoh atauNotis (Seksyen34 Akta Perkongsian 1961)


Perkongsian boleh dibubarkan disebabkan oleh sebab-sebab yang berikut di bawah seksyen ini:

(a) jika tempoh perkongsian ditetapkan, dan tempoh itu tamat; atau
(b) iika perkongsian ditubuhkan untuk satu usaha niaga atau perjanjian dan usaha niaga atau perjanjian ini tamat; atau
(c) jika perkongsian ditubuhkan tetapi tempoh perniagaan tidak ditetapkan, mana-mana rakan perkongsian boleh memberi notis pembubaran dan menyatakannya kepada rakan kongsi yang lain mengenai niatnya untuk membubarkan perkongsian.


(ii) Kematian, Kebankrapan atau Pendakwaan (Seksyen35 Akta Perkongsian 1961)

Setiap perkongsian akan dibubarkan jika rakan kongsi meninggal dunia atau menjadi muflis. Juga, perkongsian boleh dibubarkan atas pilihan rakan yang lain, jika mana-mana rakan kongsi membiarkan bahagian harta perkongsiannya didakwa di bawah Akta ini bagi hutangnya yang lain.



(iii) Pembubaran disebabkan perkongsian tidak sah dari segi undang-undang. (Seksyen36 Akta Perkongsian 1961) Perkongsian boleh dibubarkan jika terdapat ada keadaan yang menyebabkan urusan firma akan menyalahi undang-undang jika terus dijalankan atau jika anggota firma meneruskan perkongsian.


(iv) Pembubaran oleh mahkamah. (Seksyen 37 Akta Perkongsian 1961) Atas permintaan rakan kongsi, mahkamah boleh memerintahkan perkongsian dibubarkan dalam mana-mana keadaan seperti berikut:-


(a) apabila seorang ahli perkongsian didapati gila atau tidak sempurna akal atau Mahkamah berpuas hati dengan keadaan yang dinyatakan;
(b) apabila salah seorang rakan kongsi tidak berupaya untuk melaksanakan bahagian kontrak perkongsian secara berkekalan;
(c) apabila salah seorang rakan kongsi menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang;
(d) apabila salah seorang rakan kongsi melanggar perjanjian perkongsian;
(e) apabila urusan perkongsian itu jika dijalankanakan mengalami kerugian; atau
(f) bila-bila masa dalam apa-apa hal, telah timbul keadaan yang, pada pendapat Mahkamah, menjadikannya adil dan saksama untuk membubarkan perkongsian.



Keseluruhan proses membubarkan perkongsian hanya akan siap apabila pengagihan aset dan akaun akhir telah diselesaikan.
Kesan Kebankrapan
Sekiranya pemilik perniagaan tidak dapat membayar hutang apabila tiba masanya, dan tidak dapat mencapai persetujuan dengan pemiutang, sebagai tuan punya tunggal atau rakan kongsi, anda boleh membuat keputusan untuk menjadi bankrap.

  • Kebankrapan akan menjejaskan kehidupan harian anda. Antara kesukaran yang akan anda hadapi adalah :
  • menghadapi kesukaran untuk meminjam wang,
  • anda mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pemegang amanah anda untuk ke luar negara,
  • peluang pekerjaan anda mungkin terjejas, dan
  • wang cagaran atau penjamin diperlukan untuk menyewaatau mendapatkan kemudahan seperti elektrik, air atau talian telefon.
Keperluan Cukai
Semua syarikat mempunyai tanggungjawab untuk memyimpan akaun yang sepatutnya, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarat ini tidak dikenakan kepada syarikat perkongsian dan pemilikan tunggal yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (ROB). Bagi syarikat ini, tidak diwajibkan untuk menyerahkan akaun mereka kepada SSM.


Pegawai LHDN akan mengesahkan penyerahan anda dengan baucar dividen fizikal. Jadi, ingat untuk mengisytiharkan dan menyimpan baucar dividen ini.


Anda tidak perlu untuk mengisytiharkan dividen yang diterima jika pendapatan atau dividen dikecualikan cukai.


Di bawah mekanisme penilaian cukai kendiri semasa, oleh kerana tidak ada penyerahan bentuk fizikal, anda dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan semua rekod berkaitan dengan potongan cukai dan amaun yang dikecualikan, untuk tempoh tujuh (7) tahun bagi tujuan audit cukai.


HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Umum: 03-2775 6000
Talian Faks: 03-2775 6001
Talian Info: 1-300-30-6000
Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI